Juara Lagu 1986 – 2010

Anugerah Juara Lagu 25Tahukah anda apakah lagu yang pertama dan terakhir menerima anugerah sebagai Juara Lagu? Anugerah yang telah bermula sejak 1986 ini telah berlangsung selama 25 tahun dan sebanyak 25 buah lagu juga telah dinobatkan sebagai juara setakat ini.

Lagu Sekadar Di Pinggiran nyanyian Francesca Peter merupakan Juara Lagu yang pertama pada tahun 1986. Lagu ini merupakan lagu gubahan Manan Ngah manakala liriknya ditulis oleh Lukhman S.

TAHUN LAGU ARTIS GUBAHAN LIRIK
2010 Tolong Ingatkan Aku Ana Raffali Ana Raffali Ana Raffali
2009 Pergi Aizat Pete Teo Pete Teo & Amran Omar
2008 Lagu Untukmu Meet Uncle Hussain Taja & Tasss Taja,  Tasss & Lan
2007 Itu Kamu Estranged Estranged Richael Lawrence
2006 Terlalu Istimewa Adibah Noor Azlan Abu Hassan Adibah Noor
2005 Gemilang Jaclyn Victor Aubrey Suwito Asmin Mudin
2004 Rela Kupujuk Spider Tam Keon
2003 Bunga-bunga Cinta Misha Omar Adnan Abu Hassan Adnan Abu Hassan
2002 Keliru Nurul & Ajai Aidit Alfian Aidit Alfian
2001 Mimpi Laila Yassin Yassin Yassin
2000 Balqis Siti Nurhaliza Pak Ngah Hairul Anuar Harun
1999 Andalusia M.Nasir M.Nasir Loloq
1998 Chindai Siti Nurhaliza Pak Ngah Hairul Anuar Harun
1997 Ghazal Untuk Rabiah M.nasir & Jamal Abdillah M.Nasir S.Amin Shahab
1996 Jerat Percintaan Siti Nurhaliza Adnan Abu Hassan Hani M.J.
1995 Cinta Beralih Arah Aishah Jari Habsah Hassan
1994 Tanya Sama Itu Hud-hud M.Nasir M.Nasir M.Nasir
1993 Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff Adam Ahmad S.Amin Shahab
1992 Pada Syurga Di Wajahmu Nash Fauzi Marzuki Bob Lokman
1991 Takdir Dan Waktu Mega Rahim Othman Juwie
1990 Janji Manismu Aishah Adam Ahmad Wan Aishah
1989 Isabella Search Search Bob Lokman
1988 Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu Ramlah Ram Ahmad Nawab Wielid
1987 Menaruh Harapan Zaiton Sameon A.Ali Habsah Hassan
1986 Sekadar Di Pinggiran Francesca Peter Manan Ngah Lukhman S

Tahun 2010 lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke-25. Lagu ini digubah dan ditulis liriknya oleh Ana Raffali sendiri.

Nampaknya setakat ini Sifu M. Nasir dengan lagu Tanya Sama Itu Hud-hud, Yasin dengan lagu Mimpi Laila dan Ana Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku berjaya muncul sebagai Juara Lagu dengan penyanyi, penggubah dan penulis lirik adalah orang yang sama.

TehrDemikian kisah 'Juara Lagu 1986 – 2010' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


54 Comments

  1. izanishak says:

    memang tak sangka lagu ana raffali ni menang kali ni…
    izanishak baru je tulis kisah Demam Ditinggal NiMy Profile

    1. tehr says:

      anak gadis saya muncung je
      lagu yang dia suka tak menang :D

      1. hafizmd says:

        hehe…nampak gayanya…ramai juga yg tak berpuas hati… :D
        hafizmd baru je tulis kisah 3 banner jurukomen paling mesra…My Profile

        1. tehr says:

          macam tu la nampaknya, bro
          rumah siap pahat berbunyi :D

  2. bisk says:

    tak sangka sembang kosong ngan member tadi sal ana rafali rupanya dia muncul sebagai juara.

    tak tahu pun sebab layan bola malam tadi.tak sangka kisah ana kat kosmo terus dilanjutkan dengan kemenanganya…kasihan yuna.mungkin dia fikir dia sudah cukup hebat lepas memang shout award.
    bisk baru je tulis kisah keterasinganMy Profile

    1. tehr says:

      rezeki masing2, bisk
      penilaian juga masing2 berbeza
      saya sendiri tak berapa kenal dan biasa dengan lagu2 ana raffali ni

      1. sangilapi says:

        sebab dia ni underground sikit seingat aku dia ni yang terlebih dulu berimejkan penyanyi wanita bergitar kemudian baru yuna muncul :)
        sebenarnya mereka berdua ni dan bersama seorang lagi sering muncul di atas pentas-pentas kecil sebelum ni.

        dengar-dengar ramai yang kurang setuju dengan kemenangan dia :)

        aku tak tengok acara ni,masih berimejkan berbaju kurung/kebaya ketika memetik gitar ?
        sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

        1. tehr says:

          aku hanya sempat tengok yg last2 je, bro :D

        2. RedBoys says:

          seorang lagi tu namanya kalau tak salah najwa kot. betul ke? ye. mereka ni underground. tapi telah berjaya sekarang.
          RedBoys baru je tulis kisah Senarai Pemenang AJL25 TV3My Profile

          1. tehr says:

            semuanya kerana bakat dan usaha, redboy

      2. gayahspears says:

        uwaaa :( sudah2 takmo ckp hal ni…
        kalo gayah masuk AJL undi gayah taw..keh3 <– pasan lebih..huhu

        1. tehr says:

          masuk calon PRK je gayah
          baru best nak undi :D

    2. akubiomed says:

      Malam tadi layan bola EPL antara MU dan Liverpool. Kalau tidak memang tak dapat nak menonton sebab isteri tertidur. Haa..haa..
      akubiomed baru je tulis kisah Penama untuk blogMy Profile

      1. tehr says:

        hehehe aku pun selalu kalah dengan anak dan isteri
        nampak gaya perlu beli tv satu lagi

    3. hafizmd says:

      layan manu vs liverpool malam tadi…tukar2 jugak…
      hafizmd baru je tulis kisah 3 banner jurukomen paling mesra…My Profile

      1. tehr says:

        MU menang!
        yahooooooo

  3. zulkbo says:

    salam..
    tahun 1988
    pujaan hati ku..
    —-kau kunci–
    zulkbo baru je tulis kisah Lagu Juara AJL 25 Ana Raffali – Tolong Ingatkan AkuMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tahun kepunyaan ramlah ram dan ahmad nawab :D

  4. Khidhir says:

    cepat tul update blog. tapi tak best ana raffali menang, Rasanya ramai lagi yang lagi best dari dia.
    Khidhir baru je tulis kisah Installatron VS Fantastico Yang Mana TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yang kata lagu lain patut menang
      tapi begitulah pendapat juri
      nak buat macam mana lagi, bro

      1. hafizmd says:

        itulah…nampak gayanya…juri dahpun bersuara…walaupun mmg ramai yg tak puas hati.. :D
        hafizmd baru je tulis kisah 3 banner jurukomen paling mesra…My Profile

        1. tehr says:

          juri lebih tahu apa yang perlu dinilai

          1. RedBoys says:

            serta lebih arif dalam bidang ni. peminat mana tahu.
            RedBoys baru je tulis kisah Senarai Pemenang AJL25 TV3My Profile

            1. tehr says:

              itulah yg sebenarnya

  5. mie says:

    fuyoo!!
    semua da kelebihan masing2….
    itu sebabnya jadi juara…
    mie baru je tulis kisah Klasik Ataupun Moden- Pilihan AndaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      juara adalah yang terbaik mengikut penilaian juri
      cakap2 orang lain tak dikira

  6. matahari says:

    berbakat ana ni, dia punya lagu, jika disingkap umpama syair yang indah, tengok dan lihat samada cara pemakaiannya nanti akan menjadi trend untuk remaja kita.
    matahari baru je tulis kisah melihat dari perspektif kasut tinggiMy Profile

    1. tehr says:

      saya baru je kenal juara ni
      tapi nampak macam bagus

    2. RedBoys says:

      betul tu. penampilannya pun menutup aurat. cuma tudung je tak pakai. yang lain semuanya bagus.
      RedBoys baru je tulis kisah Senarai Pemenang AJL25 TV3My Profile

      1. tehr says:

        kalau pakai tudung, lagi nampak ayu

  7. sud@is says:

    tak kenal ana rafali, tak ikuti ajl
    tapi aku minat m nasir dulu dan kini
    sud@is baru je tulis kisah Rosak Persahabatan Kerana BusinessMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita
      aku pun baru je kenal ana raffali ni

  8. Cik Siti says:

    tahniah kepada pemenang…. memang CikSiti tak tengok malam tadi so tak boleh nak komen
    Cik Siti baru je tulis kisah Bila kemampuan anda dipandang sebelah mataMy Profile

    1. gayahspears says:

      aik..Cik siti tak tgk ke???huhu

    2. tehr says:

      saya sempat tengok yg hujung2 je :D

  9. gayahspears says:

    sedih :(
    Yuna tak menang..huhu
    ape2 pon tahniah kpd pemenang AJL thn ni…

    1. tehr says:

      rezeki yuna ada masa lain, gayah
      toksah dok sedih2 :)

  10. padin says:

    ahah.. xsangkan ana boleh menang, rezeki dia
    lagu pon boleh tahan sedap..

    senang nak ingat umur dengan edisi AJL ni hehee
    padin baru je tulis kisah Promosi Diri Di Tempat KerjaMy Profile

    1. tehr says:

      wah, memang kebetulan sangat tu, bro

  11. Affan says:

    nampaknya m. nasir dan siti je yg dah menang 3 kali hehe.

    bro, saya ada hantar email, harap dapat respons ye. terima kasih
    Affan baru je tulis kisah Contest antara Blogger- Sebuah PandanganMy Profile

    1. tehr says:

      sifu m.nasir dan siti memang terbaik

  12. syamila says:

    ingat lagi masa lagu Isabella menang dulu… ;-)
    syamila baru je tulis kisah Komen yg menyampahMy Profile

    1. tehr says:

      memang lagu terbaik dari search

  13. akubiomed says:

    Saya masih di aliran Rock Kapak. Lagu moden cuma hanya layan kerana sedap didengar tetapi saya tidak menghayati bait-bait liriknya mungkin masa zaman remaja lagu Rock Kapak dekat dihati maklumlah zaman cinta monyet rasanya bait-bait lirik menangkap kalbu :-)

    Jangan maree yer
    akubiomed baru je tulis kisah Kembali ke tenaga hijauMy Profile

    1. hafizmd says:

      terbaik bro..lirik lagu lama2 pada aku lebih dekat dgn jiwa…mungkin sebab kita membesar dgn lagu2 rock kapak…itu yg lebih layan tuh..

      lagu2 baru…aku hanya lebih bnyak layan lagu dia…bukannya lirik..
      hafizmd baru je tulis kisah 3 banner jurukomen paling mesra…My Profile

      1. tehr says:

        saya juga tak berapa tahu lagu2 baru ni

  14. Ismail N says:

    Syok aku tgk list pemenang tu. Teringat time Fran menang dulu. Juara Lagu atau Muzik Muzik yang pertama sekali… Semua agak excited. Channel TV tak byk, so satu kampung cite benda yg sama. He he..
    Ini kali ada yg tgk bola, ada yg tgk Raja Lawak, etc.. Aku pun sampai ter miss AJL ni sbb terlalu byk channel nak tgk. :D Harap dapat tgk ulangan nanti.

    Anyway, congrats kepada Ana Raffali. Harap2 ia dapat membuka minda kepada produser2 muzik kita agar jgn tgk rupa aje. Talents amat penting!

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      payah nak jumpa yang betul2 berbakat

  15. MDHAFiZ.NET says:

    wow.. info menarik.. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah How Targetted Traffic- Can Boost Your IncomeMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar catatan je, bro

      1. MDHAFiZ.NET says:

        ini memang informasi berguna…
        lain dr yg lain..
        kalau tengok kt blogger lain sibuk cerita tentang siapa menang ajl.. tp x ramai pulak cerita tentang sejarah ajl..dsb… :) :)
        MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah How Targetted Traffic- Can Boost Your IncomeMy Profile

  16. zik says:

    tahniah ana raffali, erm namapaknya sifu m nasir paling juara juga ya, menang dalam arena ajl nie..
    zik baru je tulis kisah Air mata seorang hambaMy Profile

    1. tehr says:

      namanya lagi sifu, zik
      mesti lebih dari orang lain :D

  17. Hafizul says:

    He he..tahniah Ana rafali..bangga I tau..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Teknik Penulisan Yang Betul Untuk Buat DuitMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun