Kantoi

Mr Tehr rasa boleh faham apa maksud perkataan ‘kantoi’ yang semakin kerap digunakakan sekarang. Walau pun sukar mahu diterangkan maksudnya dengan tepat, tapi rasanya boleh faham kerana perkataan ini sering juga digunakan oleh penulis blog yang biasa Mr Tehr kunjungi. Kamus Dewan pula tidak menyediakan maksud kepada perkataan yang semakin popular ini. Mr Tehr dah semak tadi, memang tiada.

masa belajar pergi tandas
hisap rokok gian terbebas
kantoi dengan cikgu kelas
lubang udara asap terlepas

kantoi makan di bulan puasa
tidak tersangka mertua tiba
bungkusan meggi di atas meja
bau sampai ke depan tangga

video polis kantoi rasuah
diupload oleh jiran sebelah
kerana setitik nila tumpah
rosaklah nama susu sekawah

dalam berblog setiap hari
dalam menulis setiap entri
jujurlah kepada diri sendiri
kelak kantoi kemudian hari

Apa yang Mr Tehr faham, ‘kantoi’ bermaksud gagal dalam sesuatu cubaan untuk berbuat sesuatu perkara atau gagal merahsiakan sesuatu perlakuan dari diketahui orang lain. Kalau tak tepat, harap sahabat pembaca dapat berikan komen.

TehrDemikian kisah 'Kantoi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    ermm..kenangan kantoi
    zaman remaja bila di kenang
    mencuit hati sekali..he he

    tak sangka pula bahasa ini
    telah di Malaysiakan Bro?
    zulkbo baru je tulis kisah Wordless Wednesday # 8 : Approved By MyselfMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saya sendiri memang tak tahu asal perkataan kantoi ni
      adakah dari bahasa cina?

  2. Cik Siti says:

    biasanya bebudak yang suka dengan perkataan kantoi…. kantoi biasanya bila tembelang kita dah pecah…

    1. tehr says:

      dah kantoi tembelang pecah
      terasa muka jatuh ke tanah :D

      1. Cik Siti says:

        aduh! dah tak boleh nak bersihkan lagi dah….
        Cik Siti baru je tulis kisah Apa yang menarik di Merlimau….My Profile

  3. padin says:

    setuju dengan cik siti.. kantoi ni bila sesuatu perkara yang di rahsiakan pecah.. selalunya perkara2 salah la kan.. kalau perkara baik dirahsiakan pecah tembelang.. apa ek istilahnya? hee

    1. tehr says:

      pecah perkara baik, tak kisah, bro
      macam tu tak kira kantoi

  4. kulanz says:

    akupun tak paham sangat dengan perkataan tu.. rasanya tak pernah guna lagi dalam penulisan..
    kulanz baru je tulis kisah Penulis Blog Terdedah Kepada BahayaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun baru hari ni tulis perkataan kantoi
      harap2 tepat dengan maksudnya

  5. akubiomed says:

    Saya pun tidak pasti bila perkataan kantoi ini wujud. Mungkin DBP perlu buat semakan untuk perkataan baru ini :-)

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      tadi aku semak kat laman dbp
      memang tiada apa2

      1. bEe says:

        Rasanya masa bEe sekolah dulu pun dah ada “kantoi” ni… Puas juga cari dlm DBP tp takde pulak ek :-P

        1. tehr says:

          wah, dah lama juga rupanya perkataan ni ya?

  6. Juan says:

    perkataan “kantoi” ni shortform untuk menunjukkan kita punya rahsia telah bocor akhirnya
    Juan baru je tulis kisah Najwa Latif – Cinta Muka Buku (muzik-muzik 2011)My Profile

    1. tehr says:

      dan seterusnya sorok muka :D

  7. Nik Thoha says:

    Saya sendiri tidak hebat nak bagi maksud bagi perkataan kantoi ni. Apa yang saya faham kantoi ini seperti terbongkar keburukan yang dilakukan oleh seseorang itu. Apa yang mereka cuba selindung selama ini telah dapat diketahui oleh orang lain juga. Ia macam tidak sengaja dan tidak seperti yang dirancang oleh seseorang. kalau apa yang saya tulis ini salah boleh tolong perbetulkan. Kita sama2 belajar.
    Nik Thoha baru je tulis kisah Hargai Diri SendiriMy Profile

    1. tehr says:

      tak salah lagi tu, nik

  8. akakcomey says:

    Kantoi….gagal terhadap sesuatu perkara
    akakcomey baru je tulis kisah Jelajah alamMy Profile

    1. tehr says:

      gagal juga dikira kantoi ya?

  9. Mus says:

    hihhi.. masuk jugak bab polis kantoi..
    Mus baru je tulis kisah Tambang Murah – Whale Of A Sale AirAsiaMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      punca dari situ la aku buat entri ni, mus

  10. Kawe pernah kantoi dalam bercinta. Betulkah ayat ini cikgu? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Wordless Wednesday #8 – Shopping For Hari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      kantoi

  11. adele says:

    bahasa budak2 muda skrg..mmg org dewasa x brp nak fhm..hihihi
    adele baru je tulis kisah Gambar: Bayi Dicampak Dari Flat SentolMy Profile

    1. tehr says:

      memang sangat payah nak faham, adele :(

  12. ohcikgu says:

    budak-budak selalu pakai benda ni. pengaruh tv dan filem rasanya.
    ohcikgu baru je tulis kisah Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, cikgu
      mak ayah sekarang payah nak faham bahasa anak2

  13. kantoi sudah bilang ayah
    emak kata mana ada
    Minta maaf silap salah
    Hari Raya hampir tiba
    Baju Kurung Budak baru je tulis kisah Jual baju kurung cottonMy Profile

    1. tehr says:

      emak kata mana ada
      adik sengih nampak gigi
      hari raya hampir tiba
      baju baru belum dibeli

  14. RedBoys says:

    rasanya betullah apa yang mr tehr faham makna ‘kantoi’ itu.. dari manalah agaknya datang perkataan kantoi inikan? hurm..
    RedBoys baru je tulis kisah 7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki MenjawabMy Profile

    1. tehr says:

      tu la yang dok pikir ni
      dari mana la datangnya

  15. maza says:

    kantoi… .kalau dlm bahasa Inggeris versi Jawa Ponorogo mcm abg Ismail N ialah Busted!

    heheheheh..
    maza baru je tulis kisah Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. maza says:

      Opps.. lupa busted is not bustard..

      bustard tu durjana! anak haram jadahhh..

      heheehe
      maza baru je tulis kisah Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

      1. tehr says:

        ooo macam tu pulak

        1. maza says:

          Begitulah.. pemahaman org kampung aje cikgu.. hehehe
          maza baru je tulis kisah Pasar Malam, Bukit Ayam, KluangMy Profile

  16. ghost writer says:

    pasal video polis kantoi(kedapatan)rasuah tuh memang sangat menyakitkan hati.tercemar lagi nama PDRM.salary polis rasanya lebih besar dari anggota beruniform yang lain.malah siap diberi elaun tambah an lebih masa lagi.ailllar!
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, ghost
      kantoi dengan tetamu dari negara jiran pulak tu

  17. wadud says:

    salam..
    aku dah leh masuk belog ngko bro..
    yes2..
    hehehehe….
    kantoi? ayat budak asrama.. ^_^

    1. tehr says:

      agaknya memang banyak la kes kantoi kat asrama ya, bro?
      hehe

  18. bEe says:

    Sepupu kecik2 bEe pun dah pandai guna perkataan kantoi hehehe

    Bila tanye balik apa tu kantoi diaorg tak tahu. Kelakar pulak. Bila tanye diaorg ckp kwn2 sekolah yg guna…. hahahaha

    1. tehr says:

      dah mereka sendiri terkantoi
      tau cakap tapi tak tau apa maksud :D

  19. eiela says:

    bahasa orang muda-muda sekarang. kejap-kejap kantoi, ntah apa yang kantoi ntah.
    eiela baru je tulis kisah Jawapan Dari AllahMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      ada yang suka2 sebut je tu, eiela
      seronok ikut kawan :D

  20. zik says:

    kantoi sudah… ayat ini masih lagi digunakan sehingga hari ini…
    zik baru je tulis kisah Aisey, terlepas pulak nombor cantik nihMy Profile

    1. tehr says:

      ayat popular tu :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun