Kambing

Agaknya siapa pula yang akan dijadikan kambing hitam kali ini? Ayat biasa yang sering kita dengar dan kita jumpa. Menurut Kamus Dewan, kambing hitam bermaksud orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian.

Masa sekolah dulu aku memang suka bela kambing. Harga kambing masa tu tak mahal seperti sekarang yang boleh mencecah sehingga RM400 hingga RM500 seekor.

mungkinkah kambing mandi pagi
pastikah hujan di tengah hari
bolehkah harum semerbak mewangi
ketika berpanjangan badan berdaki

mungkinkah kambing tiada janggut
pastikah alim perkataan diteguk
bolehkah nasihat bersama diikut
ketika sekadar songkok mengangguk

mungkinkah kambing senyum panjang
pastikah sempit beransur hilang
bolehkah lapang menjelma datang
ketika hanya kebodohan bertandang

mungkinkah kambing mengembek kuat
pastikah longgar tali mengikat
bolehkah terlepas dari terjerat
ketika ajalnya semakin mendekat

Sudah agak lama juga aku tak makan gulai kambing. Kalau masa remaja dulu-dulu, gulai seketul kepala kambing aku boleh habiskan bersama sepupu aku yang sama sebaya. Sekarang ini rasanya aku tak lagi mampu untuk makan kepala kembing. Kata orang gulai kepala kambing banyak kolestrol.

TehrDemikian kisah 'Kambing' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. onlajer says:

    briyani kambing satu
    onlajer baru je tulis kisah Bagaimana Memelihara Kenderaan Warna PutihMy Profile

  2. Hairul Azni says:

    Saya tak berani makan kambing banyak2..makan untuk rasa je..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Dapat Rank Nombor CantikMy Profile

    1. suri says:

      kalau makan banyak nanti bdan rasa panas2 erk.
      suri baru je tulis kisah Scan! Save! Copy! And Paste!My Profile

    2. gout?hehe
      blackrosehunter baru je tulis kisah OLED TV Melengkung LGMy Profile

      1. suri says:

        yer ker? ada kata gout tal voleh makan mkn laut erk..hii..

  3. HafizAmri says:

    saya dah lama tak makan daging kambing..
    HafizAmri baru je tulis kisah Kelebihan Surah Al-FatihahMy Profile

  4. Bahrain says:

    nak share skit cerita..
    kat johor bila time ceramah maulidur rasul di Masjid Abu Bakar tak silap akula kan. Katanya orang yang ada darah tinggi atau masalah kesihatan ke macam kencing manis ke dan sebagainya, bila makan je kambing masa tu jadi sihat. Katanya berkat..
    tapi tak tahula betul ke tidak, ada orang bgtau saya, sebab masa tu saya jadi urusetia bahagian makanan, memang ramai orang yang berebut2x nak makanan, time tu pula makan lauk kambing, diorang ada yang bukan dengar ceramah tp datang semata2x nak amik makanan je..
    Bahrain baru je tulis kisah APRIL EDITION GIVEAWAY BY DYSHA SAHHIRMy Profile

    1. hafizmd says:

      Setakat yg ambe tau, daging kambing kolesterolnya lebih rendah.

      tp daging merah ni mmg tak boleh makan byk2, sikit2 bolehlah =)
      hafizmd baru je tulis kisah Tau Fu Fah Greenwood Super Sedap!My Profile

  5. kambing sedap untuk dimakan..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam KehidupanMy Profile

    1. suri says:

      kalau dapat makan sesekli layan juga tpi ambil secubit dua bolehlah
      suri baru je tulis kisah Ek, ElahMy Profile

  6. cikgu naman says:

    dulu ada bela kambing warna putih..diberi nama blue blink sebab masa tu popular cerita kartun tu..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Parody Trailer Iron Man 3My Profile

  7. hafiz says:

    kata org kalau kepala ada pusar 2 bagus bela kambing ye ke..
    hafiz baru je tulis kisah Menjahit Baju Melayu JohorMy Profile

  8. hafizmd says:

    kambing mmg feveret ambe. kat kampung pun sekarang, masih ada bela kambing dua tiga ekor..

    sedapnye sizzling lamb chop! =)
    hafizmd baru je tulis kisah Tau Fu Fah Greenwood Super Sedap!My Profile

    1. suri says:

      jual mmg untung lagi2 untk buat akikah tu

  9. suri says:

    masak kicap sedap juga kan..bubuh bawang bayk2 heee
    suri baru je tulis kisah Aku Nak Mengelak Dari Berjumpa Dengan Kekasih LamaMy Profile

  10. Hafizul says:

    Emm kari kambing sedap bro..siapa tak suka makan kambing, rugi la..
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  11. Kambing bakar..hahaha
    Suhairi Alias baru je tulis kisah Transaksi asing paypalMy Profile

  12. fiezaradzi says:

    kambing bakar memamg sedap, makan dengan sos black paper.. hehe

    kambing hitam? pernah jumpa..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Bila Budak Mula Baca DoaMy Profile

  13. Dja@SisHaza says:

    kambing hitam ??..
    kat rumah mak ambe banyak kambing,bukan setakat hitam,koko,putih semua ada… camana pula yg daripada elok2 jd orang,tiba2 nak jd kambing pulak tu ye …. huhu bila2 masa je boleh kena sembelih
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah PERADUAN MENGARANG PANTUN PENDIDIKAN 2013My Profile

  14. de engineur says:

    Kepala kambing, termasuk daging kambing yg sedap tu mmang bnyk kolestrol. Kena kawal makannya.
    de engineur baru je tulis kisah Deadline to send BE forms via e-Filing extended to May 15My Profile

  15. suri says:

    ONLAJER
    ada ker brani kambing? hee..cam sedap pula mendengarnya

  16. suri says:

    jangan jadi kambing hitam sudahlah huhu…

  17. maza says:

    sekarang saya suka makan lamb chop.. tapi tak suka menjadi kambing hitam.. hehehe

    selamat mengundi Cikgu Ther.. hehehe

  18. hafiz says:

    dapat makan nasi arab lauk kambing memang best ni..
    hafiz baru je tulis kisah Menjahit Baju Melayu JohorMy Profile

  19. UmmiKami says:

    Assalam.. :)

    Harum emping dimasak kelapa,
    Makanlah lempeng rasa ketupat;
    Senyum kambing tidak mengapa,
    Betulkah sumbing dikata buat-buat.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Raya Raya Raya…My Profile

  20. UmmiKami says:

    Kambing kan makanan Rasulullah.. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Raya Raya Raya…My Profile

  21. UmmiKami says:

    Suami Ummi memang suka benar makan sup kambing , kari kambing, apa-apa ja masakan berkaitan kambing…kalau Ummi sorii… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Raya Raya Raya…My Profile

  22. UmmiKami says:

    Tapi apa-apa pun makan biarlah sederhana, barulah tidak mendatangkan penyakit….kan :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Raya Raya Raya…My Profile

  23. BeritaKaki says:

    saya risau makan kambing ni .. hmm .. darah tinggi susah..hahaha
    BeritaKaki baru je tulis kisah N’Anggun Collections Maxi Dress PromotionsMy Profile

  24. Saya memang suka makan kambing dan selalu gak makan. Kalau dah makan kambing, seronok dan segar jer rasanya ;)

    Saya juga suka bela kambing masa kecik2, tapi kalau sy bela ntah kenapa dia takleh hidup…
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 5 Khasiat Kesihatan Kacang Soya HitamMy Profile

  25. akubiomed says:

    Tak biasa makan daging kambing.
    akubiomed baru je tulis kisah Filem Iron Man 3 sekuel terakhirMy Profile

  26. kalau bab kambing atau lembu ni memang aku suka makan sup gear box! terbaik laa. tapi tak boleh selalu makan nanti pening.
    khairul asrol baru je tulis kisah Alexa Ranking Cecah Angka Nombor 2 di Hadapan!My Profile

  27. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya suka kambing biri-biri
    dagingnya lembut tidak berbau
    hapak kambing..huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Jalan-Jalan Kota Melaka : Melaka River CruiseMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun