Kebaikan Dan Keburukan Edit Entri Blog

Melangkah kaki kanan, kaki kiri pastinya akan tertinggal di belakang. Bila melangkah kaki kiri, kaki kanan pula yang terkebelakang. Begitulah setiap tindakan kita, pasti ada untung ruginya. Ada yang kita dapat dan akan ada pula yang terpaksa kita lepaskan.

Selepas membaca pandangan dan komen dari rakan blogger, terfikir pula apakah kebaikan dan keburukan kita edit entri yang telah dilepaskan. Takkan semuanya buruk. Kan? Kan? :D

Setiap petang keluar bersukan,
Sihatkan badan segarkan minda;
Ada pilihan bermacam pilihan,
Pilihlah yang terbaik untuk kita.

Aku cuba tulis apa yang sempat aku fikirkan. Dalam ruangan komen nanti, korang boleh tambah yang mana patut dan sesuai.

Kebaikan Edit Entri Blog :

Ya. memang ada kebaikannya. Pertamanya kita boleh membuat pembetulan ejaan dan pembetulan maklumat yang mungkin tidak tepat atau kurang tepat.

Keduanya kita boleh menambah maklumat baru bagi melengkapkan maklumat sedia ada atau memberi penerangan yang lebih jelas kepada pembaca.

belum mandiKeburukan Edit Entri Blog :

Apabila entri diedit, kemungkinan besar entri kita tidak lagi selari dengan komen dan pendapat yang diberikan oleh pembaca. Maklum saja, mereka memberi pendapat dan komen berdasarkan pembacaan kepada entri asal yang belum diedit.

Berlaku ping yang berulang kali ke enjin carian setelah kita menekan butang ‘Update’. Inilah maksudnya Butang Update Boleh Mencederakan Blog. Satu tindakan yang boleh dianggap sebagai spam jika dibuat dalam jangka waktu yang singkat.

Penat berdiri tepi gelanggang,
Menunggu adik membawa raga;
Mengedit entri berulang-ulang,
Ada yang baik dan ada buruknya.

Ada cadangan dari Hairul Hissam™ kepada rakan blogger yang gemar mengedit entri blog. Plugin MaxBlogPress Ping Optimizer boleh atasi masalah ping berulang kali apabila kita tekan butang ‘Update’ entri blog.

TehrDemikian kisah 'Kebaikan Dan Keburukan Edit Entri Blog' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. Hafizul says:

    Emm saya nak jugak rasanya update artikel lama.,baiki apa yang tak kena..tapimtu lah..bukan selalunya line BB Ok..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Kelebihan Program Affiliate JobdirumahMy Profile

  2. betul
    the malay male baru je tulis kisah changing laneMy Profile

  3. onlajer® says:

    pergh perangai aku nih, aku baca alamak ada silap ejaan dan lupa letak titik hoho
    onlajer® baru je tulis kisah Buat Duit Revolusi Kecil-kecilan Ultra MelayuMy Profile

    1. suri says:

      itu perkara biasa tapi cuba kurangkan setakat ini ok.tpi tu susah sebab selesa type entri tak pakai cermin mata hgeeee
      suri baru je tulis kisah Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Terus MenjadiMy Profile

    2. saya pun selalu sgt mcm bro onlajer.. berpuluh kali edit sbb ejaan dan ayat yg kurang sedap dibaca…..
      Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Putu Mayam Cicah Kuah Kaya & Testimonial Terbaru Pakej Putu.My Profile

  4. oooo..ada macam2 masalah jugak eh .. ini kena alert ni
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Salji Di Korea, Musim Bermain SkiMy Profile

  5. sud@is says:

    tak payah edit biaq kan saja perbaiki yang baru
    sud@is baru je tulis kisah Ulama dari Lubnan singgah di bumi Kedah Darul AmanMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Betul tu Sudais… :)

  6. mie says:

    wah..
    ada juga penyelesaian nya..
    memang kena edit juga..
    eheheheh
    mie baru je tulis kisah Kopi Luwak Terkenal Di Bali IndonesiaMy Profile

  7. Irwan Alessa says:

    edit dan preview sebelum publish, gunankan kelebihan itu dengan secukupnya.. kalau boleh taknak ada kesalahan ejaan.. kalau dulu memang selalu..
    Irwan Alessa baru je tulis kisah Pendapatan Secara Online Kini Mendapat TempatMy Profile

  8. titan says:

    memang dah biasa edit entri blog. hoho..
    titan baru je tulis kisah Duit hadiah sudah masuk. Yehh!My Profile

  9. Mus says:

    nanti try install plugins tu..
    Mus baru je tulis kisah Kesan Khas Baru ‘HDR Scape’ Pada Aplikasi SnapseedMy Profile

    1. suri says:

      dah install bagi tahu yer
      suri baru je tulis kisah Tips Rumahtangga Bahagia Kaedah Asmara MataMy Profile

  10. papa mifz says:

    den selalu jugak edit entri , harap tak mendatangkan kesan buruk lah…
    papa mifz baru je tulis kisah Kek Coklat 2 Tingkat oleh Mama Mifz BakeryMy Profile

    1. suri says:

      ada tak kena mesti juga nak ubah payah nak dapat sekali update tak ubah heee…
      suri baru je tulis kisah 5 Cara Atasi Masalah Kesuburan WanitaMy Profile

  11. adikensem says:

    Sudah download plugin tu tapi macam mana nak tahu berkesan ke plugin ni? tehramuan tahu?
    adikensem baru je tulis kisah 450 Unit Rumah Mampu Milik Alam Prima 2 Shah Alam Oleh SPNBMy Profile

  12. Assalammualaikum, menarik nie topic nie hmmmm, yang is nak komen adalah tang bab ping tu, sedia maklum memang core wordpress yang dahulu sebelum 3.1 ping update services memang akan ping setiap kali ada perubahan atau edit dilakukan ke atas entri kita.

    Tapi sejak2 3.5 nie is tengok ping update services semuanya di contorl oleh cron job, iaitu kerja berjadual, dan ping pulak berjalan berjarak-jarak, maka plugin untuk limitkan ping tidak lagi diperlukan.

    Dulu is pun gunakan MBP punya plugin, boleh kata semua plugin dia is pakai, tapi skang is dah stop sebab dia stack dengan cron job dan buat kita punya server overload dan memory usage tinggi, perrghh rasa nak pi bakaq je hosting bila jadi macam tu hmmm.

    Tapi core wordpress tak boleh handle repeat ping, maksud is ulang ping blog kita lepas beberapa waktu, << ini kelemahan core pulak, tapi kelebihan kat MBP Ping << boleh sentiasa ping blog kita, maka blog2 kita tak jatuh rank niche tu. (is guna bahasa is kalau tak faham sorry ok?), tanpa di labelkan spammer dengan set kan setiap 6 jam sekali baru ping, atau 12 jam sekali baru ping.
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah RSS Feed Blogspot Hotfix For Late UpdatingMy Profile

    1. hafizmd says:

      terima kasih bro Is berkongsi
      hafizmd baru je tulis kisah Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020My Profile

      1. sama-sama, :)
        MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah RSS Feed Blogspot Hotfix For Late UpdatingMy Profile

  13. suri says:

    nampak gaya isu ni bukan saya sornag yang alami update rasa nak edit hee..rapanya ramai bloggeryg hidap penyakit ini huuu
    suri baru je tulis kisah Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Terus MenjadiMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Kita sama ja ya Suri.. :)

  14. eridy says:

    tekan update byk kali blog blh cedera ehh??? emmm kena sediakan ambulans nee awal2..hehehe
    eridy baru je tulis kisah Alasan aku tak update blog selaluMy Profile

  15. dja@sishaza says:

    Selepas ni, sebelum tekan butang publish, ambil sedikit masa untuk semak semula struktur ayat-baca untuk pastikan gramatis atau tak. Begitu juga dengan ejaan dan tanda bacaan …… hihihi tiba2 rasa macam tengah beri taklimat kepada calon UPSR pula :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah SAMBAL BELACAN ASAM JAWA MUDAMy Profile

  16. dja@sishaza says:

    Sudah namanya blogger … sentiasa ada idea baru dan sentiasa ingin menjadikan tulisan sebagai magnet di blog. Tapi di sebalik tu rupanya ada keburukan juga apabila kerap sunting ye..
    dja@sishaza baru je tulis kisah SAMBAL BELACAN ASAM JAWA MUDAMy Profile

  17. UmmiKami says:

    Assalam, kalau nak edit entri kenalah sebelum publish, preview dahulu dan Ummi percaya mesti ada satu dua mistakes yang kena perbetulkan, bila dah beruas hati barulah publish….

  18. hafizmd says:

    bab tambah info terkini ke dalam entri lama tu memang ada juga dibuat tapi tidaklah selalu… =)

    terima kasih cikgu…
    hafizmd baru je tulis kisah Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020My Profile

  19. Ismail N says:

    Ada banyak plugin utk atasi masaalah ni, cuma kawe pun pakai plugin yg sama. Lagipun produk2 dari Pawan Agrawal mmg hebat dan berkesan utk blog.
    Ismail N baru je tulis kisah Study Shows That Drinking Three Cups Of Coffee A Day Reduce The Risk Of Liver CancerMy Profile

  20. Rina says:

    Kalau entri blog diubah hampir keseluruhan isi dan kalimatnya, kekurangannya memang post jadi tidak selaras dengan komentar2 yang sudah ada. Hmmm.. ini bisa buat beberapa pengunjung baru jadi puyeng ya kalau baca komentar2nya hehe..
    Rina baru je tulis kisah Create A Fullscreen Image Background Slideshow Using jQuery And HTML For WebsiteMy Profile

  21. cik tom says:

    thanks utk suggestion plugin tue…
    cik tom baru je tulis kisah Resepi Ikan Masak Tumis Air Mudah dan SedapMy Profile

  22. suri says:

    selalu kalau ada maklumat baru saya akan update pada entri bawah.tu masa blog cc yang lama.sekarang tak buat lagi. move ke entri part II
    suri baru je tulis kisah Teknik Membuat Bun, Pau Dan Pizza Cara Debab Dengan MudahMy Profile

  23. suri says:

    nampak gaya kita tembah satu lagi plugin.jangan berat masa loading tu saya tak berapa suka.alahai.thnks bro belajar sesuatu yg baru ini hari
    suri baru je tulis kisah Teknik Membuat Bun, Pau Dan Pizza Cara Debab Dengan MudahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun