Jumpa

Hari Isnin lepas Mr Tehr jumpa seorang lagi rakan blogger di Lubok Jong, Pasir Mas. Walau pun sekejap, sempat juga kami borak-borak hingga tengah malam. Pernah jenguk blog Perjalanan Ini yang beliau uruskan? Kalau belum pernah, jom lepas ni ramai-ramai buat kejutan terjah beliau.

Semalam kami sempat jalan-jalan sekejap di Rantau Panjang. Nak ke ke Pekan Golok di seberang Mr Tehr tak biasa. :D  Hajat Mr Tehr nak solat Jumaat di Masjid Beijing tetapi tak dapat pulak. Rupanya masjid ini belum digunakan untuk solat Jumaat. Jam 8.00 malam tadi Mr Tehr hantar Bro Padin ke stesen bas Transnasional di Kota Bharu.

nampak ada sarang tempuajumpa
di pohon nyiur tinggi sekali
bila jumpa bertentang mata
tangan dihulur senyum diberi

sarang tempua di pohon kelapa
bertelur dua menetas tak jadi
berjumpa bersama sekejap rasa
adakah ketika bertemu kembali

Sudah lama juga rasanya tak buat Pantun Pilihan Dari Sahabat. Apa kata sahabat semua kali ini kita sama-sama berpantun dalam tema berjumpa. Petang Ahad nanti [1800] Mr Tehr akan pilih dua rangkap pantun pertemuan untuk menghiasi ruangan yang disediakan. Boleh cuba, kan? Panduan menulis pantun ada Mr Tehr sediakan dalam entri yang lepas.

Google+

Post Berkaitan:

  1. Wordless Wednesday #8: Pulang Ke Sarang
  2. Khabar Biasa
  3. Lama Tak Jumpa
  4. Pantun Juadah Berbuka
  5. Pantun Malaysia vs Singapura

Mahukan entri terkini dihantar terus kepada anda?

Masukkan alamat email di sini:

Oleh FeedBurner

Aktifkan akaun anda melalui email yang dihantar sebagai pengesahan.


30 Comments

  1. Mr Rileks says:

    syok boleh jmp rakan2 blogger nie… :) klu mai kat utara, habaq la noo… :D
    Mr Rileks recently posted..Create Ringtone iPhone Dengan MudahMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      dah lama juga rasanya tak jalan2 ke utara
      kalau ada rezeki

      1. Mus says:

        tak pernah ke sana..
        Mus recently posted..Cara Mengelak SpamMy Profile

  2. padin says:

    Sejuk rasa air perigi,
    di cedok naik mengguna timba,
    Kelak nanti berjumpa lagi,
    Entah apa waktu ketika.

    Aku rembat pantun dalam entri aku, bro hehee

    1. tehr says:

      dicedok naik guna timba
      timba upih pokok nibung
      ada peluang kita berjumpa
      ada rezeki aku berkunjung

  3. yas says:

    Setakat ni aku bru jumpa sorang je rakan blogger…tupun sbb dia masuk kt tmpt keje aku..klau kat luar mmg susah lerr kot…

    1. tehr says:

      aku baru kali kedua, yas
      baru empat orang :D

  4. Buah beri pokok gaharu,
    Ditanam rapat dicelah meranti,
    Niat di hati ke Kota Bahru,
    Berjumpa Tehr suatu hari nanti.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Tip blogging terbaikMy Profile

    1. tehr says:

      ditanam rapat dicelah meranti
      mati ditimpa dahan yang patah
      semoga berjumpa di suatu hari
      tak cukup karpet, tikar kutadah

  5. sud@is says:

    kenangan indah datang menerpa
    semasa berkhemah di Padang Kota
    bertentang mata waktu berjumpa
    kelu lidah untuk berkata
    sud@is recently posted..Botak Kepala Wanita?My Profile

    1. tehr says:

      waktu berkhemah di padang kota
      riang dan ria sepanjang malam
      kelunya lidah untuk berkata
      senyum hanya menyambut salam

  6. Cik Siti says:

    pohon delima berbuah lebat,
    Sayangnya jatuh ditengah sawah,
    Andai berjumpa dengan sahabat,
    Hulurkan salam jalinkan ukhwah.

    Harum sungguh si bunga Melati,
    Kembang mewangi di dalam taman,
    Andai berjumpa kekasih hati,
    Bataskan pergaulan sirami keimanan.
    Cik Siti recently posted..Dan setiap rezeki datang dariNYAMy Profile

    1. tehr says:

      kembang melati dalam taman
      malang si melur belum berbunga
      batasi pergaulan sirami keimanan
      hidup teratur dalam rahmatNya

  7. etomyam says:

    wah seronok kalau dapat bertemu muka dengan rakan2 blogger semua
    etomyam recently posted..FLORIA Putrajaya 2011 Roses Are ForeverMy Profile

    1. tehr says:

      rezeki jatuh bergolek, bro
      aku pun tak juga perlu drive jauh2 :D

  8. zulkbo says:

    salam..
    wahhh..dah bertemu muka ye
    ermm..ukhwah sesama islam..
    kita bila la agaknya ye..?
    zulkbo recently posted..Perkahwinan Sesama Jantina Kini Di Benarkan Di New YorkMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      rasanya akan ada ketikanya
      insya allah

  9. wadud says:

    wah biler nak jumpe ngan ko ne..
    blogger hebat.. hehehe
    wadud recently posted..Pengakuan Datuk T Terhadap Kes Anwar |2.13 mint|My Profile

    1. tehr says:

      hebat? :D
      hebat dalam kandang sendiri je
      kat luar… kecut segara urat saraf
      hahaha

  10. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    generasi kawasaki ninja dan kips

    Keliling kota menjual kurma;
    Bersama budu ulam pegaga.
    Walau kita jarang bersama;
    Hati rindu teringat juga.

    Batu delima dalam celepa
    Dilitup benang tenunan lama
    Dah lama tak kita tak jumpa
    Hati terkenang kawan bersama

    Melukut siaga di tepi talam,
    Sukat segantang untuk ditampi,
    Terkejut jaga ditengah malam,
    Dia datang di dalam mimpi.

    Pohon delima deretan kelapa,
    Tempat tambatan sarang tempua,
    Agak lama kita tak jumpa,
    Salam ingatan untuk semua.
    azli.afzainizam recently posted..Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      pohon kelapa di tepi sungai
      condong pula arah jambatan
      dalam majlis jumpa beramai
      kenapa tuan tidak kelihatan

  11. ishak says:

    Hati terkenang mulut menyebut,
    terkenang si dia jauh di mata,
    apabila jantung sudah berdenyut
    teringin berjumpa si dia segera….!

    ahahahaha
    ishak recently posted..Berapa Harga Samsung Galaxy S II Di Malaysia ?My Profile

    1. tehr says:

      terkenang si dia jauh di mata
      pesan kukirim di angin lalu
      teringin jumpa si dia segera
      harap terubat segala rindu

  12. Saya teringin juganak jumpa rakan-rakan blogger ni.Tak silap saya abang blogger matjoe tinggal kat kg manjoi.Taktau bila leh jumpa.
    InfoBuahPinggang recently posted..Anak anda pesakit buah pinggang?Ini 14 tip untuk anda.My Profile

  13. best gak jumpa blogger ni, tak lama lagi nak raya, kalau dapat beraya ke rumah blogger lagi best :)

  14. dnoBiz says:

    wah seronok tu dapat Jumpa member Blogger… :D
    dnoBiz recently posted..Blogger Curang – Bro Ismail abai tanggung jawab kerana Kekasih BaruMy Profile

  15. abrablog says:

    hehe..hari-hari jumpa rakan blogger..
    abrablog recently posted..Asmidar Storms into Fly FM, Hot FM, One FMMy Profile

  16. akubiomed says:

    Kali ini saya tidak sempat untuk menyertai sesi pantun sebab bawa laptop tapi adaptor pula tertinggal di rumah :-)
    akubiomed recently posted..Maharaja Lawak Akhir – babak peserta akhirMy Profile

  17. bEe says:

    Wah, seronoknya dpt bersua muka kan cikgu tehr.
    Teringat pd bro maza dulu yg buat kezutan pd bEe. Hehehe

  18. nasslimdiet2 says:

    pergh… masing-masing kat sini pandai pantun. saya tak reti berpantun. hehehe
    nasslimdiet2 recently posted..Cara mengurus dan menangani stressMy Profile

Tinggalkan Komen

Artikel terbaru boleh dihantar terus ke kotak email anda.

Sila hindari daripada menyentuh sensitiviti individu, agama dan perkauman. Anda bertanggungjawab dengan komen yang anda tulis.

CommentLuv badge