Kalau Boleh

Tentu boleh kalau Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini saya memilih kata kunci kalau boleh. Boleh, kan? :D Harap-harap sahabat boleh menulis pantun menggunakan kata kunci ini nanti.

Kejayaan memang tak akan datang bergolek seperti batu yang jatuh dari lereng bukit! Kita mesti berusaha sedaya upaya dengan segala kudrat yang ada untuk mencapainya. Memanglah kalau boleh kita mahu segala harapan kita terlaksana, segala impian kita akan tercapai hanya dalam sekelip mata.

kalau upih katakan upihkalau boleh
jangan bunga jatuh melarat
kalau boleh katakan boleh
jangan saya terharap-harap

bunga putih diseri kumbang
bunga merah jatuh ke tanah
kalau boleh berkata sayang
ingin hamba datang ke rumah

Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini. Selamat berjuang kepada pasukan Kelantan, Selangor, Terengganu dan Pahang. Kalau boleh saya mahu melihat pasukan Red Warriors layak ke perlawanan akhir Piala FA nanti.

Hari ini entri kawan-kawan yang menggunakan blogspot tidak dapat diberi komen. Sudah jumpa kenyataan ini? Harap bersabar semuanya. Kalau boleh pihak blogger pun tak mahu ambil masa yang lama untuk selesaikannya. :D

Blogger is currently unavailable
Blogger is currently unavailable. We apologise for this interruption in service.
Please visit Blogger Status for additional details.

Seperti biasa saya akan memilih dua [2] rangkap pantun terbaik untuk menghiasi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat dan kalau boleh sahabat perlu tuliskan pantun sebelum jam 11.59 malam 14.05.2011 [hari Sabtu malam Ahad].

TehrDemikian kisah 'Kalau Boleh' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. Gayahspears says:

    Kalau boleh mintak pengguna blogspot bersabar ya…
    naseb bek Gayah gune wordpress.. hahahaha <— gelak guling kat lantai…
    Gayahspears baru je tulis kisah Windows Live Writer 2011My Profile

    1. tehr says:

      sabar2
      kalau boleh dapat domain dan hosting free lagi la seronok
      kan :D

  2. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..bila jadi begitu
    mulalah mengintai nak
    buat blog baru..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Orchid Abdullah Meninggal DuniaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      elok sangat tu, bro
      domain baru, hosting baru, blog baru dan pengalaman baru
      hehe

  3. belalang says:

    kompom kena guna hosting sendiri pas nih…
    belalang baru je tulis kisah Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100My Profile

    1. padin says:

      jangan pikir banyak Belalang,
      tukar je hosting keh3

      1. tehr says:

        sokong2 :D

  4. padin says:

    kalau boleh, aku nak tengok Kelantan kalah malam ni,
    sebijik pon jadi lah.. kah3

    1. tehr says:

      sama la kita, din
      aku pun kalau boleh nak la tengok selangor kalah
      kalau tak leh segol, dua gol pun jadi le :D

      1. padin says:

        tapi kena 5 bijik la tehr adehh

    2. akubiomed says:

      Penyokong Selangor sudah datang.

      Merah kuning lambang kebanggaan
      Selangor merancang kejayaan
      Gemuruh sorakan menggegarkan
      Cabaran disambut dengan kesungguhan

  5. toyol says:

    pergi ke laut mengail gelama,
    perahu hanyut sampai ke Acheh,
    kalau boleh minum bersama,
    berikan hamba secawan teh..

    ye la, hari ni blogspot ada msalah..
    harap2 esok ok la tu..

    selamat hari guru, cikgu..
    toyol baru je tulis kisah HANTUMy Profile

    1. tehr says:

      perahu hanyut sampai ke acheh
      nampak dari kampung sedeli
      berikan hamba secawan teh
      bawakan sama sekeping roti

      selamat hari guru untuk semua

  6. Ismail N says:

    Malam esok penentu piala
    harap-harap MU juara
    kalau boleh nak menang pula
    hantar pantun kalah sahaja
    Ismail N baru je tulis kisah Mazda 2 Sedan 15LMy Profile

    1. tehr says:

      harap-harap MU juara
      dapat menang dua piala
      hantar pantun kalah sahaja
      tetapi hati tetap gebira

      1. Ismail N says:

        he he.. bijak bijak…
        Ismail N baru je tulis kisah Baby’s Day Out Kompleks KaramunsingMy Profile

  7. yas says:

    Kerugian pd pengguna blogspot..nk update x boleh,seb bek komen by ID…..dh 2 hari blogspot prob nih…
    yas baru je tulis kisah Mee Maggi Cepat dimasak sedap dimakanMy Profile

    1. tehr says:

      nasib juga kawe dapat hadiah dari bro sangilapi
      kalau tidak mungkin juga masih dengan blogspot
      hehe

      1. yas says:

        Tahniah tuk Kelantan dan para penyokong…belasah Selangor tuuu….
        Err…sapa la yg nak sponsor gua lak nihh…hehehe
        yas baru je tulis kisah Rupa penjenayah simbah asid dikenal pastiMy Profile

  8. shameel says:

    salam tehr.
    tension hari ni sbb blogspot buat hal. tapi hati mula terhibur bila kelantan menang 5-1. Tehr guna wordpress kan.
    shameel baru je tulis kisah TOLONG INGATKAN AKUMy Profile

    1. tehr says:

      saya memeng guna wordpress
      sejak bulan 10 tahun lepas

      tahniah kepada kelantan

  9. MDHAFiZ.NET says:

    Pipit sama pipit..
    manakan bisa terbang bersama…
    cantiknya lesung pipit..
    kalau ada jodoh insyaAllah kita bersama…

    eh…apa kaitan pantun aku nih?? haha :)

    1. tehr says:

      pipit sama pipit
      pulang bila senja tiba
      cantiknya lesung pipit
      buat hati gelisah saja

  10. mijie says:

    nasib baik dah bertukar ke wordpress kan cikgu, hehe
    mijie baru je tulis kisah Mimpi yang indahMy Profile

    1. tehr says:

      tu la, mijie
      terima kasih kpd bro joe

  11. akubiomed says:

    Jalan-jalan ke Tasik Bera
    Singgah sebentar rumak Tok Sagor
    Kalau sudah dinamakan Juara
    Sudah tentu Piala FA milik Selangor

    1. tehr says:

      singgah di rumak tok sagor
      ada lembing di batang pisang
      idaman piala fa milik selangor
      tapi kelantan tak beri peluang

  12. maza says:

    Hulu buluh di tapak tangan
    anak kedidi dalam perahu
    kalau Boleh bukannya berangan
    Jangan rugi, untunglah selalu…

    hehehehe

    apa macam volleh cikgu?!

    1. LiFe KaMi says:

      ok kami jawab la yer..

      pagi-pagi kita memberus gigi,
      memberus gigi di atas tangga,
      kalau boleh memang tak nak rugi,
      tapi harga barang tetap naik juga..:)
      LiFe KaMi baru je tulis kisah Dah Pandai Tengok TVMy Profile

  13. ghost writer says:

    masih berharap kalau boleh biar saja terengganu ke perlawanan akhir..

    ada nilai sentimen kenapa mau terengganu ke final.hihi.
    ghost writer baru je tulis kisah buta hurufMy Profile

  14. akakcomey says:

    Salam buat blogger Borneo
    akakcomey baru je tulis kisah Trans-Indonesia Ride 2010 – Day 1 Overnight at Banda AcehMy Profile

  15. zulkbo says:

    Kata kalau nak toleh
    Toleh lah boleh saja
    Kata nak kalau boleh
    Boleh kalau berani saja

    Salleh Yaakub memang hebat
    Dari satu hingga ke empat
    Mana lelaki tak mau nampak hebat
    Kalau boleh aku pun nak empat

    ***he he..kadang-kala beku juga
    otak ni nak berpantun..ukhwah kita
    saya post juga buat saudara ku Tehr
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Yang Suram Bila Blogger BermasaalahMy Profile

  16. deCrewz says:

    Patutlah sebelum ni lain macam je g blog glogspot, ingtkan PC ofis ni yang biol..he3
    deCrewz baru je tulis kisah Hinakah Kerja Tepi Jalan Kerja Pertama Dalam HidupMy Profile

    1. Cik Siti says:

      nasib baik tak bawak kedai repair… :) :)
      Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

  17. Cik Siti says:

    akhirnya blogspot bernyawa balik
    Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

  18. Cik Siti says:

    Berpaling toleh puteri rupawan
    Puteri rupawan tampak ceria
    Kalau boleh kulakar impian
    Mengapai impian keluarga bahagia
    Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

  19. Cik Siti says:

    Anak Pak Salleh KePutrajaya,
    Beria-ia membawanya sarat,
    Kalau boleh ku ingin berjaya,
    Di medan dunia juga akhirat.
    Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

  20. mie says:

    ni yg rasa mcm nak beralih arah pada wordpress ni..
    heheheee

  21. Salam Tehr.

    Intan perak emas suasa
    semua bukan aku yang punya
    Kalau boleh ku tambah masa
    24 jam kuganda menjadi dua

    Hahahahahaha….. banyak sangat kerja, nak berblogging pun susah. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Sorry for missingMy Profile

  22. benjy says:

    Walaupun dah kehabisan masa b3njy nak join juga hehehe …

    Pergi kerja bermotosikal honda,
    pergi pagi pulang petang,
    kalau boleh berkereta honda,
    hari minggu ku ronda-ronda sampai kepetang.

    p/s: Maksud kereta honda ni honda VTEC – Civic baru … hehehe
    benjy baru je tulis kisah 20th Sultan Azlan Shah Cup – B3njy My Profile

  23. zik says:

    alamak terlambatlah pulak….. blogspot dak ok skrg ni….
    zik baru je tulis kisah Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun