Kalau Padi Katakan Padi

kalau padi katakan padi
tidaklah ayam ternanti-nanti
kalau beri jujurlah memberi
bukannya hamba sakit di hati

kalau ubi katakan ubi
tidaklah sedih itik serati
kalau lelaki lagaklah lelaki
merana nanti perempuan seksi

kalau tali katakan tali
tidaklah lembu bebas berlari
kalau sudi katalah sudi
menyesal kamu kemudian hari

kalau kaki katakan kaki
tidaklah senyum si siput babi
kalau kemari silalah kemari
sedia hamba berpantun di sini

TehrDemikian kisah 'Kalau Padi Katakan Padi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. UmmiKami says:

    Kalau kenari di dahan ceri,
    Kerana berkenan daun di pohon;
    Kalau kemari sayakan kemari;
    Kerana kempunan berpantun-pantun… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Orang Utagha ( Utara )My Profile

    1. tehramuan says:

      Burung kenari di dahan tinggi,
      Burung tukang di atas tanah;
      Singgah kemari berhibur hati;
      Agar hilang hati yang gundah.

  2. titan says:

    kenapa cerita pasal padi plak ni. hehe..
    titan baru je tulis kisah Tertinggal bini di KL.My Profile

    1. tehramuan says:

      aku pun tak tahu apa sebab, bro
      mungkin kerana terkenangkan sawah yang tenggelam :D

      1. akubiomed says:

        Habislah hasil petani dan terjejas punca pendapatan apabila bendang ditengalami oleh air bah.

  3. Khidhir says:

    betul tu.
    kalau sudi katakan sudi, tidak sy ternanti-nanti
    Khidhir baru je tulis kisah Port Forward TM Riger DB108wlMy Profile

  4. Adehh.. kawe lain sikit bro..

    kalau Van Persie katakan Van Persie
    Memang hebat, mengalahkan Rooney… :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Rock Shop: Hard Rock Café Is in KKMy Profile

  5. papa mifz says:

    kalau nak beri sesuatu tuh kenalah jujur dan ikhlas kan…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Resepi Sambal Penyet TempeMy Profile

  6. UmmiKami says:

    Kalau kendi berisi daun,
    Tidaklah timba tirih di pangkal,
    Kalau sudi membeli pantun;
    Tidaklah hamba letih menjual… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Setahun..My Profile

  7. Azmil says:

    Bukan alah bermain judi,
    Alah bermain ayam senandung,
    Kalau bijak berbagi budi,
    Jangan lupa anak dikendung.
    Azmil baru je tulis kisah Fans have made unanimously decisionMy Profile

  8. Azmil says:

    Makam yang indah tiada bersendi,
    Mengenang yang lalu tiada berlagu,
    Umpama hidup disiram budi,
    Janganlah hidup dibiar terbelenggu.
    Azmil baru je tulis kisah Fans have made unanimously decisionMy Profile

  9. mie says:

    sekarang musim menuai padi ke?
    hehehhehee
    mie baru je tulis kisah Cara Membuat Kek Moo MooMy Profile

  10. sensasi2020 says:

    Kalau sudi katakan sudi,
    Tidaklah aku ternanti-nanti,
    Kalau cikgu boleh memberi,
    Saya terima dengan rela hati.

    kalau lelaki katakan lelaki,
    Wanita rela jadi bini,
    Kalau suami matanya berseri,
    Itulah dia suami mithali.

    Kalau kesal katakan kesal,
    Bolehlah insafkan pada diri,
    Kalau cekal katakan cekal,
    Yang merana boleh diatasi.

    Kalau ketawa katakan ketawa,
    Sama suka boleh dikahwini,
    Kalau pelawa katakan pelawa,
    Pantun di sini sentasa diberi.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger BaruMy Profile

  11. de engineur says:

    sesuai utk sindir yb yb dan ceramah politik ni. Ada jugak yg cakap ‘padi’ di depan umum tapi bila di belakang kata ‘ubi’
    de engineur baru je tulis kisah How do animals know where to migrate to?My Profile

  12. padin says:

    hehee memang tak senyum la siput, pasal dia xde kaki :D

  13. yas says:

    Siput babi senyum wehh…iskkk camne la gamoknyer ehhh…:)
    yas baru je tulis kisah Senarai Telefon BR1M Bawah RM500 (Rebat RM200 SKMM)My Profile

  14. Ladfe Amir says:

    belum ada bakat dalam berpantun…

    paling senang nak jawab biasanya

    pikul kampit beras di atas bahu
    saya tidak tahu
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Kenapa saya ingin tersenarai di dalam bloglist Abang Ensem’s BlogMy Profile

  15. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kalau ubi dikatakan rambutan
    payah dah orang nih kan..?
    he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Laluan Keretapi Laju Terpanjang Di Dunia DibukaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun