Kad Raya Dari Yokohama

Semalam Mr Tehr terima sekeping kad raya dari Yokohama, Jepun. Hairan dan ajaib segera menerjah benak Mr Tehr kerana seingat Mr Tehr, tidak mempunyai sebarang kenalan yang berada di Negara Matahari Terbit, Jepun. Bila Mr Tehr tengok setem, memang dah sah-sah ada cop Yokohama.

kad raya dari yokohama

Terima kasih kepada saudara Mie yang sudi mengirim kad raya yang sangat istimewa untuk Mr Tehr beserta dua keping syiling yang tak pernah Mr Tehr lihat atau pegang. Hanya ucapan Selamat Hari Raya sahaja yang dapat Mr Tehr balas. Moga-moga saudara Mie sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki.

kad raya dari yokohama

Mr Tehr suka melihat dengan gambar burung pada setem ni. Lagi pun di sekitar rumah memang banyak burung-burung. Masa kecil dulu-dulu selalu juga Mr Tehr dengan kawan-kawan lastik burung bila cuti sekolah. Sekarang dah tak buat lagi dah kerja sia-sia dan berdosa tu… Kesian burung, mati percuma je kena peluru lastik Mr Tehr dan kawan-kawan.

sekeping kad penyampai ucapan
pengganti diri bersama senyuman
kuterima dengan penuh keriangan
walau belum berbalas pandangan

TehrDemikian kisah 'Kad Raya Dari Yokohama' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. Juan says:

    wah, nampak simple dan kemas jer kad raya tuh, best best

    1. dnoBiz says:

      memang best tu Juan…
      sekarang ni dah payah dah nak tengok posmen antar kad raya.. yang selalu dapat sms raya je…
      dnoBiz baru je tulis kisah Suatu masa dahulu – Gambar zaman dulu duluMy Profile

    2. tehr says:

      memang sangat best, juan
      satu2nya kad raya saya terima tahun ni :D

      1. dnoBiz says:

        aku ada jugak terima beberapa keping kad raya tapi sumuanya daripada pembekal.. takde feell…
        dnoBiz baru je tulis kisah Misi Bantuan Kemanusiaan ke Somalia – Presiden Kelab Putera 1Malaysia jawab tuduhanMy Profile

  2. zulkbo says:

    salam..
    kad istimewa pengganti diri
    tu..nanti saya terjah ke blog
    rakan anda itu..
    zulkbo baru je tulis kisah Pelacur Jalanan Kini Menggunakan Meter Di JermanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saudara mie jarang update sekarang
      mungkin kerana payah nak dapat internet kat tengah laut

  3. saya tak dpt satupun kad raya tahun ni. huhuhu. member2 hanya berutuskan sms. mungkin kad raya akn pupus kesan ledakan teknologi
    shameel iskandar baru je tulis kisah Hukum Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal.My Profile

    1. tehr says:

      itulah satu2nya yang saya dapat, bro
      memang nampak gaya akan pupus satu hari nanti

  4. Cik Siti says:

    ha… kan dah cakap…. ada rezeki tu… dr oversea lagi…. best tu
    Cik Siti baru je tulis kisah Senyum meleret hari ni….My Profile

    1. tehr says:

      malangnya tak boleh nak balas la, cik siti

      1. Cik Siti says:

        tak pe…. kalau dia baca en3 ni mesti dia suka.
        Cik Siti baru je tulis kisah Senyum meleret hari ni….My Profile

  5. akubiomed says:

    Dah jarang yang menghantar poskad. Seingat ketika keluar negara saya akan menghantar poskad untuk isteri di Malaysia. Saya juga pengumpul setem
    akubiomed baru je tulis kisah Honda Malaysia memanggil balik Civic, City dan JazzMy Profile

    1. suri says:

      saya ada dapat satu dair sahabat bloger hee..nntilah saya akan updte entri dri blogspot hee…

      dha mmg nak membebel mgu ni jadi kena byk update entri heeee
      suri baru je tulis kisah Bila Lemau Di tinggal-tinggalkan, Bila Gian Inilah AkibatnyaMy Profile

    2. tehr says:

      saya juga memang dah jarang sangat guna surat atau poskad, bro

  6. suri says:

    mie bloger pelayar tu kw heeee
    suri baru je tulis kisah Pilihlah Daku Jadi Temanmu..My Profile

    1. tehr says:

      yups,
      pelaut terlampau tu la, suri :D

  7. dnoBiz says:

    wah kena simpan baik baik tu tehr…
    Buat kenangan
    Ps : kekdang benda murah lebih berharga dari benda yang mahal
    dnoBiz baru je tulis kisah Artis Dadah – Pelakon Pembantu Positif DadahMy Profile

    1. tehr says:

      memang kena simpan baik2 ni
      bukan senang dan selalu dapat benda2 istemewa macam ni

  8. bEe says:

    Wah,
    Bangga tu cikgu ;)
    Seronok bila nama kita jadi ingatan dari kejauhan kan kan kan :-)
    bEe baru je tulis kisah 1 Syawal yg Hening…My Profile

    1. tehr says:

      memang seronok sangat2 tu, bEe :D

  9. nurmisnan says:

    last dapat poskad semasa sahabat lama kirim dari indonesia…
    makin lama hilang sudah tradisi hantar poskad…

    duit tuh boleh simpan dlm album… harta karun
    nurmisnan baru je tulis kisah Resipi jus untuk kanser dan cerita raya lagiMy Profile

    1. tehr says:

      simpan dulu
      mana tau nanti dapat pegi jepun :D

  10. padin says:

    memang tinggi nilainya kad raya tu, bro hehee..

    1. tehr says:

      cop dg setem yokohama tu :D

  11. Norasikin says:

    Seronoknya dapat menjadi kelasi
    Terasa ombak membuai diri
    Seronoknya dapat kad dari obersi
    Terasa sangat diri dihargai
    Norasikin baru je tulis kisah Mi Bandung Kedah – Juadah Rumah TerbukaMy Profile

    1. tehr says:

      seronok terima kad raya
      dari kawan luar negara
      walau tak pernah jumpa
      tapi masih ingatkan kita :D

  12. titan says:

    wahh, jauhhnya..yokohama mali..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 23 dari Paid-to-Promote.netMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      sejauh kapal belayar :)

  13. Cha'on says:

    jauh kenalan sampai ke jepun.. hehhe.. Selamat hari raya tehr..
    Cha’on baru je tulis kisah Lirik Lagu Cinta Muka Buku Oleh Najwa LatifMy Profile

    1. tehr says:

      rakan blogger juga tu, chaon
      sekarang ni bro mie sedang belayar

  14. Norgadis says:

    Jauhnya kad raya tu terbang ke Malaysia… tahniah…

    1. tehr says:

      kad raya paling jauh pernah saya terima :D

  15. Hadi Rofiee says:

    Tanda sahabat sejati. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Kejayaan Dari Dalam dan Belon Udara PanasMy Profile

  16. mie says:

    fuh!!!
    selamat juga sampai….
    sekadar utusan di hari yang mulia…
    mie baru je tulis kisah Selamat Hari Raya AidilfitriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun