Semalam Mr Tehr dengan penuh gembira melepaskan entri bertajuk Blogger Kacak, satu pertandingan review blog sahabat, Titan. Apakah sebenarnya maksud perkataan kacak ini apabila hari ini juga catatan Mr Tehr masih juga berkisar mengenainya.
| kacak I | 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib; mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. | Kamus Dewan Edisi Empat |
| kacak II | Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di angin lalu. | Kamus Dewan Edisi Empat |
| kacak III | Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang; mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu; ~ galas ark a) mengangkat galas; b) ki berdagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi); dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain). | Kamus Dewan Edisi Empat |
anak nakhoda menguli tepung
naik ke darat pasang teropong
orang muda kacak melambung
songkok senget poket kosong
harapan indah datang kecewa
air sungai keruh berpanjangan
kacak wajah tidaklah berguna
kalau perangai seperti syaitan
Perkataan kacak sangat sering Mr Tehr dengar terutama kalau berborak dengan ipar-duai keluarga isteri. Ketika mula-mula tiba di Sarawak, Mr Tehr selalu keliru kerana ia bukan sahaja untuk menggambarkan wajah lelaki tetapi kacak bermaksud cantik dan menawan wajah, pakaian serta perhiasan sesaorang, sesuatu benda seperti bangunan atau kenderaan serta boleh juga untuk menggambarkan sesebuah pemandangan. Wajah wanita boleh dikatakan kacak. Hiasan kuih lapis Sarawak juga kacak. I-City Shah Alam pun kacak.
Mr Tehr tak tahu pula apa maksud kacak dalam kehidupan masyarakat Melanau, Iban, Bajau, Kadazan, Dusun, Murut dan suku kaum yang lain. Boleh berkongsi cerita?
Demikian kisah 'Kacak' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


satahu Cik Siti kacak tu untuk lelaki je… kalau perempuan tu cantik. tapi tak tahulah ada maksud lain dengan perkataan kacak tu,,(sebab Cik Siti ni bukan orang sarawak) kalau ada nak tahu juga… boleh kongsi info
Cik Siti recently posted..Dalam Hati Ada Taman
itu yang saya selalu dengar, cik siti
perkataan cantik mereka jarang guna
kacak = segak
tapi bagi saya dan kawan2
juga sebahagian (kebanyakan) warga negeri saya
segak kami guna untuk perempuan..hehe..
contoh: seorang gadis bersiap2 untuk ke majlis/kelas..
“segaknya dia… (lawanya dia)”
atau: seorang gadis bertanya tentang penampilannya
“segak dah aih (lawa dah..)”
puteri recently posted..fenomena kad raya
nampak sama tu, puteri
kalau orang sarawak, mereka kata
“kacak dah ya”
Baru tau kat swak guna “kacak” tuk bende,org pompuan ngan ish…memacam lagi laa….tp klau nak apply perkataan tu kat sini…mau aku kene gelak tergolek ngan kengkawan…hehehe
yas recently posted..Wordless Wednesday
biasa orang cakap kacak nih.. ada maksudnya nih….eh kau nih kacaklah.. belanja aku air nanti ek… hehe
zik recently posted..Senarai pilihan kuih raya aku 2011,
Puteri bunian bermain di taman
bermain di taman bersama bonda
Kacak sungguh jejaka idaman
iman penuh berisi didada
adehh..popular dah perkataan kacak ni. haha..
titan recently posted..Ramadan 2011 – Terawih Revolution
seKacak blogger nya ehhh…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Cara Terbaru Buat Duit Dari Nuffnang
kacak yg biasa faham lah, bila da masuk kacak 2 dan 3 tu dah jadi pening, heheh, kamus dewan memang mendalam maksudnyer
Thanks for this great post.
hannamay recently posted..How To Conceive Quickly
Kacak luar, kacak dalam, kacak sana sini..
Dalam lagu ada.. Tapi aku pelik jugak, kacak dalam tu macamna…ha3
kacak sungguh wajah tuan puteri..
bolehkah?
Indah senja kota Jakarta,
Bersama abang pergi menjala;
Kacak sahaja tiada harta,
Cintakan terbang lewat jendela.
Nuar Haruha recently posted..Pantun Teka-Teki Karya Md Ali Bachik (Iladam)
apa guna berwajah kacak jika baca al-quran masih merangkak. apa guna berwajah cantik, andainyha pukul 12 tengahari masih belum celik.
Selamat Hari raya ro. Maaf anyak2 atas silap dan salah sepanjang jadi sahabat blogger
shameel iskandar recently posted..#9 Wordless Wednesday: SELAMAT HARI RAYA.
Banyak juga maksud kacak ni. Walaupun saya tidak sekacak mana tapi saya bersyukur dengan apa yang ada pada diri ini.

Nik Thoha recently posted..Pesanan Untuk Pemain Mercun
salam..
kacak pada pandangan saya
seorang lelaki yang gentleman
tak sombong dan bangga diri
Errm..anda sendiri pun layak
di tabalkan sebagai blogger
kacak Se Malaya bro..he he
zulkbo recently posted..Lionel Messi Pemain Terbaik Eropah 2010/2011
saya memang tak layak sebab saya ni perempuan hehehe…
Norgadis recently posted..Ramadhan Ke 27 Dan CornFlakes Kacang Ikan Bilis
Tak silap bEe, oeg Sabah sebut kacak tu lawa
Sbb bEe ada ramai kwn dari sana so bEe boleh tahu sikit2 bahasa dari Sabah & Swak… hehehe
bEe recently posted..Nota Seorang AKU
maza berkacak (berpijak) pada makna encem aje..
yg lain2 maksud kacak tidaklah ketahuan.. ihik!
maza recently posted..Kini tibalah masanya, Lebaran sudah bermula
Di pagi Raya kacak bergaya
BerCabut Kipas merah temanya
Aidilfitri kini menjelang tiba
terimalah ucapan Selamat Hari Raya
Gaya sedondon bereben merah
Melawat nenek jangan dilupakan
Hari Raya disambut meriah
Salah dan silap harap dimaafkan
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
—-==–Salam Aidilfitri—==—-
–=== Maaf Zahir & Batin ===–
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup
azli.afzainizam recently posted..Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
memang tak ada lelaki si KACAK aku, tapi yang lebih kacak banyak!..
Good luck contest ni bro… semoga berjaya..
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Cara Terbaru Buat Duit Dari Nuffnang
kacak dalam bahasa iban adalah sigat.
contohnya bujang sigat bermaksud jejaka kacak.
untuk yang perempuan adalah bajik
contohnya induk bajik bermaksud wanita cantik
menurut kata isteri aku.. hihihi..
Mus recently posted..Kompleks Mahkamah Lama
wah. mcam2 mksud kacak ni. angkuh, sombong pun kacak gak. pasni boleh la kutuk org dlm bahasa yg sedap.. “kacak la kau ni” hehe
Khidhir recently posted..Matluthfi Video – Made by Malaysians