Joget Dendang Remaja

dari Tumpat ke Kota Bharu
hajat di hati nak beli udang
sungguh cantik puteri Melayu
wajah manis indah dipandang

lenggang lenggok indahnya seni
dendang remaja nama diberi
pusing kanan dan pusing kiri
ingatlah ingat pada Illahi

dari Kelantan ke Kuala Lumpur
hajat di hati nak beli kain
laki perempuan usah bercampur
sebelum majlis nikah dan kahwin

lemah lembut bencinya hati
dendang remaja nama diberi
sesat kanan dan sesat kiri
kembali pada jalan Illahi

dari Malaysia pergi ke Bali
hajat di hati rehat seminggu
salah wanita relakan diri
merana badan menanggung malu

Nota: rumah kosong… lori kosong… tong kosong… otak kosong… jiwa kosong…

TehrDemikian kisah 'Joget Dendang Remaja' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun