Kalah

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut kalah, jangan cuba berlawan. Selepas kalah o-4 pada 13.07.11 kepada Arsenal, petang semalam [16.07.11] pasukan Harimau Malaya berjaya memberi sedikit tentangan di mana mereka tewas 3-6 kepada Liverpool.

kalah

Mr Tehr berharap sangat dalam pertemuan dengan Chelsea pada 21.07.11 nanti sekurang-kurangnya mereka akan seri. Sebarang keputusan yang baik boleh menaikkan semangat mereka untuk mencipta kemenangan dalam pertemuan dengan Singapura di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai nanti.

kalau menang mahu dikejar
tewas bukan perkara besar
hidup mesti sentiasa belajar
bantuan minda separa sedar

sesekali gagal tidak mengapa
berkali-kali juga perkara biasa
pengalaman itu amat berguna
kembali bangkit menjadi juara

takutkan kalah itulah musuh
akal dan fikiran perlu dibasuh
disiplinkan diri sentiasa kukuh
akhirnya berdiri sebagai jaguh

Kalah, tewas atau gagal bukan hanya terdapat di dalam gelanggang pertandingan. Seringkali juga manusia tewas dalam kehidupan harian sama ada ketika mereka belajar, bekerja, berhibur atau dalam membuat pilihan. Sesiapa sahaja boleh tewas tanpa mengira lelaki, wanita, remaja atau orang dewasa.

kalah

Sikap dan kebiasaan menyebabkan manusia sentiasa kalah dan tewas. Manusia gagal mengenal Penciptanya yang telah membuat dan menyusun peraturan serta panduan untuk terus berjaya dalam setiap perjuangan.

TehrDemikian kisah 'Kalah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. padin says:

    haha aku ingatkan kalah 4 – 3 je tapi sampai 6.. tapi apa pun 3 gol tu tetap berharga

    1. tehr says:

      gol yang masuk tu pun memang cantik, bro
      tahniah

    2. akubiomed says:

      Tidak sangka Malaysia gagal mengekalkan rentak cemerlang pada saat-saat akhir.
      akubiomed baru je tulis kisah Langkah Pertama Baby AslahMy Profile

      1. hafizmd says:

        agaknya sebab dah terlampau seronok…terus kurang fokus

        1. Dari game lwn Taiwan pon, Malaysia agak exposed di sebelah bek kanan. Lwn Liverpool sonang jer Insua lepas dan buat crosses yang kucar kacirkan pertahanan Malaysia. Rajagopal perlu lihat di sebelah sana, plus kita perlu satu midfielder enforcer yang tegap dan cekap merampas bola ala-ala Macherano, Owen Hargreaves, Essien, etc… 70% dari kemampuan diaorg pon jadilah…
          Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 3D PrinterMy Profile

  2. suri says:

    asal usaha sudah di buat bersungguh2

    1. tehr says:

      meraka juga dah melawan
      tak juga kalah dengan mudah

      1. Mus says:

        kalah dengan bermaruah tu…
        Mus baru je tulis kisah Bacaan Surah Al-Fatihah Dari Seorang Model CantikMy Profile

        1. hafizmd says:

          setuju..aku tetap pandang yg harimau malaya menang petang tuh :D
          hafizmd baru je tulis kisah Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?My Profile

  3. fendidahada says:

    kalah takpe..
    at least kita melawan..
    liverpool mesti terkejut gak sebab kite mampu jaringkan gol.
    aku bangga jadi rakyat malaysia..
    hope mutu bola sepak kite akan terus meningkat..
    fendidahada baru je tulis kisah Update blog menggunakan phoneMy Profile

    1. tehr says:

      memang best, fendi
      mereka ada semangat melawan
      harap2 dapat beri tentangan hebat kepada singapura nanti

      1. Mus says:

        sayangnya.. penyokong baju merah lagi ramai..
        kalaulah baju kuning yang ramai.. mungkin Malaysia lagi bersemangat untuk melawan..
        Mus baru je tulis kisah Jangan Kantoi!! Tekan Pisang Untuk Mula Mencuri.My Profile

        1. hafizmd says:

          huhu..entahlah..

          agaknya sbb dah minat sngat

          p/s – sampai ada yg sanggup tanggalkan sorang mamat tu yg pakai baju manu
          hafizmd baru je tulis kisah Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?My Profile

          1. walaupun kawe penyokong MU tetapi masa MU datang Malaysia dulu, kawe pakai baju kuning (tiada logi bersih) ehhh… 1Malaysia – negara didahulukan, Man Utd sokong gak.. :D
            Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 3D PrinterMy Profile

  4. Chipcoklat says:

    Dok nampak dah,.. kalo mcm ni prestasi skuad malaysia ketika melawan liverpool hari tu.. pasti bungkus skuad singapore.. hahaha.. go go power rangers..!! eh silap.. go go skuad malaysia!
    Chipcoklat baru je tulis kisah Mari Berseronok!My Profile

    1. tehr says:

      mereka memang tak takut melawan
      cuma bahagian pertahanan je perlu lebih tumpuan, chip

  5. ghost writer says:

    tewas bukan perkara besar
    adat berlawan bagaikan berjuang
    bantuan minda separa sedar
    tak menang tak bererti malang

    sekurang-kurangnya ada gol yang dihasilkan.
    ghost writer baru je tulis kisah penikmat sepiMy Profile

    1. tehr says:

      itu la yang aku tabik mereka ni, dapat juga jaringkan gol

      bantuan minda separa sedar
      bantuan kita dalam melangkah
      tewas pasti menang tersasar
      tetapi pantang menyerah kalah

  6. zool says:

    Bagus game ni . ada peningkatan… apapun kena tingkatkan untuk game lawan SIngapura plak lepas ni
    zool baru je tulis kisah Kenapa nak buat peraduan ?My Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      yang ni macam latihan je
      lawan singapura nanti yang sebenarnya
      moga2 mereka banyak dapat ilham bagaimana nak kalahkan singapura

  7. zulkbo says:

    salam..
    semakin baik perkembangannya
    lepa sni pasti menang..tak pun seri
    lepas tu baru menang lawan Singapura
    kelayakkan Piala Dunia
    zulkbo baru je tulis kisah Perginya Sebutir Mutiara : Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali Meninggal DuniaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang nampak semakin baik terutama bahagian depan
      pertahanan tu yang perlu diberi lebih tumpuan lagi

  8. puteri says:

    Home » Sudirman » Lirik Fikirkan Boleh – Sudirman
    Lirik Fikirkan Boleh – Sudirman

    Lirik Fikirkan Boleh – Sudirman

    Jika kau fikirkan kau boleh
    Kau hampir boleh melakukan
    Jika kau fikirkan ragu-ragu
    Usahamu tidak menentu

    Jika kau fikirkan kekalahan
    Kau hampiri kegagalan
    Jika kau fikirkan kemenangan
    Kau hampiri kejayaan

    Kaulah apa yang kau fikirkan
    Terkandung dalam pemikiran
    Berfikir boleh melakukan
    Fikirkan boleh

    Percaya apa kau lakukan
    Tabah apa kau usahakan
    Bertindak atas kemampuan
    KAU BOLEH !
    puteri baru je tulis kisah klia oh kliaMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      kita akan menang nanti

  9. yup at least tunjukkan daya juang,.
    semoga malaysia dpt cipta kejayaan menentang s’pore nnt!:)

  10. Jai says:

    3 biji gol yang dapat tu semua cantik2 bro.. Cuba dengar sorakan gol untuk malaysia aritu, dah macam menang..he3..

    Papepun, aku rasa Malaysia dah cukup bersedia untuk menentang chelsea dengan sinapore nanti.. :)

  11. abrablog says:

    3 gol tu memang cantik. Aku ingat kalah 3-4 aje. Sekali dapat lagi 2 gol saat-saat terakhir..
    abrablog baru je tulis kisah Balik Kampung Trip with Proton Inspira!My Profile

  12. Ladfe Amir says:

    Masih byk yg perlu diperbaiki. Bila semua kekurangan begini diatasi,harimau malaya pasti lbh hebat
    Ladfe Amir baru je tulis kisah [Pendapat Aku] Pakai Jessy MU Bila Menonton Perlawanan Liverpool Asia Tour @ MalaysiaMy Profile

  13. toyol says:

    syabas..
    skurang2 nya ada gak gol ye..
    toyol baru je tulis kisah REBAHMy Profile

  14. puteri says:

    apa2pun TAHNIAH pasukan Malaysia sebab dah buat yang terBAEK!!
    puteri baru je tulis kisah makcik pun sokong Bersih!My Profile

  15. hafizmd says:

    antara perlawanan terbaik dari skuad harimau malaya.

    3 gol yg cukup cantik malah lebih cantik dari semua 6 gol liverpool!

    tp, yg akan lwn chelsea nanti adalah skuad pilihan Malaysia, hanya beberapa player dari skuad olimpik yg akan main

    p/s – kalau rentak yg sama (cuma defend kene lebih kuat dan fokus) insyaAllah boleh menang lawan singapore
    hafizmd baru je tulis kisah Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?My Profile

  16. maza says:

    wah.. cikgu bicara ttg Dare to Fail.. “Berani Gagal” hehehe

    maza sempat layan bola Malaysia vs Liverpool kat tv perdana jerk.. uhuhuk.. tengok gol2 cantik yg dihasilkan..

    membaca laporan akhbar yg itu pun jadilah memberikan sinar dan semangat rakyat seperti maza utk terus menyokong Malaysia..

    harap2 kita dapat tewaskan singapura utk kedua2 pusingan nanti… huhuhu…..
    maza baru je tulis kisah Tak serupa jantina…My Profile

  17. sud@is says:

    yang kalah itu belajar
    yang menang itu hadiah
    gol nak masuk tp tersasar
    bukan x pandai belum ada tuah
    sud@is baru je tulis kisah Gemuk Ke KurusMy Profile

  18. zik says:

    boleh improve lagi… harap lawan chelsea… kita dapat lakukan terbaik… walaupun bukan skuad harimau muda..9 pemain senior dan bawah 23 tahun….
    zik baru je tulis kisah Percaturan Ong Kim Swee menentang chelsea 21 Julai iniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun