Kajang Berlipat Mengkuang Layu

Politik kajang berlipat memang payah mahu diteka. Apa yang ada dalam lipatan kajang amat sukar untuk dilihat oleh orang luar. Lagi banyak lipatan, makin banyak pula benda-benda yang tersembunyi di dalamnya.

Mungkin dalam lipatan kajang tu ada cerita gembira. Ada duit atau ada emas. Mungkin tersembunyi kisah sedih. Kisah surat gadai atau surat cerai. Atau mungkin sekali ada bahaya menanti. Ada lipan bara atau kala jengking bersarang.

Semuanya serba mungkin.

kajang

Kajang Pak Malau

Cerita pasal kajang, pasti kita boleh ingat pantun Damak kepada Pak Malau yang satu ini. Babak sedih dalam Filem Sri Mersing.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.

Sayang sekali zaman dulu-dulu belum ada internet. Belum ada kemudahan untuk Damak cari rezeki buat duit online. Kalau ada, boleh saja Damak dan adiknya duduk di kampung, buat kerja online di rumah. Tak perlu nak susah payah merantau sampai ke Mersing untuk mencari rezeki.

Program Jobdirumah

Kajang tuan tali mengkuang,
Kajang saya bertali jerami;
Bagaimana hati tak bimbang,
Sebatang kara seorang diri.

Beli benang dekat Kajang,
Makan cendol dekat Banting;
Jadi bujang memang senang,
Tidur malam bergolek berguling.

Korang duduk rehat-rehat beralaskan tikar atau beralaskan karpet? Aku dekat rumah ni pakai tikar je. Aku atas tikar je. Paling seronok atas tikar rotan yang kami beli di Sarawak lama dahulu. Memang tahan lasak tikar rotan ni.

Buka kajang lipat kajang,
Sana sini kucing berlari;
Balik kerja tidur terlentang,
Anak bini tumpang sekaki.

TehrDemikian kisah 'Kajang Berlipat Mengkuang Layu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Cik Siti says:

    Kalau dulu dah ada internet untuk buat jual beli online agaknya macam mana kemajuan sekarang ye
    Cik Siti baru je tulis kisah Januari Penuh Dugaan… Tidur Di HospitalMy Profile

  2. mancai says:

    rindu la nak anyam tikar mengkuang lagi….
    mancai baru je tulis kisah waspada menggunakan aplikasi FTPMy Profile

    1. suri says:

      rumah saya di melaka ada. tapi warna ori putih.yang warna warni tak pasti ada tidak
      suri baru je tulis kisah Sayang Berhenti Merokok? Biar BenarMy Profile

  3. hafizmd says:

    Takde alas2…lepak atas mozek jer..hehe =) sejuk

    sapelah Pak Malau dalam cerita ni
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #51 Kembang Seperiuk!My Profile

  4. Anuar says:

    hahaha.. Setiap malam saya tidur dekat atas lantai beralaskan Karpet nipis.. Sebabnya senang nak jaga anak-anak saya yang masih kecil dan senang nak bangun pagi…
    Anuar baru je tulis kisah Minggu terakhir pendaftaran Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014My Profile

  5. suri says:

    saya tak tentu hala nak tdo mula je tempat satu pastu anak datang kejut buang air terus dia kata bu tido sini.buh jom tidur bilik sana adoi…
    suri baru je tulis kisah Teknik Berjaya Mempelajari Grammar English Dalam Bahasa MalaysiaMy Profile

  6. sud@is says:

    kertas kajang buat balut buku….

  7. Manan Qayyim says:

    Jalan-jalan mahu ke Kajang,
    Singah sebentar di highway Cheras,
    ………

    bro tolong sambung… :)
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Malaysia Social Media Week 2014, Pencalonan Akhir.My Profile

  8. maza says:

    9 Perkara Perihal KAJANG
    ********************
    Sekarang menjadi sebuah fenomena. Segala macam berkaitan KAJANG, akan dibongkar dan di’famous’kan. Antara unsur-unsur yang dipercayai mula mendapat perhatian ‘dunia’ ialah perihal ini:-

    1) Selain pantun:
    Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat
    Kajang Hamba, Mengkuang Layu
    Kerana politik sanggup berkerat
    Bertalam muka katanya demi maju.

    2) Satay Kajang: Haji Samuri – saat inilah pengusaha2 satay IKS meraih pendapatan lebih.

    3) Kajang – nama tempat di Selangor, bakal menghadapi pilihan raya kecil (PRK).

    4) Tikar kajang – tikar yang diperbuat daripada mengkuang kajang

    5) Sampan kajang

    6) Zapin Pekajang – tarian tradisional

    7) Kijang – haiwan

    8) Kejang – bersiap sedia membungkus tubuh yang kejang. Diharap jari tidak kejang pada PRK nanti.

    9) Kejung – terus kena kebumikan. AWAS pengundi hantu

    ~mabuk terlebih menghirup air suam~
    maza baru je tulis kisah Dia Anak SiapaMy Profile

    1. suri says:

      hai bukan main banyak nampak apa sudah jadi cikgu cikgu bro maza tehr

  9. kakiblog says:

    tikar yang baik diperbuat dari rotan..
    kakiblog baru je tulis kisah 5 Rahsia Mengembalikan Hubungan Mesra Suami IsteriMy Profile

  10. Dja@SisHaza says:

    Tikar mengkuang buat alas tidur memang best.. sayangnya dah jarang sangat jumpa sekarang
    p/s : Tak dapatlah dibayangkan andai dulu2 ada kerja online dengan kemudahan internet… agaknya mak bapa saya tentu jadi affiliates berjaya hehehe
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah MODAL KECIL UNTUNG BESARMy Profile

  11. Job di rumah pun termasuk juga hehe terbaik
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl dari Hijabterkini.comMy Profile

  12. Lyn™ says:

    Kisah Kajang, kalau dibuat cerita ‘ berkajang kertas boleh dikisahkan’.
    Lyn™ baru je tulis kisah Nelayan pukat rimauMy Profile

  13. Hafizul says:

    Emm pendek kata, dalam gembira tu mesti ada sikit sedihnya…hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Panduan Peperiksaan Pegawai Belia Dan SukanMy Profile

  14. Adehhh tengah trending ‘Kajang’ skrg ni. Buat kawe rasa mau makan satay jer bro.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Curious Case of Juan Mata: From Chelsea To Man UtdMy Profile

  15. zool says:

    patut dibuat versi baru filem seri mersing tu…
    siap boleh buat citer damak cari duit online dan jadi kaya.
    zool baru je tulis kisah Setiakah andaMy Profile

  16. Sekali pantun pasal Kajang rupanya. Suka baca pantun bro. Cantik susunan & rima-nya. Yang penting, siap ada mention’cendol’ lagi tu. Haha.
    Zulhilmi Zainudin baru je tulis kisah Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 – Pencalonan DibukaMy Profile

  17. akubiomed says:

    Tikar rotan Sarawak saya sudah digunakan melebihi 5 tahun dan masih cantik serta berkilat. Ketahanan memang terbaik.
    akubiomed baru je tulis kisah Gabungan Hafizh Syahrin Moto2 dan DoktorMy Profile

  18. hafiz says:

    ini ada kena mengena dengan dun kajang ke hihihi
    hafiz baru je tulis kisah Blog sudah ada Contact FormMy Profile

  19. Mohd Shubhi says:

    Semua orang bertumpu pada kajang sekarang ni…lepas ni menderu orang pergi melancong ke Kajang. Kalau ada rumah kosong, letak saja tikar mengkuang, orang akan sewa.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Semua usahawan cemerlang ada kualiti iniMy Profile

  20. titan says:

    haha..gua suka ini pantun.
    titan baru je tulis kisah Lepas jogging, mesti makan banyak-banyak.My Profile

  21. AUC says:

    kijang masuk kajang :)
    AUC baru je tulis kisah Sukan di Waktu Malam Bahaya?My Profile

  22. Lyn™ says:

    Teringat surat cinta yang ditulis di kertas kajang dulu-dulu.
    Lyn™ baru je tulis kisah Aurat di KanchingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun