Kasim Baba vs Kasim Selamat

Rasanya ramai yang kenal dengan Kasim Baba walau belum pernah berjumpa. Belum sempat bertentang mata atau belum berpeluang bertegur sapa. Kasim Baba pula tidak juga menjemput siapa-siapa bila berkenduri-kendara.

Begitu kisah Si Kasim Baba,
Sepanjang hari fikirkan harta;
Sikapnya penuh tamak haloba,
Sudahnya sendiri hilang nyawa.

Kasim Baba sangat jauh beza perangainya kalau nak dibandingkan dengan perangai Kasim Selamat. Korang juga dah kenal siapa orangnya Kasim Selamat ini, kan?

Lain kisahnya Si Kasim Selamat,
Cintakan isteri terlampau sangat;
Kerana mertua terlepas nikmat,
Akhirnya sendiri tak dapat melihat.

kasim baba kasim selamatAcap kali juga kita dengar kisah Kasim berlaku dalam negara kita. Yang berperangai macam Kasim Baba pun ada, yang bernasib malang seperti Kasim Selamat juga ramai.

Demikian kisah dahulu kala,
Kasim Baba Kasim Selamat;
Awas langkah hidup di dunia,
Banyak harta bukan nikmat.

Hanya itu je apa yang aku nak tulis dan kongsikan dengan korang kali ini. Tak banyak. Lagi pun dah banyak kali sangat kita tengok cerita dua Kasim ni di tv.

TehrDemikian kisah 'Kasim Baba vs Kasim Selamat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


11 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Mungkinkah kombinasi nama kassim dan baba ni mencerminkan sikap tamak sesuatu golongan atau bangsa sehingga diperihalkan sedemikian rupa?

  2. pahan says:

    haha. ada gak pantun walaupun pasal kasim dan baba. hehe. aku lama dah tak tengok ct ni.hehe
    pahan baru je tulis kisah Bagaimana Mengurus Lawatan Tahun Enam Ke Kuching, SarawakMy Profile

  3. mie says:

    kassim…
    nama memang agak popular dahulu kala…
    itulah nama atuk ku..
    ehhehee
    mie baru je tulis kisah POP! Hotel Kuta Beach BaliMy Profile

  4. Mohd Shubhi says:

    Selalu jugak gunakan nama Kassim bila nak ceritakan kisah benar yang berlaku pada masyarakat.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Apa hukum Wawa Zainal dan Aeril Zafrel kahwin 2 kali?My Profile

  5. akubiomed says:

    Orang tamak selalunya rugi.
    akubiomed baru je tulis kisah Bateri Rechargeable Evolta Panasonic untuk SpeedliteMy Profile

  6. kisah dua kassim yg oenuh pengajaran
    blogger lelaki baru je tulis kisah Lingkaran Waktu Umur KitaMy Profile

  7. dah lama tak tengok citer nie huhu
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Selamat Pulang ke Kampung HalamanMy Profile

  8. ohcikgu says:

    yang penting, jangan tamak. Tamak pada tempat yang betul.
    ohcikgu baru je tulis kisah Cikgu pernah tolong orang susah, tak?My Profile

  9. UmmiKami says:

    Bawa aiskrim sampai melimpah,
    Emak cuba menutupkan jari;
    Dua Kassim perangai tak tumpah,
    Tamak haloba dan taksubkan isteri.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sampai Bila……My Profile

  10. UmmiKami says:

    Tangkap itik di sungai naik,
    Ikan dipukat hanya sekerat;
    Sikap jelek perangai tak baik,
    Tidakkan selamat dunia akhirat.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Sampai Bila……My Profile

  11. Hafizul says:

    Kisah dan jalan cerita telah lapuk..tapi peristiwa dan adaptasi daripada cerita tu, sentiasa mekar dalam kehidupan seharian..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun