Kadar Caruman KWSP Terkini

Sempat mendengar berita di TV3 malam tadi mengenai kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan berubah lagi berkuatkuasa pada gaji Januari 2011. Majikan pula akan mula membuat bayaran kepada KWSP pada Februari.

Sejak Julai 1952, KWSP menerima caruman dari pekerja sebanyak 5%, bertambah sehingga 11% pada Januari 1996 dan turun kepada 8% pada Januari 2009. Bermula Januari 2011, caruman dari pekerja dinaikkan kembali kepada 11% manakala bahagian majikan masih dikekalkan pada kadar 12%.

Pokok durian tumbuh merata,
Pokok kelapa di dalam barisan;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Selepas bersara sebagai bekalan.

Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa;
KWSP untuk simpanan hari tua,
Tapi sekarang dah habis semua.

Sesetengah pekerja telah pun mengeluarkan wang simpanan dengan berbagai tujuan. Walau pun motto KWSP ialah Simpanan Hari Tua Anda, nampaknya belum sempat bersara, wang telah habis digunakan, malah ada yang telah lupa akan nombor akaun mereka. Sebenarnya bukan sukar pun mahu mendapatkan nombor akaun ini, hanya perlu hulurkan kad pengenalan sahaja di pejabat KWSP yang berdektan. Penyata pula boleh didapati dengan berbagai cara, seperti iklan di atas.

TehrDemikian kisah 'Kadar Caruman KWSP Terkini' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. zool says:

    Kena bijak le..
    Dah takde KWSP dah….

  2. bluedianthus says:

    Kalau bijak menguruskan kewangan, tidak mustahil selepas bersara nanti akan menjadi berharta dan kaya..:)
    bluedianthus baru je tulis kisah Salam Aidiladha daripada Bluedianthus Dot ComMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..yang menyakitkan hati
    kenapa tabung angkatan tentera
    boleh bayar berbelas % setahun yek?
    berbanding EPF below 10%..?????
    zulkbo baru je tulis kisah Peransang Sex Dalam MinumanMy Profile

  4. padin says:

    ouhhh xsabar nak masuk skim pencen plak nih, hehee
    padin baru je tulis kisah Picture of My Life ContestMy Profile

  5. Mohd Hafiz says:

    hmm.. bagus l mcm tu.. nanti aku nak buat tabung haji… menabung dr awal.. harap bolh pg umrah masa muda nih… niat itu mesti mau ada..
    insyaAllah..

  6. jardness says:

    waaa.. tahun dpn naik balik. fuhh.. berapa lak die potong kali ini. mesti bnyk kan?

  7. Ismail N says:

    Kalau tiada KWSP ni memang susahlah time tua kan? Nak harap saving sendiri..hmmm payah jugak tu. Satu lagi cara utk simpanan hari tua kalau payah nak disiplin diri buat saving adalah dengan beli insuran.. :D

  8. kakyong says:

    adk kakyong yg koje gomen dah kuorkan semua epf dia masa koje swasta & dia guna duit tu melabur saham.. boleh tahan juga lah.. hujung tahun ni dia dpt dividend, bayor semua hutang kereta & dpt bayor downpayment utk kereta baru lagi… huhuuu…
    kakyong baru je tulis kisah Pertama kalinya… kek ku menjadi… yahoooo!!!My Profile

  9. Cik Siti says:

    berita baik untuk yang susah nak menabung…he..he…he…cerah masa depan
    Cik Siti baru je tulis kisah Salam AidiladhaMy Profile

  10. puteri says:

    wajib ke,,??
    mmm.. kalo xjoin bole x,,?

    orang cakap susah nak kuarkan

    ke simpanan yang lain ye yang susah tu,,?

  11. donnyien says:

    EPF ni banyak yg sy x tahu.. dah naik lagi 11%? baru tahu lah tq tehr..

  12. zik says:

    sapa yang dah banyak simpanan kwsp boleh invest dengan unit trust… tapi ada pengiraannya.. nanti akan dikupas….
    zik baru je tulis kisah Penggunaan internet dan prestasi jalur lebar di MalaysiaMy Profile

  13. kulanz says:

    aku dah ambik pencen.. kwsp tak aktif lagi :)
    kulanz baru je tulis kisah Green Lantern 2011 TrailerMy Profile

  14. dah lame x carum dlm KWSP
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah KwajaleinMy Profile

  15. srina says:

    patut pun tgk gaji tadi mcm de perubahan…punyela cuak ingtkn die potong ape smpai rm50 beza dr gaji Dis 2010..rupenye kadar caruman kwsp da naik…huu…berkurang sikit gaji ku…tapi takpelah…masuk dalam simpanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun