Kalau Tiada Kerana Bulan

Sekali sekala ada terdengar guru-guru darjah satu menyanyi lagu ‘Kalau Tiada Kerana Bulan’ ini bersama kanak-kanak sewaktu mata pelajaran muzik. Seronok sekali nampaknya mereka menyanyi mengikut lagu yang dimainkan. Apa kata kali ini kita sama-sama menyanyi sekadar untuk mengendurkan stress. Nak tak?

Asyik membaca berita banjir yang masih melanda di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah pasti boleh menyebabkan kita susah hati. Bila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung menyalahkan kerajaan Kedah yang dikatakan lemah dalam menangani masalah banjir, bila KTMB menafikan projek landasan berkembar elektrik menjadi punca banjir, bila masing-masing menuding jari, adalah lebih seronok kita menyanyi menghiburkan hati. Jom kita nyanyi…

kalau tiada kerana bulan
tiada bintang terbit pagi
kalau tidak kerana tuan
tidak saya jadi begini
kalau tidak kerana balak
kalau tiada kerana balak
tiada tauke duit berlipat
kalau tidak kerana tamak
tidak sungai jadi tersekat

kalau tiada air melimpah
tiada dara mencuci kaki
kalau tidak kerana rasuah
tidak juga projek diberi

kalau tiada padi tenggelam
tiada rakyat bersusah hati
kalau tidak kerana geram
tidak hamba tulis begini

kalau tiada kerana hujan
tiada bumi basah sendiri
kalau tidak kerana iman
tidak dapat rahmat Illahi

Betul kan? Menyanyi dengan irama yang sesuai memang dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi sepanjang hari. Tapi, jangan pula menyanyi melalak di tengah malam, kesian juga pada jiran yang mahu melelapkan mata. Nyanyi dalam hati saja, boleh tak? Hehehe.

TehrDemikian kisah 'Kalau Tiada Kerana Bulan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


48 Comments

  1. Zezebel says:

    haha, sesuai sekali untuk menghibur hati…
    BTW, tak de siapa yang nak mengaku kesalahan sendiri, biasa la tu. masing-masing tak nak di persalahkan.
    Zezebel baru je tulis kisah 2010 WW weeks 2 contestant listMy Profile

    1. tehr says:

      belle mesti pandai menyanyi kan?

  2. padin says:

    ha3 menyanyi tengah malam, nanti kena baling botol plak, muehehee
    padin baru je tulis kisah Salah SiapaMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      minta balingkan botol yang masih berisi
      boleh juga hilangkan haus

      1. padin says:

        takut tak sempat nak minum, dah padam.. ekekee
        zaman belajar dulu pernah juga melalak tengah malam,
        tanda stress buat tesis, kononnya, sighhh

  3. sangilapi says:

    aku punya suara tak berapa sedap kalau menyanyi,oleh itu aku sekadar membaca rangkap demi rangkap :)

    *ni dengar kelas sebelah menyanyi terus dapat ilham buat entry ke ? :)*
    sangilapi baru je tulis kisah tragedi oktoberMy Profile

    1. dnoBiz says:

      sama la jo, kang kalau aku nyanyi ribut petir lak
      dnoBiz baru je tulis kisah Kemalangan Bas Terbaru – ‘Bas ni terlalu laju…aku seram’My Profile

      1. tehr says:

        dah ribut petir nanti, tak dapat online pulak

        1. dnoBiz says:

          biasa kalau ribut petir aku on line je, tapi kalau aku tak online tu tandanya kabel TM kawasan aku kena kebas lagi la hehehee
          dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – Bertuahnya Mereka yang BerkerjaMy Profile

    2. tehr says:

      nyanyi dalam hati je, bro

  4. sabri says:

    pnuh maksd ni en th..hehehe
    sabri baru je tulis kisah Dunia Aku – Video Game Dulu Dan SekarangMy Profile

    1. tehr says:

      campur semua sekali
      asal terlintas je :)

  5. Afiq Bukhari says:

    huhu bila manusia mengejar kekayaan dunia, alam sekitar dilupakan.. itulah, berfikir 18 kali pun, tetap dengan keputusan yang sama, tamak haloba…

    1. tehr says:

      duit2
      semua cari duit

  6. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..memang cantik pantun ni
    saya setuju amat..siapa makan cili
    pasti terasa hangatnya..huhu
    zulkbo baru je tulis kisah Telur Dadar Paling Besar Di Dunia World Egg DayMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      saya tak suka pedas, dan tak makan cili :)

    2. dnoBiz says:

      tapi bro biasanya orang yang makan cili ni dia dah tak kesah dengan kepedasannya , tu yang susah tu
      dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – Bertuahnya Mereka yang BerkerjaMy Profile

  7. Hadi Rofiee says:

    Hehe. Jom lupakan segala masalah. Pergi jauh2 wahai masalah.

    1. tehr says:

      ya. selesaikan dan biar dia pergi jauh2
      senang citer

  8. puteri says:

    ala..sekolah saya dulu takde nyanyi lagu ni pon??
    opss..skolah dulu xde subjek muzik.. hehe

    tp.xpnh jugak dengar kawan2 sekampung nyanyi…
    puteri baru je tulis kisah galas- batu sapiMy Profile

    1. tehr says:

      ya ke, puteri
      sekarang boleh le nyanyi
      lirik dia boleh ubah sesedap rasa :)

  9. etomyam says:

    teringat pulak sketsa P.Ramlee dlm filem Seniman Bujang Lapok..
    ” saya tunggu punya tunggu bulan tak muncul tuan” hehehe
    :D
    etomyam baru je tulis kisah Alahai…My Profile

    1. tehr says:

      …tapi lobang hidungmu …
      hahaha

  10. zik says:

    menyanyi itu menyeronokkan.. tapi tak boleh selalu…huhu
    zik baru je tulis kisah The voca people- 100 suara semuanyaMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali dalam bilik air
      tapi selalunya ada je suara yang melarang :)

  11. Cik Siti says:

    dari kita mencari punca lebih baik kita berfikir bagaimana untuk selesaikan… mencari kesalahan tidak menyelesaikan masalah…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan dulu-duluMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      mesti diselesaikan bersama2

  12. dnoBiz says:

    aku tidak dibenat=rkan untuk menyanyi…
    takut nanti kelantan dilanda banjir besar
    dnoBiz baru je tulis kisah Kemalangan Bas Terbaru – ‘Bas ni terlalu laju…aku seram’My Profile

    1. tehr says:

      sekarang pun dah banjir ni
      tak payah le, dno :)

  13. zezebel says:

    Kalau suara merdu menyanyi tak pe lar.
    kalau suara macam katak. nanti bukan setakat banjir, satu Malaysia ditelenggami air hujan pulak karang. taknak lar nyanyi. hehehehe….
    zezebel baru je tulis kisah DLS- Animals in DusunMy Profile

    1. tehr says:

      kalau nyanyi perlahan2, hujan pun reyai2 je, belle
      hehehe

      1. suri says:

        anak dara tak elok nyanyi..heee..

  14. Ismail N says:

    Ha ha.. lain rasa bila nyanyi lagu ni dgn lirik panas….
    Tapi mcmmana pun kalau tidak kerana teh, tidak saya datang ke mari.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah TUTORIAL – Cara Memindahkan Blog WordPress Ke Web Hosting Lain Bhgn IIMy Profile

    1. tehr says:

      teh free je kat sini [gambar] :)

  15. wadud says:

    pasal rakyat memang wadud terasa..
    huhuu…
    kerajaan hampeh..
    asyik amik duit rakyat jer..
    wadud baru je tulis kisah Template Baru Wadud 2010My Profile

    1. tehr says:

      rakyat didahulukan… :(

  16. Norgadis says:

    Kalau tidak kerana cawan
    Tidak teko kuletak disini
    Kalau tidak tamaknya kawan
    tidak bumi kan jadi begini
    Norgadis baru je tulis kisah Majlis Penyampaian Bengkong Silat Gayong Di SMK Mutiara LabuanMy Profile

  17. kalau macam tu menyanyi dalam hati aja bro.. tak ganggu orang lain.

  18. suri says:

    hati tak senang sesekli nnyi ok gak..tapi sllu muhasabah diri huuu..

  19. sud@is says:

    walau apa pun terjadi insyaalah bulan sentiasa terang……
    sud@is baru je tulis kisah Darah Tinggi Penyakit Seumur HidupMy Profile

  20. Mohd Hafiz says:

    sekali sekala menyayi sesudah subuh xpe kan??
    hehehehe…
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah Make Money Online – I Get Back My Glitterati Status From Nuffnang!My Profile

  21. mijie says:

    ada orang mengambil kesempatan terhadap musibah melanda, apabila dua pihak yang berlainan pentadbiran nye, mulalah menujuk2 sapa yang salah sapa yang betul
    mijie baru je tulis kisah Apabila hari tua menjelmaMy Profile

  22. akubiomed says:

    Sedih melihat semua pihak menunding jari sesama diri kena ingat ada 4 jari menunjuk ke kita. Sekarang bukan masa bercakaran tapi bantu mangsa banjir
    akubiomed baru je tulis kisah Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

  23. Amir Izzat says:

    salam

    diorang xnak ngaku sbb nak jaga poket masing2 ar tue.

    hihs./oh bang.mcm mana duia punya tune tue? nak nyanyi gak..cikgu xpernah ajar pun..hehe

  24. puteri says:

    melodi tak tau,,

    he.he :)

  25. Cik Siti says:

    kalau tidak kerana bulan tidaklah pungguk ternanti-nanti…he..he…he…

  26. AnastasiaAnn says:

    tiada bulan tak apa, tiada bintang merana. kupetik bintangggg.. hehe
    AnastasiaAnn baru je tulis kisah Stuck in a momentMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun