Elektrik Percuma

Kata Takrif Sumber
jelaga benda hitam yg terjadi drpd asap pelita dsb. Kamus Pelajar Edisi Kedua
tidak keruan tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau. Kamus Pelajar Edisi Kedua

waktu malam gelap gelita
sebelah siang panas terik
pasang obor pasang pelita
rumah tiada bekalan elektrik

Anak-anak zaman sekarang mungkin sekali ada yang belum pernah berpeluang menyalakan pelita atau menikmati pengalaman membersihkan lubang hidung yang penuh dengan jelaga hitam. Ada sesiapa yang pernah alami pengalaman seperti ini? ;)

sudah terang bersuluh pula
bil elektrik melambung tinggi
sekali blackout bekalan tiada
semua kerja tidak menjadi

Dalam kehidupan sekarang kita sangat bergantung kepada bekalan elektrik. Orang-orang lama yang pernah menulis, membaca serta membesar dalam asap pelita juga sudah tidak keruan apabila sesekali bekalan blackout. Tak tentu arah dibuatnya. :(

bil elektri tak perlu dibayar
bilik terang berhawa dingin
rumah beratap panel solar
pagar bertiang kincir angin

Agaknya begitulah kehidupan kita di masa akan datang apabila setiap rumah masing-masing mempunyai panel solar atau kincir angin sendiri. Pintu pagar guna elektrik, bergerak ke mana-mana dengan kereta atau basikal elektrik, peralatan rumah termasuk dapur juga semuanya menggunakan tenaga elektrik. Seronok kan? :D

elektrik pilihan

Gambar ini saya rakam ketika melawat Kuching Waterfront hujung tahun lepas. Bolehkah nanti ianya menjadi kenyataan?

TehrDemikian kisah 'Elektrik Percuma' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


54 Comments

  1. mie says:

    Susah nak jumpa kincir angin kat Malaysia ni..
    nak pasang kat belakang rumah nanti..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Macarons From Angel Cupid KitchenMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dapat pasang satu pun dah cukup, bro
      kurang2nya tak le bergelap bila blackout

      1. Cik Siti says:

        kalau nak tengok kincir air lak jom ke melaka… (promosi lak)
        Cik Siti baru je tulis kisah Rakan sekelas yang mencuit hatiMy Profile

        1. tehr says:

          melaka?
          rasanya dah lama juga tak ke melaka
          kalaulah ada kesempatan

          1. mie says:

            tunggu cik siti kita buat majlis..
            barulah boleh sampai ke melaka..
            eehehee
            mie baru je tulis kisah Macarons From Angel Cupid KitchenMy Profile

            1. tehr says:

              elok sangat tu
              sama la kita berdondang sayang :D
              sediakan pantun2nya nanti, bro

    2. Cik Siti says:

      dondang sayang…. nanti tunggu kalau Cik Siti terima menantu…
      Cik Siti baru je tulis kisah Bijaknya anak-anak sekarangMy Profile

  2. Bg org ICT spt aku, ant Tenaga Elektrik dan Bekalan Air…
    Aku lebih rela terputus Bekalan Air drpd Tenaga Elektrik….huhuhuhu
    aktechpage.com baru je tulis kisah 5 Blog Paling Kerap Di Lawati 2011My Profile

    1. Mus says:

      rela tak elektrik dari tak ada air..
      Mus baru je tulis kisah Aksi Baring- Potong &amp TangkapMy Profile

      1. tehr says:

        payah nak mandi, bro
        hehe

    2. tehr says:

      orang yang dah kawin ni
      lebih penting air berbanding elektrik, bro :D

  3. saya pernah ade pngalaman guna pelita minyak tanah..masa tu blackout pastu baba pergi curik pelita ayam punye..teheee..tp xsmpat berjelaga lubang idung sbb gelap2 sonok tdo sambil bergurau senda dgn adek beradek..hehe

    1. tehr says:

      kesian ayam tu
      dah la rabun :D

  4. padin says:

    aku ada pengalaman masa mula2 pindah perak
    1993 – 1998 keluarga aku guna pelita pastu pelita karbait
    sebelum masuk elektrik dan air..

    sebelum gi sekolah, mak suruh bersihkan jelaga di lubang hidung hee

    1. tehr says:

      haha
      sempat juga rupanya bro padin cuci jelaga
      pengalaman indah semua tu, bro

      1. padin says:

        aku bersyukur, sempat rasa banyak suasana yang berbeza
        kalau banding dengan rakan sebaya aku yang lain..

  5. benjy says:

    setiap kemajuan yang dibina adalah untuk kebaikan … dan yang untuk kejahatan halanglah ia … sememangnya rakyat mahukan kemajuan untuk kebaikan generasi akan datang…

    p/s: dinamo gergasi untuk hasilkan elektrik setiap 10 buah rumah … lama ke lamaan TNB gulung tikar … hehehe
    benjy baru je tulis kisah B3NJY MENANG PERCUTIAN 8H 7MMy Profile

    1. tehr says:

      elok juga tu, bro
      satu taman satu sistem pun dah ok
      minta pemaju sediakan

  6. tanpa elektrik macam mana tengok LIVE MU?
    kalau blackout tadi tak dapatla tengok kemenangan lewat MU ke atas everton
    tengkorak emas baru je tulis kisah Design Exhibition Part 15 Glory Movie PosterMy Profile

    1. Ismail N says:

      Kalau blackout tadi.. bengang separuh mati.. :D
      Ismail N baru je tulis kisah Sikap Bertolerensi Dalam PerkahwinanMy Profile

      1. tehr says:

        hehe
        tunggu liga inggeris ke, bro? :D

    2. LiFe KaMi says:

      takpe yang penting time arsenal main tak blackout..hehe

      1. tehr says:

        asal saja time MU main tak blackout :D

    3. tehr says:

      malam tadi menang lagi, TE
      dah dekat benar nak juara ni :D

      1. kita bakal menjadi juara di hadapan penyokong sendiri nanti :)
        tengkorak emas baru je tulis kisah Design Exhibition Part 15 Glory Movie PosterMy Profile

  7. akubiomed says:

    Emak saya pernah mengunakan lampu minyak karbaid atau lampu minyak tanah itu pun bila black out sahaja.
    akubiomed baru je tulis kisah Filem hantu seram yang diingatiMy Profile

    1. tehr says:

      karbaid tu ok sikit, bro
      tapi yang minyak tanah, memang hitam
      hehe

  8. Ismail N says:

    Walapun ada letrik, lilin kena ready bro. Area sini selalu jer bekalan terputus.. Nasib baik time bola LIVE, selalu OK. Mungkin budak2 TNB pun byk tinggal sini.. So time bola pastikan semuanya OK. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Sikap Bertolerensi Dalam PerkahwinanMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      kala time bola blackout
      memang sakit hati

  9. jambatan gantung jatuh lagi,
    walaupun kononnya projek esklusif,
    tiada elektrik ok lah lagi,
    dari hidup dikelilingi radioaktif.
    insan marhaen baru je tulis kisah Langit Tidak Jadi Hujan PetirMy Profile

    1. tehr says:

      radioaktif memang bahaya
      dulu dah berlaku di rusia
      sekarang jepun pening kepala
      kita pula jangan tempah bala

  10. zik says:

    dulu kalau takda elektrik guna pelita apa ntah … tapi bukan pelita jaya ya… hehe
    zik baru je tulis kisah Kelakar- mari belajar menggunakan bazookaMy Profile

    1. tehr says:

      safi sali dah ke pelita jaya :D

  11. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Yamaha 135lc dan penjagaan

    Honda ex5 dan Honda wave

    kena pergi holand baru jumpa kincir angin…. yupppp dulu masa dok kampung zaman kecil selalu guna peliter karbait ajerr

    Malam-malam pasang pelita,
    Pelita dipasang atas peti.
    Kalau sudah bagai dikata,
    biar berjasa sampai mati.

    tengok lilin membakar diri
    gelap kelam cuba disinari
    tiada untung hendak dicari
    hanya cahaya mahu diber
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      gelap kelam cuba disinari
      biar terang alam semesta
      hanya cahaya mahu diberi
      agar kita sentiasa bekerja

  12. zulkbo says:

    salam..
    rumah saya ni elektrik
    selalu okey..tak bermasaalah
    cuma air je..selalu tak de..
    adehhh..dalam sebulan mesti
    ada 2 kali..alasan rumah pam
    zulkbo baru je tulis kisah Akta Hak Cipta 1987 – Undang-Undang MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      air pun masalah juga tu
      rasanya lebih penting dari elektrik kalau kat bandar
      kat kampung ni kami ada perigi :D

  13. ghost writer says:

    rasanya aku pernah alaminya…sangat sunyi dan terlalu awal nak masuk tidur..sebab tak tahu nak buat apa…

    1. tehr says:

      memang mati akal juga, ghost
      kita memang dah biasa sangat dengannya

  14. Mus says:

    saya pun baru perasan masa balik raya lepas.. mmg menarik kincir angin ni..
    Mus baru je tulis kisah Kisah Sekolah ‘Pulau’My Profile

    1. tehr says:

      mulanya aku juga tak perasan
      memang bagus dan memang banyak duit negeri sarawak ni
      hehe

  15. Cik Siti says:

    saya pernah alami kehidupan tanpa elektrik. masa tu Cik Siti darjah satu. tinggal dengan nenek. bila bangun pagi masing-masing gelakkan masing bila tengok lubang hidung yang hitam…
    Cik Siti baru je tulis kisah Rakan sekelas yang mencuit hatiMy Profile

    1. suri says:

      klu ggi putih nmok gii jer..malangnya gigi tak gosok jadinnya nmpk itam sklu keh..keh..

    2. tehr says:

      haha
      jangan lupa cuci masa mandi sebelum ke sekolah :D

  16. suri says:

    sy punya kluga sederhana je hee..tpi masa tu sslu gak kg sy takd er leterik..mau gak2 mlm2 pakai pelita..

    bila dah boring amik ketes bakarkan dg api heee…

    last2 kena mrh dg mak hiiii

    1. tehr says:

      kerja bahaya tu, suri
      boleh terbakar langsir tu

  17. toyol says:

    bila emua pkai letrik..
    bimbang nnti ramai mati krn renjatan letrik..
    toyol baru je tulis kisah MABUKMy Profile

    1. tehr says:

      pulak!
      haha

  18. Sir Marcello says:

    berjelaga akibat pelita? time raya jer lah dapat…itu pun dulu2…kalo sekarang nak pasang pelita pun pikir dua tiga kali..takut kaler rumah jiran berjelaga…kereta kaler putih jadi hitam…kekeke
    Sir Marcello baru je tulis kisah Orang Kata Botak Itu SeksiMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      tu la pasal
      anak2 sekarang dah tak kenal jelaga :D

  19. bEe says:

    Zaman skang nyalakan pelita waktu RAYA tu… :-)
    Kalau balik kg plg meriah. Ada mcm2 jenis pelita yg dipasang :-)
    Mcm kat kg bEe ada pertandingan kampung plg cantik & meriah tau! Seronok tgk umah org yg berhias mcm2 ;)

  20. Chybee says:

    kalaulah orang malaysia lebih peka pasal isu sumber tenaga mcm org Germany ni…tapi chybee yakin Malaysia dh ke arah tu kan :)

  21. Norgadis says:

    Kalau dulu guna pelita tu perkara biasa je tapi klu zaman sekarang… fikirlah sendiri hehehe…
    Norgadis baru je tulis kisah Santai Puisi Perwila Sabtu IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun