Jom Bayar Zakat

myzakatKeluarkan zakat atau bayar zakat tahun 1433 Hijrah / 2012 ini akan dapat tablet? Selepas makan sahur tadi aku nampak iklan “Nak Tablet?” Pusat Pungutan Zakat [MAIWP]. Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan gajet ini ialah LIKE facebook myzakat serta meninggalkan komen positif status mereka.

bayar zakat tuntutan agama
setahun hanya sekali sahaja
kepada asnaf berhak terima
membersih diri bersih harta

Mengeluarkan zakat adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang layak. Bukan sahaja zakat fitrah tetapi juga zakat pendapatan, perniagaan, emas, saham, KWSP dan wang simpanan.

Bagaimana mahu mengira atau mentaksir zakat pendapatan, perniagaan, emas, saham, KWSP dan wang simpanan? Mudah secara online di Pusat Pungutan Zakat [MAIWP].

“Ambillah [sebahagian] dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka [dari dosa] dan mensucikan mereka [dari ahklak yang buruk], dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan [ingatlah] ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [ Surah At-Taubah : Ayat 103 ]

nak tablet

Berapa harga zakat fitrah tahun 2012 / 1433 hijrah ini? Aku ada nampak pada blog Kulanz senarai kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia untuk tahun ini. Korang boleh cuba menjenguk ke sana untuk dapatkan maklumat. Kadar zakat fitrah 1433H / 2012 bagi negeri Kelantan ialah RM7.00 seorang.

TehrDemikian kisah 'Jom Bayar Zakat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


65 Comments

  1. Sama ehhh.. Di Sabah pon RM 7.00.. Harap2 sehari dua ni sempat ler menyettlekannya :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Handphone Di Sekolah?My Profile

    1. tehramuan says:

      Aku selalunya selesaikan di akhir ramadhan
      Tahun ini belum tahu, mungkin juga macam biasa juga

      1. Updated: Oppss. kawe msh belum settle kan lagi. Mck kureng amil2 tahun ni berbanding last year. Sama2 ler kita bayar di hujung Ramadhan cam ni bro.
        Btw, slow gak mengupdate blog bulan pose ni.. Sama ler kita lagi..
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tarikh Tayangan Filem Tanda PuteraMy Profile

      2. hafizmd says:

        ambepun akan settlekan sebelum balik bercuti…biasa ambe bayar dgn arwah abah yg dilantik amil..tp tidak lagi utk tahun ni…
        hafizmd baru je tulis kisah Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!My Profile

  2. Mus says:

    wah.. tawaran menarik..
    yang penting bayar zakat dengan ikhlas..
    Mus baru je tulis kisah 14 Bangunan Baru Yang Bakal Wujud Di Kota Kinabalu, SabahMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, mus
      selesaikan tanggungjawab dengan ikhlas

      1. hafizmd says:

        ameen…moga diterima amalan kita ni
        hafizmd baru je tulis kisah Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!My Profile

    2. suri says:

      ken aniat ingat asal ni wei heee

  3. mak lagenda says:

    Zakat fitrah mak dan anak2, en pokcik yg tlg bayarkan. Muahahaha..
    mak lagenda baru je tulis kisah KUIH PELITA AYAM??My Profile

    1. suri says:

      tu dh biasa mak heeee
      suri baru je tulis kisah Ingatkan Tidak Akan Jumpa LagiMy Profile

      1. tehramuan says:

        untung jadi isteri :D

  4. cikgu naman says:

    keno bayar kat sini ..takut xdan bayar kt klate…hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Go Hijau Go!!My Profile

    1. tehramuan says:

      molek tu, cikgu
      bayar sebelum balik cuti raya

      1. suri says:

        he kena set jam satu klu cma ni kisahnya
        suri baru je tulis kisah Giveaways Kedua dari Blog Cik TomMy Profile

  5. daddydee says:

    zakat fitrah pun tak bayar lagi. tunggu last-last skit…

    tahun ni bayar untuk 3orang pula
    daddydee baru je tulis kisah Kejamnya ManusiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      kebiasannya memang last2
      tahun depan ada peluang untuk 4 orang pulak, bro

  6. rahman says:

    biasanya mayar las minit :)
    rahman baru je tulis kisah Internet Explorer satu masa dahuluMy Profile

    1. tehramuan says:

      sama la kita
      hehe

  7. maza says:

    esok Jumaat..
    biasanya maza ambil berkat lepas solat jumaat terus bayar zakat.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Popia BasahMy Profile

    1. tehramuan says:

      kalau kat sini, rasanya belum ada yang bayar minggu pertama ni

  8. hatiputera says:

    Biasanya aku bayar disaat-saat akhir,,harap tahun ini dapat bayar awal sikit.
    hatiputera baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati Top 5 wwMy Profile

    1. suri says:

      pasal pe byr lmbat hee ni soal ni
      suri baru je tulis kisah Ingatkan Tidak Akan Jumpa LagiMy Profile

      1. tehramuan says:

        ramai yang ambil langkah bayar lamabat

  9. suri says:

    ni kes byr zakat sb wajib atau nak ipad heee
    suri baru je tulis kisah Kuatkan Tebing HatikuMy Profile

    1. tehramuan says:

      mana tau ada rezeki
      hehe

      1. hafizmd says:

        bayar ttp kita bayar, kalau ada rezki ipad…alhamdulillah
        hafizmd baru je tulis kisah Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!My Profile

  10. suri says:

    tahun ni byr kat ayah jelah heeee
    suri baru je tulis kisah Ingatkan Tidak Akan Jumpa LagiMy Profile

    1. tehramuan says:

      bayar, jangan tak bayar

      1. suri says:

        he sb ayah pegang resit dn kutip wet hee,,,
        suri baru je tulis kisah Karang GigiMy Profile

  11. Samalah tu, KL pun RM7 gak kan.
    Seronoknya klau dpt tablet tu ;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 1 Ramadhan 2012/1433H Bersama Irfan KhairiMy Profile

    1. tehramuan says:

      dapat percuma memang seronok
      hari2 pun ok je
      Hahaha

  12. titan says:

    selangor masih 7 ringgit lagi. :)
    titan baru je tulis kisah Malam ini aku sepi menyendiri.My Profile

    1. tehramuan says:

      nampaknya harga tak naik
      tak macam harga barang menjelang raya

  13. akubiomed says:

    Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga untuk melunaskan kewajipan zakat fitrah untuk tanggungan saya.
    akubiomed baru je tulis kisah First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : SharidawatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, bro
      dah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga

  14. mie says:

    zakat memang kena bayar…
    dah jadi tanggungjawab…
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Gambar Kebakaran Kapal MT Bunga Alpinia Di LabuanMy Profile

  15. makin mudah nk bayar zakat..menggalakkan org yg sibuk utk bayar zakat..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Giveaway JebengOtai : Hadiah Sudah SampaiMy Profile

  16. Nazri says:

    senang byr zakat sekarang, sms pun boleh

    CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya

    MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya
    Nazri baru je tulis kisah Kos rawatan swasta dijangka naikMy Profile

  17. ghost writer says:

    sape plak yang taja tablet ni? takkan pusat punggutan zakat lak yang nak taja. duit dapat mana ye dak..

    jangan miss bayar zakat, setahun sekali jer pun.
    ghost writer baru je tulis kisah memo IMy Profile

    1. hafizmd says:

      InsyaAllah, pasti bukan duit zakat =)
      hafizmd baru je tulis kisah Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!My Profile

  18. irsah says:

    1st iklan tu kuar, dah klik like dan komen… terasa macam satu kewajipan bagi sokongan plak. gi masjid baya tuk 2 orang jer tahun nih huhu
    p/s: suka baya kat masjid lepas solat, asa lain macam nikmat dariNya…ntah lah.. pernah asa begitu?
    irsah baru je tulis kisah Eyriqazz Vs Denaihati : Pendapat Team IrsahMy Profile

  19. terima kasih kerana mengingatkan bro..
    kekadang dgn kesibukan harian.. boleh terlupa perkara penting nie..
    saya biasa bayar kat hypermarket…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Idea Perniagaan Paling Mudah Setakat Ini Dari Pembaca Blog Hairul.comMy Profile

  20. amirulfaiz says:

    Tumpang tanya, Mr Tehr ni orang Kelantan ke?
    amirulfaiz baru je tulis kisah Tanpa udara, kita binasa.My Profile

  21. eiela says:

    a’a, thn nih kena byr zakat sendiri, n9 rm6.50
    eiela baru je tulis kisah Apa Jadi Dengan Cerita Eyriqazz VS DenaihatiMy Profile

  22. Norizwan says:

    setiap tahun selalu bayar zakat last2 minit seminggu sebelum raya huhu….terima kasih info bayaran zakat terikini…tertanya2 berapa bayaran zakat tahun ni….
    Norizwan baru je tulis kisah Sertai contest fesyen kanak-kanak comel Rm 3000My Profile

  23. Bro Zulkbo says:

    salam..
    selamat menunaikan kewajipan
    zakat fitrah tanggungjawab kita
    saya selalunya bayar dalam minggu ketiga
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Im Dong-Hyun Si Buta Pemecah Rekod Dunia Pertama Olimpik London 2012My Profile

  24. zool says:

    kadar zakat kat melaka RM6.50..
    belum bayar lagi ni.
    zool baru je tulis kisah Terima kad raya pertamaMy Profile

  25. cik tom says:

    byr zakat kat n9 la nmpk gayanya kali ni..hheee

    cikgu tehr… jemput join meriahkan GA cik tom ye.. http://www.ciktom.com/giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/
    cik tom baru je tulis kisah Panduan Lengkap Peperiksaan Akauntan Gred W41My Profile

  26. Manan Qayyim says:

    bayar zakat pun bolej dpt tab…. Maju…
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Anugerah "Google Adwords Training" Secara Percuma & Voucher AdWords RM300.My Profile

  27. Faizul says:

    Kat selangor pun RM7, tapi saya keje kat pahang. So rasanya RM7 jugak kot. Takpe, esok saya tanya ustaz kat tempat keje.
    Faizul baru je tulis kisah Jiran yang tak prihatinMy Profile

  28. Juan says:

    saya belum lagi membayarnya
    Juan baru je tulis kisah Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel PenangMy Profile

  29. Amirez says:

    resit bayar zakat dah dapat. tapi maybe seminggu dua lagi kot baru bayar…macam tahun2 sudah :)
    Amirez baru je tulis kisah Makruh Upload Gambar di Bulan PuasaMy Profile

  30. Norgadis says:

    Alhamdulillah… suami dah bayarkan zakat…
    Norgadis baru je tulis kisah Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan RamadhanMy Profile

  31. kakyon says:

    selangor rm 7. Seperti biasa en somi bayarkan :-)
    kakyon baru je tulis kisah tetiba jadi bz body pasal ASBMy Profile

  32. suri says:

    dulu tk bayr org tak kisah..skrg nak byr cam2 trcik org bt supay tanggjwb ini di anggap serius d wajib d buat sbnarnya sbg org islm
    suri baru je tulis kisah Giveaways Kedua dari Blog Cik TomMy Profile

  33. kimmie says:

    zakat jangan dilupa, sudah menjadi tanggungjawab kita
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 32: Saya ada 2…anda bagaimana?My Profile

  34. chii says:

    Cm skrg ni,ayah yg byrkan. X ingt area selangor kena brp. Apa pun, tunaikan zakat bg mereka yg berkelayakan :)
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #28 – Miss Little CinderellaMy Profile

    1. hafizmd says:

      Nanti sampai giliran en abang chii pulak yg ambil alih tugas tu =)
      hafizmd baru je tulis kisah Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!My Profile

  35. topijerami says:

    bagus la kalau da bayar zakat
    topijerami baru je tulis kisah Lee Chong Wei Layak Ke Final Olimpik London 2012My Profile

  36. Kulanzsalleh says:

    Nilai zakat fitrah di Kelantan sama macam di Sabah, RM7..
    .. terima kasih juga bro kongsi link :)
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Final Olympic Badminton London 2012 Lee Chong WeiMy Profile

  37. hafidz says:

    waktu cuti hari minggu nanti saya nak pergi menunaikan zakat la ;)
    hafidz baru je tulis kisah Ramadhan 1433 Hijrah – Minggu KeduaMy Profile

  38. ProfHariz says:

    Penang pun RM 7 :)
    ProfHariz baru je tulis kisah Koleksi Lagu Raya AidilfitriMy Profile

  39. topijerami says:

    masi dibawah tangunag keluarga la :)
    topijerami baru je tulis kisah Setahun Berblogging dan pengalaman dalam masa setahunMy Profile

  40. Khidhir says:

    nasib da bayar da. johor rm 8 kot
    Khidhir baru je tulis kisah Menghubungkan Debit Kad RHB dengan PaypalMy Profile

  41. zik says:

    johor 8 ringgit….setiap tahun naik…
    zik baru je tulis kisah Duit raya 2012, korang dapat berapa??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun