Kalau Rasa Gembira

Kata riang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat - sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira; beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap se­suatu ada hingga batasnya; meriangkan menggembirakan, meng­girang­kan, menyenangkan hati; keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, be­rasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat; periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah.

Mari kita menyanyi lagu sambil meraikan hati yang sedang gembira.

kalau rasa gembira ucap syukur
kalau rasa gembira ucap syukur
kalau rasa gembira begitulah caranya
kalau rasa gembira ucap syukur

kalau rasa gembira tegur sapa
kalau rasa gembira tegur sapa
kalau rasa gembira begitulah caranya
kalau rasa gembira tegur sapa

kalau rasa gembira beri derma
kalau rasa gembira beri derma
kalau rasa gembira begitulah caranya
kalau rasa gembira beri derma

kalau rasa gembira sujud syukur
kalau rasa gembira sujud syukur
kalau rasa gembira begitulah caranya
kalau rasa gembira sujud syukur

Hidup kita perlu sentiasa memandang ke semua arah. Pandang ke depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah, luar dan dalam diri kita sendiri. Moga-moga kita tidak tersesat di rumah sendiri.
Bila pandang ke atas, ternampak orang lain lebih bahagia dari kita, cuba pula pandang ke bawah. Tentu sekali kita akan nampak masih ramai yang kurang bernasib baik. Masih ramai yang merempat dan tidak mempunyai cukup wang untuk belanja besok pagi.
Bila pandang ke depan, nampak pula harapan dan angan-angan kita yang terlampau jauh tidak berpenghujung, cuba pula pandang ke belakang. Pasti kita akan terkenangkan apa jua kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan.
Bila pandang ke luar, nampak terdampar betapa indahnya dunia ciptaan Yang Maha Pencipta ini. Sesekali kita pandang ke dalam. Ternampakkah di mana letaknya hati kita? Putihkah ia? Hitamkah?
Sekadar memujuk diri sendiri.

TehrDemikian kisah 'Kalau Rasa Gembira' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


5 Comments

  1. sangilapi says:

    sekadar test komen :)
    sangilapi baru je tulis kisah gangguanMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      yang pertama komen
      baru je siap install comluv ni

  2. mijie says:

    aik, mana saya punya komen :)
    mijie baru je tulis kisah Cara nak buat theme wordpress part 3My Profile

    1. tehr says:

      komen mana pulak tu, bro mijie?

      rasa2 nak guna theme yg ni la
      nampak clear je

      1. mijie says:

        ok la kalau macam tu, nanti kalau dah ok saya akan serahkan semua detail, nanti email kat saya ek bagitau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun