Kebaikan Dan Keburukan Bawa Telefon Ke Sekolah

Pertengahan tahun ini ada ura-ura untuk memberi kebenaran kepada pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Aku sendiri masih kurang jelas sama ada kebenaran ini diberikan kepada semua. Pelajar sekolah menengah, murid sekolah rendah atau kepada kedua-duanya.

Lagi aku tidak pasti ialah, adakah ia benar-benar akan dikuatkuasakan pada sesi persekolahan 2013 nanti.

telefon pintarKebenaran membawa telefon ke sekolah.

Sekali fikir ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Dua kali fikir, bertimbun-timbun masalah yang akan terhasil dari karenah dan ‘kepintaran’ pelajar menggunakan kemudahan telefon yang dibawa.

Banyak kali fikir, makin kacau bilau fikiran!

Aku cuba senaraikan kebaikan dan keburukan.

Ya. Apa yang mungkin timbul apabila pelajar dibenarkan membawa telefon ke sekolah. Mungkin akan jadi kenyataan mulai sesi persekolahan tahun 2013 nanti. Mengikut pandangan aku.

KEBAIKAN:

  1. Ibu bapa senang untuk hubungi anak
  2. Anak senang untuk hubungi ibu bapa

KEBURUKAN:

  1. Salah guna telefon bimbit
  2. Kes buli akan meningkat
  3. Masalah kecurian telefon bimbit
  4. Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
  5. Menambah beban tugas pengawas, guru disiplin dan pentadbir sekolah

tehr

Bawa telefon pintar untuk tujuan pembelajaran?

Tak payah! Tak akan terdaya cikgu hendak mengawal dan memerhati apa yang dilayari oleh pelajar. Bukankah lebih bagus belajar secara online di makmal komputer? Cikgu pun boleh pantau.

Berdasarkan pengalaman aku mengajar di sekolah.

Ada kalangan murid yang curi-curi membawa telefon hanya untuk mendengar lagu. Ada yang suka ambil gambar. Ada juga murid yang asyik dengan SMS bersama rakan.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Umur baru setahun jagung,
Darah baru setampuk pinang;
Banyak rugi daripada untung,
Banyak susah daripada senang.

Sedangkan cikgu juga TIDAK DIGALAKKAN membawa telefon bimbit ke dalam kelas waktu mengajar!

Inikan pula budak-budak.

Alahai…

TehrDemikian kisah 'Kebaikan Dan Keburukan Bawa Telefon Ke Sekolah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. Alang-alang kasi bawak iPad mini ke skul lah.. he he :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Live Streaming Or Live Bola At MamakMy Profile

    1. tehramuan says:

      kemudiakan sesi lawan main game online :D

      1. hafizmd says:

        Mau terus pengsan tiap2 hari cikgu ke sekolah… =)
        hafizmd baru je tulis kisah Pembelian Online:Kedekut atau Takut?My Profile

  2. nurmisnan says:

    setuju tuh brother.. keburukan lebih banyak dari kebaikan
    Anak2 sekarang lebih mementingkan hal sendiri. Lagi2
    bila ada gambar2 yang keterlaluan… Adakah ini datang dari
    kesalahan IBU BAPA JUGA?
    nurmisnan baru je tulis kisah IPHONE 5 GADGET IMPIANMy Profile

    1. tehramuan says:

      banyak pihak yang bersalah sebenarnya
      zaman sekarang ni adalah zaman sukar untuk membuat kawalan

      1. hafizmd says:

        semuanya seolah2 diluar kawalan
        hafizmd baru je tulis kisah Pembelian Online:Kedekut atau Takut?My Profile

  3. maza says:

    oh baru teringat, anak2 maza tak dibekalkan telefon pun…
    ahaks..
    maza baru je tulis kisah Maza Memberhentikan Keretapi di Stesen Keretapi Kuala Lumpur dengan TanganMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang tak dibenarkan
      molek je letak telefon awam dekat pondok jaga
      atau dekat dengan bilik guru

  4. papa mifz says:

    tuh la rasanya nanti banyak keburukkan dari kebaikkan…
    papa mifz baru je tulis kisah Tempat-tempat Menarik di Pulau LangkawiMy Profile

    1. tehramuan says:

      apa yang aku dapat fikir, macam tu la
      lebih banyak keburukannya

  5. onlajer says:

    Setuju sangat kalau hilang duit mak bapak juga terbang, kawan bawak iphone 5 anak kita merengek nak galaxy tab sedangkan bapaknya pakai 3310 je, boleh huru hara dibuatnya.
    Tapi apa2 pun public phone di persekitaran sekolah perlu sentiasa dipantau bagi memudahkan anak membuat pangilan terhadap ibu bapa.
    onlajer baru je tulis kisah win the battle but lose the warMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, bro
      molek sangat kalau dapat letak telefon awam dekat dengan bilik guru

  6. suri says:

    telefon ada tapi ayng awam punya rosa cikgu he..nti nak suruh bapa amik saya camner? pakai hp guru vuleh?
    suri baru je tulis kisah Candida AlbicansMy Profile

    1. tehramuan says:

      kalau letak kat luar pagar
      memang tak panjang umur telefon tu

  7. suri says:

    skrg macam2 kemudahan ada di merata tempat.bila ada mula di salahkan gunakan. ni dtg sek nak bljar ke haper hee.. pelik kan…
    suri baru je tulis kisah Tergamaknya Kau !My Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, suri
      salah guna tu yang perlu dipantau
      macam salah guna dadah juga la

  8. shraqs says:

    Tambah lagi satu la tugas cikgu2 kat sekolah nanti…
    shraqs baru je tulis kisah Disapa Plugin Author Top Commentators WidgetMy Profile

    1. tehramuan says:

      tugas sedia ada pun dah tak terlayan
      huhu

      1. hafizmd says:

        Moga mereka yg terlibat tak tambah beban pendidik…biarlah pendidik kekal dgn tugas hakiki dan fokus mereka utk mendidik anak bangsa…betul tak cikgu? =)
        hafizmd baru je tulis kisah Pembelian Online:Kedekut atau Takut?My Profile

        1. tehramuan says:

          beban untuk mentadbir molek sangat untuk dikurangkan
          seperti tugas pungut berbagai bayaran tu
          sepatutnya ini kerja kerani

  9. daddydee says:

    Tu belum lagi buat video clip yang tak senonoh.

    Memang tak sesuai. Saya tak sokong.
    daddydee baru je tulis kisah Pelaburan : Ingin Cepat Kaya?My Profile

    1. tehramuan says:

      yups, walau pun ia adalah bukti kelakuan pelajar kita
      adalah tak molek disebarkan di internet
      tu kira menjatuhkan air muka juga tu

  10. Abdur says:

    Kalau tak bawa susah juga,takut ada apa apa.
    Abdur baru je tulis kisah FTP AccountMy Profile

    1. tehramuan says:

      takut ada apa2 tu perlukan saluran yang betul
      mak ayah perlu ambil anak mengikut masa yang tepat
      jaga dan guru2 juga perlu sentiasa ada pada masa bertugas

      1. hafizmd says:

        Ambe rase inilah jawapannya. Kalau semua tau tanggungjawab masing2, semuanya akan lancar..

        Dulu2 takde hp segala bagai, ok jer…hehehehe (jgn ada yg kate, eleh…itu zaman dulu…)…
        hafizmd baru je tulis kisah Petua Kesihatan:Punca Kebas TanganMy Profile

  11. hatiputera says:

    Rasanya HP pernah buat artikel pasal nie dulu. Memang banyak keburukannya kalau disalahgunakan oleh pelajar sekolah.
    hatiputera baru je tulis kisah Jom Meriahkan contest seo 10 blogger terbaik malaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kebaikannya memang ada
      cuma tenggelam dek kerana keburukan

  12. Muktasim says:

    memang cukup pelik dgn manusia yang bagi cadangan ni.. nampak sgt tak fikir panjang.. terlalu banyak yang negatif berbanding yang positif..
    Muktasim baru je tulis kisah Meracun Diri, Nikon D600My Profile

    1. tehramuan says:

      kita mesti pilih yang mana lebih memberi kesan positif
      bawa atau tak bawa

  13. Kalau dibernarkan, lama2 sekolah jadi pusat game dan hiburan.. nanti budak2 asyik leka nak share lagu, game, video dan gambar.. hp pun ada radiasi melemahkan fungsi otak. Mmg tak patut kerajaan benarkan..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah 6 Modul Menarik Pakej Rahsia Putu Special & Mohon Maaf.My Profile

    1. tehramuan says:

      lagi teruk bila pelajar dan guru sama2 share berbagai file hiburan
      huh.

  14. donnyien says:

    hai tehr,
    memang ada kebaikan meluluskan telefon bimbit ni di bawa ke sekolah, namun pelajar lebih cenderung menyalahgunakan telefon kearah tujuan yang tidak bermanfaat, conthnya bermain game dalam kelas, tangkap gambar serta menganggu proses pembelajaran.
    donnyien baru je tulis kisah Terima kad kuning tulis komen tidak berhemahMy Profile

    1. tehramuan says:

      pastinya lebih banyak perkara buruk yang akan berlaku

  15. ohcikgu says:

    cikgu pun tak boleh bawa kah? haha..
    ohcikgu baru je tulis kisah Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia.My Profile

    1. tehramuan says:

      bukan tak boleh
      cuma tak digalakkan bawa masuk kelas waktu mengajar

  16. Bro Zulkbo says:

    salam..
    alahai..iphone sapa la
    jatuh kena hujan tu..he he

    molek sangat jangan,payah
    kalau budak-budak bawa yang
    ada kamera bagai
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Pelbagai Kebaikan Dan Khasiat Durian BelandaMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      sengaja buat demonstrasi iphone dalam hujan
      tapi bukan saya punya :D

  17. Amirez says:

    semasa larangan bawa handphone ke sekolah pun dah macam2 video ‘pelik’ dirakam, zaman handphone tak canggih, ini bila zaman smartphone lagilah macam2 budak sekolah boleh buat. lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
    Amirez baru je tulis kisah Undur Diri Daripada Contest iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      kalau dibenarkan juga
      aku harap peraturannya perlu la ketat

  18. rain says:

    kemah kemingg gambar cikgu tehr dalam tablet ipad. ngee :D

    gambar nota-nota di snap , disimpan dalam fone dan curi-curi tengok masa exam.

    lebih banyak buruk. makin banyak beban guru dan pentadbir sekolah.
    rain baru je tulis kisah masih lagi exam oriented?My Profile

    1. tehramuan says:

      setakat curi snap nota tu tak la besar sangat masalahnya, rain
      aku risau bila ada yang dok curi2 snap hal lain je

  19. Padin says:

    hehehe tu la lebih banyak keburukan daripada kebaikan.. nanti cikgu ngajar kat depan, murid main2 kat belakang lama2 cikgu yg darah tinggi wohaaa
    Padin baru je tulis kisah Buka Mata Jangan PejamMy Profile

    1. tehramuan says:

      situasinya macam ni

      cikgu mengajar
      murid main hp kat belakang
      cikgu tegur, murid tak endah
      cikgu marah, murid ambil gambar [video]
      terus ke internet
      huh.

  20. akubiomed says:

    Saya berpendapat membawa telefon bimbit ke sekolah lebih banyak mengundang masalah daripada kebaikkan. Setuju sangat tugas guru disiplin semakin bertambah.
    akubiomed baru je tulis kisah ChurpChurp membawa khabaran gembiraMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang tak ada yang sanggup pegang jawatan sebagai guru disiplin nanti
      aku sendiri tak akan sanggup

  21. Budak_Pineng says:

    Askum.maafkan saya jika ada yang terasa tapi pada pendapat saya pengunaan telefon pintar oleh guru juga perlu dibicarakan.Hal ni kerana, sya pernah lihat cikgu bermain whatssap ketika sesi pembelajaran. MAYBE bukan semua guru tapi sy rasa isu ini juga perlu dibicarakan untuk mengelakan generasi pelajar yg mahu belajar tidak disisihkan.Terima Kasih

  22. Budak_Pineng says:

    BTW saya ialah seorang pelajar tingkatan 5 dan inginkan keputusan yg baik dlm SPM atas usaha dan bimbingan guru yg berintegriti

  23. lebih bnyak keburukan dari kebaikan.. baik x perlu buat bnda ni,,, Kita nak yang terbaik tuk anak-anak kita…
    Farina Al-Khareid baru je tulis kisah Glowing beautiful skinMy Profile

  24. Admin mesti lbih mengetahui,, kerana admin mempunyai pengalaman mengajar…
    Farina Al-Khareid baru je tulis kisah Glowing beautiful skinMy Profile

  25. Haris says:

    Pahal negara lain boleh je bawak phone kat sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun