Kampung Kok

Malam ini mari kita jalan-jalan sekitar kawasan Daerah Tumpat, Kelantan. Bukan di Lembah Sireh dekat dengan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang masih belum siap tu. Bukan. Kita ambil jalan lain arah ke kampung-kampung lama.

Perjalanan balik nanti kita singgah dekat Pantai Seri Tujuh, pekena teh tarik dengan pulut ikan kering. Jangan lupa bawa kamera untuk ambil gambar. :D

kok keli

kampung selehong kok pasir
pondok lama guru mentadbir
penduduk ramai pelajar hadir
menjadi pulau sewaktu banjir

kok keli kampung berjiran
dalam sawah banyaklah ikan
kem pengakap di tepi jalan
hanya kampung tiada pekan

bendang padi nampak permai
pohon buluh melambai-lambai
pengkalan kok majid tepi sungai
dahulu kurang sekarang ramai

nama kampung kok bedullah
di kiri kanan tanahnya rendah
0rang berkebun juga bersawah
hidup senang bukannya mewah

kampung siam di kok seraya
orang melayu sedikit sahaja
laluan hamba ke tempat kerja
aman makmur tiada sengketa

kok majidBermacam-macam kok ada di Kelantan. Ada juga nama tempat seperti Kok Lanas, Kok Pauh, Kok Keranji, Kok Jering, Kok Serai dan lain-lain. Yang pasti bukan Teresa Kok.

TehrDemikian kisah 'Kampung Kok' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


63 Comments

  1. auc says:

    hmmm x lepas lagi kat kg kok keli nih :)
    auc baru je tulis kisah Jersi Bola Sepak Malaysia OriginalMy Profile

    1. TehR says:

      boleh singgah nanti, bro
      jalan sungai pinang ke tumpat

      1. suri says:

        adakah di sana banyak ikan keli.selalu kalau nama tempat tu unik mesti ada sebab di sebalik jalan ceritanyakan :)
        suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_05/2013My Profile

        1. TehR says:

          dulu memang banyak, suri
          kat mana2 ada ikan keli
          tapi sekarang payah nak cari
          mungkin kerana racun padi

          1. Hafizul says:

            Emm dulu tak ramai yang suka makan keli..sekarang dah ramai..hehe
            Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #55 – Bila Si Dia Mula Memegang PenaMy Profile

          2. hafizmd says:

            padi mesti berisi
            tu yg payah nak cari
            si ikan keli
            terkena racun terus mati
            hafizmd baru je tulis kisah Wan Zack Haikal Mungkin Balik Bermain Dalam Liga Malaysia?My Profile

            1. Hafizul says:

              Haha..betul gak tu bro..apa boleh buat..hehe
              Hafizul baru je tulis kisah Sekeping Nota Untuk AyahMy Profile

  2. azura says:

    kok ye pun cikgu…nama kampung pun kok
    azura baru je tulis kisah Naik Buai di Kampung HalamanMy Profile

    1. TehR says:

      haha
      kok kok kok
      ayam kampung berketok

    1. TehR says:

      aik? kena lagi sekali?
      sapa la yang suka main2 macam tu

      jom jalan2 hilangkan sedih dalam hati :D

      1. mesti ramai belajar ilmu hack nie dan tengah test power. hu.hu.hu.. yg teruk kita lah kan….

        ada sekali diorg guna software isi borang pengesahan pembelian produk saya sampat 6ribu.. lepas tu, saya terpaksa enable captcha..
        Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi & Resipi Putu Piring, Putu Bambu, Putu Cup Cake, Putu Coklat Dan Banyak lagi.My Profile

        1. TehR says:

          wah, banyak mereka dapat untung atas angin tu

  3. hafizmd says:

    Byk lagi tmpat best2 kat Kelantan ambe belum sampai…huhuhu

    Byk jugak Kok di Kelantan, sama macam di Penang, byk Permatang =)
    hafizmd baru je tulis kisah Payah Sangat Nak Kuruskan Badan? Mai Baca 5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori!My Profile

    1. TehR says:

      nama kampung melambangkan negerinya
      mudah juga orang nak kenal

    2. Hafizul says:

      Sama lah..saya pun kenal bandar jer..yang lain2 belum habis jajah lagi..kalau kat terengganu jalan dia tak susah mcm KB..KB rasa pening gak la..hehe
      Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #55 – Bila Si Dia Mula Memegang PenaMy Profile

  4. nazray says:

    baru pertama kali dengar nama kampung Kok. hehe. pernah sampai kelantan sekali jer masa PLKN dulu untuk latihan menembak. tapi pada tembak tu pun saya tak tahu nama dia.
    nazray baru je tulis kisah Ciri terbaik iOS 7.My Profile

    1. TehR says:

      mungkin sekali di Padang Tembak, Pengkalan Chepa tu, bro

      1. nazray says:

        ye la kot. hehe, masa tu jiwa remaja, fokus tertumpu untuk menembak je, sampai tak ambil tahu nama tempat menembak, terima kasih sebab bagi tahu, means saya pernah ke penglalan chepa. :D
        nazray baru je tulis kisah Nokia Asha 501 | Ada apa dengannya?My Profile

  5. shameel says:

    saya sendiri pun tak pernah smpai lagi kok keli ni
    shameel baru je tulis kisah TEMPOH VISA UMRAH DIHADKAN KEPADA 14 HARI SAHAJA.My Profile

    1. TehR says:

      ada masa luang nanti
      insyaallah sampai la tu, bro

  6. saimi says:

    Banyak jugak nama kampung yang bermula dengan kok nie.kok tu maksudnya apa erk?
    saimi baru je tulis kisah Buat Duit Online Dengan AssignjobsMy Profile

    1. TehR says:

      yups, macam2 kok ada :D
      bagi aku maksudnya ialah kawasan tinggi

  7. hafiz says:

    apa maknanya kok tu bro..
    hafiz baru je tulis kisah Pelancaran KRR Drive Thru Setia Tropika Johor BahruMy Profile

    1. TehR says:

      aku fikir tanah lebih tinggi
      sebabnya kampung2 yang bernama kok ni tak tenggelam masa banjir

    2. Mohd Shubhi says:

      Ya! apa maksud KOK?
      Mohd Shubhi baru je tulis kisah Inspirasi 10 perkara bahagia #2: Fauzan AzimanMy Profile

  8. keren bang
    Jalur 17 Blog baru je tulis kisah Post Pertamaku Di Jalur BlogMy Profile

  9. kakiblog says:

    belum pernah pergi dan berharap dapat pergi kalau dah jadi blogger banyak income. Insya Allah
    kakiblog baru je tulis kisah Mendapat Trafik Secara Plug In Facebook Dalam Blog WordPressMy Profile

    1. TehR says:

      pelan2 kumpul :D

  10. Cik Siti says:

    belum pernah sampai…teringin juga nak sampai sana
    Cik Siti baru je tulis kisah Kering….My Profile

    1. TehR says:

      insyaallah

  11. zool says:

    Kok tu apa maknanya.
    zool baru je tulis kisah Tinggal KenanganMy Profile

    1. TehR says:

      tanah sedikit tinggi dari kawasan sekitar

  12. sensasi2020 says:

    Itu kampung Kok Keli,
    Tentu banyak ikan keli,
    Terasa berselera nak beli,
    Dicicah dengan sambal cili.

    Kalau tempat pesta wau antarabangsa diadakan baru2 ini iaitu kg Geting, itu tempat kg kelahiran saya.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Keyword “Melayu Boleh” Contest SEO Anjuran Beritakaki OnlineMy Profile

    1. TehR says:

      tak jauh tu, bro

  13. Tak tersampai lagi, nak ke sana… Kat sana banyak kok, dekat Temerloh nie banyak Paya pulak… Paya keladan, Paya Pulai, Paya apa lagi hehehe…
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Awek SabahMy Profile

    1. suri says:

      banyaknya nama paya agaknya jika tanam kangkung mesti byk yang tumbuh meliar ini :)
      suri baru je tulis kisah 06:05:07 PM Siapa Nak Bagi !My Profile

      1. TehR says:

        haha
        memang banyak kangkung dijual
        kangkung goreng sedap tu :D

  14. suri says:

    agak popular di sana ya hee..di melaka ..ipoh rasanya belum pernh sy mendegarnya lagi…
    suri baru je tulis kisah Hanya 9 Hari Sahaja !My Profile

  15. Zida says:

    Kok tu apa? Zida ni, Kelantan tu pun tak pernah sampai lagi. InsyaALLAH cuti summer ni baru nak jejak sana, memandangkan ramai kawan-kawan negeri sana dah ajak datang :)
    Zida baru je tulis kisah Kanser Rahim Yang MenginsafkanMy Profile

    1. TehR says:

      molek sangat dah tu, zida
      bawa duit banyak2 borong kain batik
      hehe

  16. nazra says:

    kalau kat tempat saya ni, banyak Charok. kampung yg ada nama Charok tu banyak sangat. kampung saya Kg Charok Kudung. ada Kg Charok Kit, Kg Charok Tenang, Kg Charok Sejuk, Kg Charok Sireh

    macam-macam charok ada :D
    nazra baru je tulis kisah Sumber sarapan berkhasiat untuk otak cerdas dan aktifMy Profile

    1. TehR says:

      charok ni pula apa maknyanya, nazra?

  17. fiezaradzi says:

    apa maksudnya kok tu? yg pasti bukan kek kan.. hehe

    biasanya jadi satu trade make sesuatu negeri kan..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Laksa PenangMy Profile

    1. TehR says:

      yups, lain negeri lain pula siri nama

  18. Mohd Shubhi says:

    Nampaknya ramai yang nak tahu apa maksud Kok tu, saya pun teringin nak tahu gak!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Inspirasi 10 perkara bahagia #2: Fauzan AzimanMy Profile

  19. Mohd Shubhi says:

    Makna kok daripada kamus dewan:
    1. ist bahan yg kasar dan ringan yg tinggal apabila gas dikeluarkan dr arang batu yg dibakar (digunakan sbg bahan api).
    2. paip saluran air yg ditanam pd jalan, batas; atau benda bulat yg digunakan utk menggali telaga.
    3. pepejal yg berliang-liang dan mudah patah dan mengandungi kira-kira 80% karbon (diperoleh dgn memanaskan arang batu).
    4. kalau, kalau-kalau, takut; atau kata utk menegaskan maksud (rasa hairan, marah, dll): ~ masih pakai celana yg koyak-koyak?
    5. ist bahan yg kasar dan ringan yg tinggal apabila gas dikeluarkan dr arang batu yg dibakar (digunakan sbg bahan api).
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Inspirasi 10 perkara bahagia #2: Fauzan AzimanMy Profile

    1. TehR says:

      terima kasih, bro

      aku dah semak dalam kamus dewan [bercetak] edisi ketiga
      sayangnya tak ada maksud kok [tanah tinggi]

  20. de engineur says:

    klu mengikut cikgu teh, kok tu “tanah yg lebih tinggi”.
    Betul cikgu?
    de engineur baru je tulis kisah Loans for home Solar PV systemsMy Profile

    1. TehR says:

      ya. ramai orang kat sini kata
      maksudnya tanah yang lebih tinggi

      1. de engineur says:

        Ya mcm di Sabah banyak nama yg bermula dgn Lok:-
        Lok Kawi, Lok Bonu, Lok Urai, dll tapi I tak tak pula maksudnya.
        de engineur baru je tulis kisah Teck Guan launches bio-ethanol projectMy Profile

  21. fyna says:

    fyna pernah sekali je kelantan. kat machang. tue pun sebab hantar adik kat uitm machang. tak sempat nak ronda2 kat kelantan.
    fyna baru je tulis kisah Berniaga Di Bulan RamadhanMy Profile

  22. PerenLee says:

    saya nak balas pantun tu tapi dah 10 minit saya fikir-fikir idea tak juga datang-datang..hehe
    PerenLee baru je tulis kisah Tips Tidur CepatMy Profile

  23. Hafizul says:

    KOK KELI??kenapa tak bisa ketemui nama kok keli ni..kok lanas dah glamor..Hahaha..kat area mana ni bro?
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #55 – Bila Si Dia Mula Memegang PenaMy Profile

  24. papa mifz says:

    teresa kok boleh dijumpai ketika naik roket jer…haha
    papa mifz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Tembakan Seorang Amatur Menggunakan Sony Nex-3NMy Profile

  25. cikgu naman says:

    Kg kok jering tu kg ambo..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Kasihnya Ibu..My Profile

  26. takai says:

    macam2 nama kok…kok itu apa maksudnya?
    takai baru je tulis kisah Gambar Haiwan Tersangkut, Tersepit, TerselitMy Profile

  27. Lynn says:

    Perkataan ‘kok’ serupa dengan perkataan jawa ‘ kok-gitu ya ?’
    Lynn baru je tulis kisah Aku yang rinduMy Profile

  28. titan says:

    wah..macam-macam ye kok..
    titan baru je tulis kisah Masalah malware k.human-e.net..My Profile

    1. suri says:

      bukan bunyi si ayam kok tu
      suri baru je tulis kisah Hari Keluarga Dan Sukaneka 2013My Profile

  29. akubiomed says:

    Pernah lalu Kok Lanas.
    akubiomed baru je tulis kisah Babah tolong kakiku sakitMy Profile

  30. suri says:

    kok selalu org indo cakap.. kok gitu mas…haaa
    suri baru je tulis kisah Hari Keluarga Dan Sukaneka 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun