Kampung Dalam Tumpat

Kampung Dalam terletak dalam daerah Tumpat. Jalan utama merentasi Kampung Dalam ini menghubungkan Kampung Air Dingin dan Kampung Kok Keli di seberang Sungai Selehong. Penduduk Kampung Dalam hampir 100% berketurunan Siam.

kampung dalam

sering kulalui kampung dalam
waktu siang atau waktu malam
orang kampung keturunan siam
jalannya terang tiadalah kelam

waktu malam sunyi dan sepi
hanyalah anjing berlari-lari
berselisih kenderaan sesekali
terasa senang di dalam hati

kampung dalam sepanjang jalan
tiadalah terjumpa kedai makan
ada sebuah tanah perkuburan
di simpang masuk kampung berangan

jalan kampung lurus sahaja
pejabat jpa di simpang sana
memandu seorang dalam kereta
berdebar juga di dalam dada


View Larger Map

Waktu malam di Kampung Dalam tidak sama dengan kampung Melayu berdekatan yang nampak meriah. Malam di kampung ini tanpa remaja ‘muka tembok’ atau terang benderang kedai makan dengan layar besar siaran perlawanan bola sepak.

TehrDemikian kisah 'Kampung Dalam Tumpat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Terbelog says:

    lain mcm nama kg yer
    Terbelog baru je tulis kisah Gambar Saat Terakhir P RamleeMy Profile

  2. sensasi2020 says:

    Kampung Dalam terletak di Tumpat,
    Penduduknya kaum Siam semua,
    Aku sudah tahu ini tempat,
    Kerana Kg Geting tempat lahir gua.

    Kg Dalam dekat stesyen keretapi,
    Jalan menuju ke pantai sri Tujuh,
    Hari tu pesta wau ambo tak pergi,
    Tak boleh pergi sakit tubuh.

    Bro bercerita pasal Kg Dalam,
    Bila pula kg geting,
    Kerana bro sentiasa berjalan malam,
    Singgahlah di sana buat shooting.

    TQ….
    sensasi2020 baru je tulis kisah Cara Tingkatkan Trafik Dan Pengunjung Blog AndaMy Profile

  3. AUC says:

    hehehe betul kampung dalam tumpat ni :)
    AUC baru je tulis kisah Selamat Ulang Tahun ke 106 Kampung Ulu ChekaMy Profile

  4. titan says:

    tumpat..? piikir balik, memang pelik namanya tu.
    titan baru je tulis kisah Kitab Teknik SEO Merah Jambu dibuka untuk jualan.My Profile

  5. Wan Fauzi™ says:

    tahniah kepada pasukan bola Tumpat fc dlm liga Fam.. walaupun menduduki tempat ke-8 liga fam pada penampilan pertama dl liga fam musim ini
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Punca Utama Disebalik Rampasan Kuasa MesirMy Profile

  6. sunyi sgt pun tak bleh gak, boleh menimbulkan keadaan yg menyeramkan.. huhu
    the malay male baru je tulis kisah makan puas puasMy Profile

  7. Hafizul says:

    Tak pernah lagi kot ke tumpat kelantan ni..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Bro Kita Dah Nak Puasa Ni..My Profile

  8. papa mifz says:

    berapa jumlah penduduk Kg Dalam tu cikgu..??
    papa mifz baru je tulis kisah Sejuknya Snow Walk i-CityMy Profile

  9. dja@sishaza says:

    Ambe pun tak pernah sampai ke Tumpat…agaknya sebab jauh ke dalam,that is why dpt nama kg dalam ….macam2 nama kampung kat Malaysia ni
    dja@sishaza baru je tulis kisah PANDUAN SEO MERAH JAMBU UNTUK BLOGGERMy Profile

  10. Mohd Shubhi says:

    Terfikir kenapa kampung siam tak meriah macam kampung melayu?
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Antara kaya dan sombongMy Profile

  11. Cik Siti says:

    kalau sunyi tu mahu berhati-hati…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kalau Tiada Rezeki…My Profile

  12. Padin says:

    hehee entah bila dapat ke sana lagi,
    minta bro belanja kopi secawan ekekee

  13. de engineur says:

    Baru I tahu ada juga Kg di sana yg hampir 100% berketurunan Siam. Mereka fasih berbahasa Melayu juga ke?
    de engineur baru je tulis kisah Free street solar chargers in New YorkMy Profile

  14. Best juga kampung di sana walau sunyi tapi jalan sangat baik..
    kalau tempat kami.. kampung yang dekat pekan pun masih jalan gravel lagi..
    Kulanz Salleh baru je tulis kisah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa SELANGOR dan Seluruh MalaysiaMy Profile

  15. azura says:

    saya pun ada keturunan siam sikit…tak taula kalau ada dalam Tumpat

  16. onlajer says:

    dengar pernah sampai je belum
    onlajer baru je tulis kisah EnSurvey My EarningMy Profile

  17. hafizmd says:

    Best bila malam sunyi jer..hanya ada bunyi cengkerik dan kadang2 reriang sesat..cewahhh
    hafizmd baru je tulis kisah Lelaki Kacak Lagi Super Melayu Boleh Mesti Sanggup Korban Masa Tidur!My Profile

  18. ProfHariz says:

    Macam mana keadaan pagi-pagi macam ni. huhuhu
    ProfHariz baru je tulis kisah Denaihati.com ReviewMy Profile

  19. UmmiKami says:

    Salam fajar, Ummi baru dua kali jejak ke Pasir Mas, Kota Bahru mengikut suami out station tapi Tumpat belum lagi… :)

  20. Ismail N says:

    Adehh.. seDALAM mana kah kampung inie?
    Ismail N baru je tulis kisah Enter Sandmen: Metallica LIVE In Malaysia 2013My Profile

  21. zool says:

    dalam sungguh kampung tu ye
    zool baru je tulis kisah 100,000 unit rumah dirancang untuk kakitangan awamMy Profile

  22. kat rumah saya pun bila malam sunyi dan tenang..
    tapi bila siang penuh dgn kereta yg nak ambil anak2 kat sek.
    kena terimalah sbb depan rumah betul2 sekolah rendah dgn sek agama..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Selamat Berpuasa & Testimonial Terbaru Pakej Jombinaweb, Rahsia Bun dan Rahsia PutuMy Profile

  23. eiela says:

    kiranya kalau lalu sini malam-malam memang sunyi je la ek. lampu jalan ada tak?
    eiela baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Selamat BerpuasaMy Profile

  24. Lynn says:

    Pernah sampai ke mari 20 tahun yang dahulu dan rasanya keadaannya tidak semeriah seperti yang terlihat di dalam gambar.
    ( Hampir menjadi warga tumpat..hehehe )
    Lynn baru je tulis kisah RAWATAN VENEER GIGI AND TEETH MAKEOVERSMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun