Kebersihan Bazar Ramadhan

sama berjual di bawah khemah
empat seringgit tepung pelita
sampah di bazar atau di rumah
ada tempatnya telah tersedia

gulai haruan berserta keli
telah sedia di dalam belanga
dalam seronok berjual-beli
urus buangan dengan sempurna

penuh sepinggan telur bungkus
harum baunya memikat hati
sampah kegemaran segala tikus
bawa kuman ke seluruh negeri

penuh gelas di dalam dulang
banyaknya kuih di dalam talam
indah view seronok dipandang
tunjukkan bagusnya umat Islam

banyak juadah telah tersedia
menanti bergema laungan azan
seronok di bazar berbagai selera
solat yang fardu dilupa jangan

selesailah sudah laungan azan
selesailah pula amalan berbuka
bagaimana sampah dalam fikiran
bolehkah dihapus dengan berpuasa

Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman – Bagaimana dan di mana mahu bersih? Bersih dalam kereta kita dan kotorkan jalan raya? Bersih kawasan kita dan penuhkan longkang? Bersih dan cantik pakaian tetapi kotor otak dan fikiran?

TehrDemikian kisah 'Kebersihan Bazar Ramadhan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


One Comment

  1. ghost writer says:

    dowang biasanya melakukan kerja dengan pantas.sebab itu bila disentuh soal aspek kebersihan ia tak begitu difokuskan.
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun