Kalau Payah Sangat, Tak Payah…

Haha…

Dah payah sangat nak cari masa mahu update blog, tak payah update lagi bagus. Lupakan blog buat seketika atau beberapa ketika. Jangan suka-suka nak sakitkan kepala sendiri.

Lagi pun, masa yang ada hanya 24 jam sehari.

Semalam aku dah ada sedikit masa untuk update blog, tapi WordPress pula buat hal. Sampai ke sudah aku tak dapat lepaskan entri baru. Tak tahu apa sebab dan apa jembalang yang dok menunggu dalam blog.

Puas aku cari sebabnya, tapi tak juga jumpa. Nak jenguk blog korang pun dah tak ada mood.

Musim hujan ni, tidur lagi bagus…

Kalau sawah katakan sawah,
Teringin juga turun memukat;
Kalau payah katakan payah,
Banyak benda lagi nak dibuat.

Hari ini masuk ruangan admin lagi. Tenung-tenung dan fikir-fikir. Akhirnya aku cuba buang tulisan bold dan italic yang memang biasa aku guna. Dah payah sangat, tak payah buat bold atau italic pun tak apa.

Dapat pula lepaskan entri Pemain Terbaik Dunia FIFA 2013.

Entri ini sebagai percubaan, aku masih juga cuba adakan tulisan bold dan italic. Harap-harap akan dapat dilepaskan nanti tanpa apa-apa masalah. Kalau gagal, aku akan tinggalkan blog ini sekali lagi. Biar je penuh dengan sawang. Haha…

Teringin juga turun memukat,
Haruan perkasa dan ikan keli;
Banyak benda lagi nak dibuat,
Masa yang ada perlu diamati.

Terima kasih kepada akubiomed yang berikan aku hadiah RM. Dah pun masuk akaun bank aku. Siapa yang mahu RM mudah, sila ke blog beliau dan rajin-rajinlah tinggalkan komen. :D

TehrDemikian kisah 'Kalau Payah Sangat, Tak Payah…' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. Cik Siti says:

    Ha…. yang penghujung tu senang… hantar komen pastu boleh menag…. Hehehe… tahniah En Tehr…
    Cik Siti baru je tulis kisah Disember 2013My Profile

  2. UmmiKami says:

    Salam Maulidur Rasul :)

    Kalau terkilas bahu ayah,
    Nanti tengkuk tersalah urat;
    Kalau malas tahu payah,
    Nanti abuk makinlah berat.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Selawat Junjungan…My Profile

  3. titan says:

    fuhh..update bila rasa nak update aje..
    titan baru je tulis kisah Ungu.My Profile

  4. huhuhu…

    jangan nak beralas-alasan…

    motip…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah salam maulidur rasulMy Profile

  5. secara peribadi saya hanya menulis bila ada kelapangan.
    shameel iskandar baru je tulis kisah Trip ke Seoul, korea SelatanMy Profile

  6. Asyrof Asri says:

    Blogger yang berjaya ialah blogger yang tidak terikut cara blogger lain.

    Tetapi,

    Tiru benda yang baik takde masalah pun.

    Cuma kadar la diri jika nak update blog jangan sampai sakit badan ngadap laptop kan? :)
    Asyrof Asri baru je tulis kisah Bersiap Sedia Untuk Interview AirlinesMy Profile

  7. Hafizul says:

    Hehe,..macam tu pulak dahhh..apa-apa pun semoga semuanya selamat dan baik2 aje..hehe..jangan dilupakan terus blog sudah la..kempunan saya nanti..emm ada jembalang mata 3 kot duk sekat entri tu..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #80 – Gelagat Seorang AnakMy Profile

  8. cik tom says:

    cam ciktom nak blogwalking susah sbb line broadband slow kat umah..kat ofis plk kena curik2 masa antara keje & blog…
    cik tom baru je tulis kisah Panduan Persediaan Kahwin Lengkap (Sebelum, Semasa dan Selepas Kahwin)My Profile

  9. kakiblog says:

    sejak jadi blogger..banyak cabaran yang KB temui..alhamdulillah semuanya adalah guru terbaik
    kakiblog baru je tulis kisah 5 Laman Web PR9 Yang Boleh Do Follow LinkMy Profile

  10. hafiz says:

    jangan biar sawang lama2 sangat bro nanti terlupa terus..
    hafiz baru je tulis kisah Jadual perlawanan JDT 2014My Profile

  11. maza says:

    merajuk nampak!

    jangan begitu.. meh maza pujuk ek.. meh..

    hahaha
    maza baru je tulis kisah Cendol Durian Borhan, Kota TinggiMy Profile

  12. dja@sishaza says:

    Dalam menyepi merajuk pun sempat dapat RM lagi… sejuk sikit hati tu kan cikgu.
    dja@sishaza baru je tulis kisah PANDUAN MEMASAK SEMASA BERDIETMy Profile

    1. akubiomed says:

      Sumbangan kecil daripada saya. Itu pun terlewat sebab terleka dan terlupa. :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Filem hantu Thailand paling seramMy Profile

  13. dja@sishaza says:

    Agaknya wordpress tu pun merajuk sebab lama tak dapat sentuhan admin …. meragam le ia heheh :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah PANDUAN MEMASAK SEMASA BERDIETMy Profile

  14. Mus says:

    menulis blog untuk kepuasan.. bukan untuk sakitkan jiwa.. hihihi
    Mus baru je tulis kisah Barangan Penting Untuk Dibawa BercutiMy Profile

  15. Manan Qayyim says:

    berbunga2 ayat bro!
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Rezeki, Turun 50 Sen.My Profile

  16. ajumohit says:

    suka theme baru ni, tahniah juga sebab dpt RM ;)
    ajumohit baru je tulis kisah #WW 3/14 | Adam saya dah kurang manjanyaMy Profile

  17. donnyien says:

    singgah menjenguk blog bro.. lama x kemari.. payah tul nk kesini.. asyik2 ada je halangan hehe
    donnyien baru je tulis kisah Wordless Wednesday – KangkungMy Profile

  18. Bahrain says:

    wah dapt RM. rezeki.
    Bahrain baru je tulis kisah Bebelan Untuk SirapLimau.comMy Profile

  19. suri says:

    eh susah sangat pas jer rm pada saya bro heee…
    suri baru je tulis kisah Kenangan Bersamamu Mazila ZainalMy Profile

  20. guliroket says:

    buat apa yang kita mampu aje..
    guliroket baru je tulis kisah Tercalon dalam MSMW 2014 Bloggers Awards.My Profile

  21. Mohd Shubhi says:

    Mungkin masuk komen kat blog orang lebih menarik dari buat entri blog sendiri
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Apa masalah perniagaan andaMy Profile

  22. Terbaik bro all the best :)
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Madu AcaciaMy Profile

  23. akubiomed says:

    Mungkin masalah dihosting kot.
    akubiomed baru je tulis kisah Huru hara dengan Kitab Teknik Seo Merah JambuMy Profile

  24. Irwan Alessa says:

    biasa lumrah hidup sebagai blogger, penuh dengan cabarannya.. Cuma kita sabar atau tidak tu sahaja..

    buat apa memaksa,
    jika tak boleh biarkan sahaja,
    tunggu esok lusa,
    jika ada adalah ia.
    Irwan Alessa baru je tulis kisah Ada Apa Dengan Siraplimau.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun