Juara Badminton Terbuka Malaysia Perseorangan Lelaki

Juara Perseorangan Lelaki Badminton Tebuka Malaysia atau Malaysia Super Series dalam alaf baru ini banyak dimenangi oleh pemain Malaysia sendiri. Sejak tahun 2000 nama-nama yang tercatat sebagai juara ialah Taufik Hidayat, Ong Ewe Hock, James Chua, Chen Hong, Lee Chong Wei dan Peter Gade.

TAHUN PEMAIN NEGARA
2013 Lee Chong Wei Malaysia
2012 Lee Chong Wei Malaysia
2011 Lee Chong Wei Malaysia
2010 Lee Chong Wei Malaysia
2009 Lee Chong Wei Malaysia
2008 Lee Chong Wei Malaysia
2007 Peter Gade Denmark
2006 Lee Chong Wei Malaysia
2005 Lee Chong Wei Malaysia
2004 Lee Chong Wei Malaysia
2003 Chen Hong China
2002 James Chua Malaysia
2001 Ong Ewe Hock Malaysia
2000 Taufik Hidayat Indonesia

lee chong weiDatuk Lee Chong Wei muncul Juara Perseorangan Lelaki Badminton Terbuka Malaysia sebanyak sembilan kali. Pemain lain seperti Peter Gade [Denmark], Chen Hong [China], James Chua dan Ong Ewe Hock [Malaysia] dan taufik Hidayat dari Indonesia pula masing-masing sekali muncul sebagai juara.

Selepas era Lee Chong Wei nanti mungkinkah kita masih dapat bergembira dengan catatan nama pemain Malaysia sebagai Juara Perseorangan Lelaki Badminton Terbuka Malaysia. Hanya masa yang dapat menentukannya.

Datuk Lee Chong Wei muncul Juara Terbuka Malaysia 2013 setelah menewaskan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia 21-7 dan 21-8 dalam masa 32 minit sebentar tadi. Perlawanan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

TehrDemikian kisah 'Juara Badminton Terbuka Malaysia Perseorangan Lelaki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. akubiomed says:

    Tanniah kepada DLCW baru sahaja memenangi Juara Terbuka Malaysia.
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

  2. Saya tumpang gembira atas kejayaan Datuk Lee Chong Wee
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Berputiknya minat menulis sejak zaman sekolah.My Profile

  3. Nadot says:

    Yeay LCW menang!! tak sempat tengok tadi. Baru tau dr entry ni la.. tq..tq.. ;)
    Nadot baru je tulis kisah Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)My Profile

  4. Juan says:

    kan best kalau kita ada pelapis baru, sian LCW ajer yg kita harapkan
    Juan baru je tulis kisah Resepi Mana Sedap – Kailan Goreng atau Kailan Ikan MasinMy Profile

  5. maza says:

    Chong Wei sudah menempa nama sebagai LAGEND!.. hehehe

    tahniah Datuk!

    1. nazray says:

      betul2, tahniah dato LCW. 6 tahun berturut turut.
      nazray baru je tulis kisah Seronok bercuti di kampung.My Profile

  6. zool says:

    James CHua tu cam tak pernah kenal plak
    zool baru je tulis kisah Projek E-Novel :- Permulaan sebuah kisahMy Profile

    1. Kawe scroll down sebab rasa mesti ada yg post soalan mengenai James Chua. Agak tenggelam James lepas cemerlang sekejap di tahun 2002. Almost hilang dalam ingat kawe. Yg kawe ingat sikit dia beat Ong Ewe Hock di final. Pemain-pemain lelaki China tak main. Taufik kalah mengejut pada Lee Tseun Sen (ingat lagi???) dan Lee kalah pada James di semi.
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Giveaway: Win Michael Carrick’s Signed Shirt From The Liverpool GameMy Profile

      1. zool says:

        bro ni memang betul pengikut badminton la ni ek..
        saya memang tak dapat bayangan james chua ni.. tengah google jap
        zool baru je tulis kisah Kenderaan kotakMy Profile

  7. muktasim says:

    dah hampir 10thn dato LCW.. semua mengharapkan pengganti.. tapi samar2… :(
    muktasim baru je tulis kisah PROGRAM SECOND WAVE BLUE OCEAN POLICINGMy Profile

  8. daddydee says:

    Tahniah buat Dato Lee Chong Wei.
    daddydee baru je tulis kisah EPL #23 :Chelsea Lawan ArsenalMy Profile

  9. Bahrain says:

    Tahniah kepada Lee Chong Wei..
    Selamat Maju jaya dan semoga dapat Dapat mengalahkan Lin Dan pada sukan olimpik nanti (Kalo main)
    Bahrain baru je tulis kisah MAKANAN WAJIB SETIAP HARIMy Profile

  10. sazuwi says:

    kalau LCW menang tahun 2007, dah cantik lah rekod nie..
    sazuwi baru je tulis kisah Bumi Semakin PanasMy Profile

  11. Bro Zulkbo says:

    salam..
    wahh..tahniah Datuk Lee
    menang kali ke-9,memang
    buka calang orang tu :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Senarai Klinik Terlibat Ujian Saringan Kesihatan Percuma (HSP) PERKESOMy Profile

  12. aimannajmy says:

    Tahniah.. diharapkan ada pengganti beliau.. umur Datuk LCW pun makin meningkat
    aimannajmy baru je tulis kisah Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting YanMy Profile

  13. hafizmd says:

    Hanya 3 kali bukan pemain Malaysia dan Dato LCW akan kekal sebagai lagenda badminton Malaysia paling terbaik kita ada

    Tahniah dato LCW!
    hafizmd baru je tulis kisah 5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

  14. titan says:

    pehh..chong wei memang kuat makan cendol nih..
    titan baru je tulis kisah Titaniumface.com – Ni bukan blog gua.My Profile

  15. donnyien says:

    Tahniah LCW, kemenangan yang cukup bermakna buat beliau. Semoga ianya menjadi pembakar semangat buat athlet yang lain.
    donnyien baru je tulis kisah Aku masih seperti yang dulu, sahabatkuMy Profile

  16. Hamdan says:

    Tahniah Datuk LCW…

    Harap-harap akan ada pelapis yg bakal mengikut jejaknya.

  17. de engineur says:

    Tahniah LCW. Tapi hairan jugaklah Sony to dijinakkan dgn mudah saja oleh Chong Wei.
    de engineur baru je tulis kisah Micro-hydro to benefit Kg Tiku folks in PenampangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun