Jom Sesakkan Trafik

Konvoi keliling kampung dengan kereta dan motosikal sambil membunyikan hon. Bagus ke? Tolak tepi pada bahagian hiasan dan serba macam benda yang dilekatkan di atas kenderaan kerana kita tak perlu pun memberikan pandangan. Tapi telinga tetap juga akan diterjah dengan bunyi hon yang merosakkan ketenangan. Tak dikira bunyi ekzos lagi tu. Huh.

Barisan Nasional Pakatan Rakyat,
Ke hulu ke hilir bawa bendera;
Trafik sesak tak boleh disekat,
Mahu tak mahu terima sahaja.

Trafik blog ini pula banyak datangnya dari enjin carian iaitu sebanyak 78.9% sepanjang bulan lepas. Blog sabahat yang banyak menghantar trafik pula ialah mamasentimental, hafizmohd, cahayacinta, hairulafiz, apacerita dan papankekunci.

trafikOleh kerana avatar mamasentimental, hafizmohd dan cahayacinta telah pun ada di sebelah kiri sebagai rakan pengomen terbanyak, jadi aku letakkan avatar hairulafiz, apacerita dan papankekunci di sebelah kanan sebagai penghantar trafik. :D Terima kasih banyak.

Malam buta makan cekodok,
Enaknya lagi bersama udang;
Seronok kita boleh berseronok,
Jangan nanti susahkan orang.

Memang seronok bila sentiasa ada aliran trafik di blog atau di jalan raya. Tambah lagi bila melihat konvoi dari kedua-dua penyokong yang saling bersemangat. Tapi kalau sampai tiga, empat kali di laluan yang sama, aku tak nampak lagi di mana meriahnya. Sekadar menyesakkan trafik sahaja.

TehrDemikian kisah 'Jom Sesakkan Trafik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. cikgu naman says:

    Mesti jem di Klate..
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Bersyukurlah Dengan Pekerjaan KitaMy Profile

  2. eiela says:

    rasanya start mlm nih sesakla trafik kot.
    eiela baru je tulis kisah Pindahan Wang Kini RM0.10 SahajaMy Profile

    1. suri says:

      haaa… habislah saya cam alahai..

  3. onlajer says:

    besok petang baru boleh gerak balik
    onlajer baru je tulis kisah Download Ninja AffiliateMy Profile

  4. suri says:

    he jomlah..turun melaka centre!

  5. akubiomed says:

    Kesian kepada keluarga yang ada anak kecil. :-(
    akubiomed baru je tulis kisah Membeli bag kamera DSLR Caseman dari SuperbuyMy Profile

  6. titan says:

    biasalah tu. sampai ke malam jem ni nanti.
    titan baru je tulis kisah Contest Review Tak Terkalah.My Profile

    1. suri says:

      sy bali melaka awal dari sehari heee
      suri baru je tulis kisah Waktu Yang Masih BerbakiMy Profile

  7. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum….selamat mengundi buat semua rakan-rakan di sini..

    Kemudi jejak si batu gua,
    Mengundi bijak penentu ketua. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Raya Raya Raya…My Profile

  8. de engineur says:

    Itu belum campur yg konvoi malam2 buat bising tu. Takde faedah tul lah depa tu. Klu tak amik bendera yg dihulur, marah plak.

  9. Bila dah tahu keputusan nanti mesti sana sini sesak dan bunyi hon pasti kedengaran.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Macam Ni Rupanya CPUV NuffnangMy Profile

    1. suri says:

      sediakan kapas putih sahaja
      suri baru je tulis kisah Waktu Yang Masih BerbakiMy Profile

  10. Selamat bergerak ke tempat mengundi masing-masing kepada yang perlu berjalan jauh, hati-hati di jalan raya.
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Hidung Berair Berterusan Mungkin Kebocoran Cecair OtakMy Profile

  11. CutiMalaysia says:

    Selamat mengundi kerajaan yang membawa kebaikan. Hati2 di jalan raya..
    CutiMalaysia baru je tulis kisah Contest Blog Travel Cuti Malaysia & iGotravel.my : Hadiah Keseluruhan LEBIH Lumayan. Bernilai RM 1500++My Profile

  12. Bahrain says:

    hati2x memandu kepada sesiapa yang pulang ke kampung…
    dah jem traffik, sabo jelah…haha
    Bahrain baru je tulis kisah Lukisan Paling CantikMy Profile

  13. tak perlulah hon dan hon.. makin sakit hati org nak mengundi nanti….
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Manisfesto PRU13: Pakej Putu & Kek Akan Dilancar SerentakMy Profile

  14. hafiz says:

    tulah yg tak gemar tu jalan jem..
    hafiz baru je tulis kisah Car boot sale JBMy Profile

  15. tak boleh buat apa dah..semua dok ghairah nak mengundi..
    blackrosehunter baru je tulis kisah Kegunaan dan Kesan Sampingan Pil Pelangsing (Ubat Kurus)My Profile

  16. Asyrof Asri says:

    Sesak trafik perkara biasa di hari biasa. ;)

    Jangan disebabkan politik juga kita nak bermasam muka.

    Just rilex, cool .. :)
    Asyrof Asri baru je tulis kisah Join Blogger Contest Tanah ArabMy Profile

  17. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum semua… :)

    Masuk kereta kejar tak jadi,
    Sampai Perak terlebih lajak;
    Esok kita keluar mengundi.
    Pakai segak pilih bijak.

  18. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum :)

    Busuk tua merekah keladi,
    Keladi dibuang keladi paya;
    Esok semua memangkah undi,
    Undi dibuang undi rahsia.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Yang Lama Dan Yang Baru….My Profile

  19. UmmiKami says:

    Lagi ya.. :)

    Nesan tinggal di hutan banat,
    Lama tegak menanti tumbang;
    Barisan Nasional Pakatan Rakyat,
    Bersama menapak meniti ambang.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Yang Lama Dan Yang Baru….My Profile

  20. ciklaili.com says:

    bunyi hon sebagai tanda setuju.
    biasanya kaum Cina buat begitu di majlis perkahwinan..

  21. Along says:

    Dekat traffic light pun …..eurmm
    Along baru je tulis kisah Cerita LawakMy Profile

  22. Joe says:

    Sepatutnya kain rentang tak patut dipasang di jalan2 utama. Menyusahkan pemandu dan pengguna.
    Joe baru je tulis kisah Promosi Domain Murah Godaddy Mei 2013My Profile

  23. Pening Oo tengok ramai-ramai belarak.sikit2 ok

  24. Bro Zulkbo says:

    salam..
    memang sesak ramai nak balik mengundi..
    ermm..trafik blog, tahniah…banyak tu :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah 7 Langkah Mudah Pengundian Pada PRU-13 Tahun 2013My Profile

  25. MindaKini says:

    Trafik akan kurang pada jumat sabtu ahad
    MindaKini baru je tulis kisah Tips Berhenti MerokokMy Profile

  26. Hafizul says:

    Hehe..saya pun kadang-kadang naik serabut juga..tapi apa boleh buat..dah masing2 punya perangai..haha

  27. dja@sishaza says:

    Nak mengundi lain cerita pula jadinye kan…sesak kat jln undang bahaya,sesak kat blog alahai suka
    dja@sishaza baru je tulis kisah KEPUTUSAN TERKINI PILIHAN RAYA UMUM KE-13My Profile

  28. ingathanafi says:

    hon kalau di India perkara biasa..tiada hon perkara luar biasa.
    ingathanafi baru je tulis kisah Selamat Datang Ke Laman Rasmi Blogger IngathanafiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun