Jepun Layak Dipuji

Dua kali ketinggalan tetapi Jepun masih tidak berputus asa. Semangat juang yang ditunjukkan sama seperti sewaktu dan selepas Perang Dunia Kedua. Malam tadi Jepun berjaya menundukkan Qatar 3-2, tuan rumah Piala Asia 2011 biar pun diberi tentangan hebat.

dulunya jepun aku tak sukashinji kagawa
kerana perang dunia kedua
sembilan belas empat puluh dua
sesuka hatinya attack malaya

ubi kayu makanan biasa
apabila jepun menjadi raja
rakyat hidup dalam sengsara
silap sedikit potong kepala

tetapi jepun menyerah kalah
bila bandarnya hancur musnah
sekarang jepun telah berubah
mula mencari ilmu berfaedah

kemajuan jepun segenap segi
bijak dan mahir dalam teknologi
seluruh dunia cemburu di hati
amerika pula semakin dengki

Itulah semangat orang Jepun. Kalah dalam Perang Dunia Kedua tidak menghancurkan mereka, malah mereka bangkit dengan cara baru untuk terus menggugat pencabar-pencabar mereka. Memang banyak yang boleh dipelajar dari negara matahari terbit ini untuk kemajuan diri.

TehrDemikian kisah 'Jepun Layak Dipuji' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. Ismail N says:

    Tulah susahnya cikgu.. Bende yg baik cam ni kita tak mahu belajar dari Jepun. Tapi yg buruk2 mcm Tokyo drift tu mahu lak belajar.. :D
    Tapi team Jepun mmg power. Final Jepun v Korea Selatan (ramalan blogger ni) .

    1. MDHAFiZ.NET says:

      betul3…. teramat lah setuju….
      mcm negara eropah jugak.. yg buruk jugak nak diambilnya.. rempit lah.. bohsia lah..bohjan lah… apa lah.. aku masih dara lah.. haiz…
      parah2….bangsa aku… :)
      MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

      1. akubiomed says:

        Dekat Eropah mana ada bohsia dan merempit dekat Malaysia sahaja yang ada. Mat Salleh sana banyak pakai motorbesar mana ada rempit motor moped
        akubiomed baru je tulis kisah belum PUAS 8 tahun akhirnya kebocoranMy Profile

        1. tehr says:

          adakah orang kita ni lebih besar angan2 dari kebolehan? atau lebih besar harapan dari usaha?

  2. RedBoys says:

    jepun sekarang sudah maju dengan teknologi. mereka jauh kedepan. malahan dicemburui seluruh dunia.
    RedBoys baru je tulis kisah Kalau Sudah MalangMy Profile

    1. MDHAFiZ.NET says:

      betul tu.. usa pun cemburu….
      MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

      1. akubiomed says:

        Mata sepet ada bersebab supaya mereka berusaha lebih untuk membuka mata seluas-luasnya :-)

        1. tehr says:

          betul tu, bro
          mereka buka mata dan buka minda secara serentak

    2. akubiomed says:

      Disebalik kemajuan Jepun mempunyai masalah perancangan keluarga mungkin satu hari nanti akan diganti dengan robot

      1. tehr says:

        hehe
        memang masalah besar tu
        sayang robot melebihi anak sendiri

  3. Cik Siti says:

    semangat mereka memang tidak pernah gentar
    Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Bermadah Pujangga oleh Ben AshaariMy Profile

    1. tehr says:

      semangat kamikaze tu

  4. Indonesia memang harus banyak belajar dari jepang. .
    ada-akbar.com baru je tulis kisah Mencari Peluang Bisnis di InternetMy Profile

    1. tehr says:

      memang benar
      malaysia juga sama tapi belajar perkara yang baik2 saja
      perkara buruk, jangan

  5. abgreds says:

    Teringat pasukan berani mati Jepun dalam Pearl Harbour…banzai..!
    abgreds baru je tulis kisah Rahsia kahwin Kahwin rahsiaMy Profile

    1. tehr says:

      unit serangan khas angin ketuhanan
      mereka memang berani mati untuk negara

      ~budak2 kita berani mati atas jalan raya :(

  6. MDHAFiZ.NET says:

    semangat org jepun memang kuat.. setelah hancur musnah ekonominya apabila 2 bandar hiroshima dan nagasaki di bom.. tapi sekarang??? semuanya berubah…. 2 bandar yg musnah itu sebagai pembakar semangat utk berubah….
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

    1. tehr says:

      mereka sentiasa belajar dari kegagalan dan kesilapan

  7. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..memang tinggi semangat
    juang mereka…ala-ala “harakiri”
    kalau kalah mati..jadi takut mati
    la tu..BANZAIII…
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Nikah Ayu Raudah Dan Zakuan Kami Berkongsi JurunikahMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      betul tu, mereka tak suka kalah
      akan buat apa sahaja asal tak kalah

  8. akubiomed says:

    Semangat juang yang tinggi menjadi pembakar semangat untuk bangkit dari ketinggalan

    1. tehr says:

      bangkit dari kegagalan tu yang mustahak, bro
      tak la gagal selamanya

  9. deCrewz says:

    Sebab itulah ramai pelajar malaysia dihantar untuk mencari ilmu disana.. hajatku ke Jipun tuk bljr x kesampaian…he3

    1. tehr says:

      ambil segala yang baik2 dari jepun
      yang tak baik jangan pula jadi ikutan :D

  10. padin says:

    bak kata pepatah,
    yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan,
    padin baru je tulis kisah Coret – Coret BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      betul sangat2 tu, bro
      pesan orang tua2 tu :)

  11. Wan Perlis says:

    org melayu patut contohi semangat mereka

    1. tehr says:

      semangat memang sedia ada
      cuma melayu ni mudah lupa
      hehe

  12. bisk says:

    kamikaze!!!

    berani mati punya….berjuang sehingga ke tiupan wisel yang terakhir.
    bisk baru je tulis kisah black swan-its more than passionsMy Profile

    1. tehr says:

      malam tadi pengadil dari malaysia yang tiup wisel
      bangga juga la :D

  13. cikbelog says:

    suka semangat jepun yang mengekalkan bahasa ibunda nya
    cikbelog baru je tulis kisah daripada korang jadi Hipokrit baik jadi HippopotamusMy Profile

    1. tehr says:

      bahasa jiwa bangsa
      kan cikbelog, kan?

  14. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang hamba Tumpang lalu

    aku rasalahhhh jepun ni semangat dia ni lain macam tauuuu

    bukan utuk duit semata tapi maruah negara TUUUU….

    BUKAN GANJARAN TAU ATAU KEJAR GELARAN
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Curi kereta Pencuri keretaMy Profile

  15. sud@is says:

    Malaysia pernah melancarkan kempen pandang ke timur
    tapi adakah bertul2 pandang atau terlepas pandang
    jepun semakin maju dan makmur
    apahal malaysia asyik berperang
    sud@is baru je tulis kisah Besarnya Jasa ItikMy Profile

  16. kakyong says:

    memang kagum dgn org Jepun.. depa sgt bersungguh dlm apa jua yg diusahakan…
    ade teman blog yg belajar di Jepun.. ade juga dia kongsikan taska anaknya.. sgt2 bagus sistem yg mereka gunakan…
    kakyong baru je tulis kisah Pulut kuning vs menukar nama anakMy Profile

  17. huhu… kalau boleh kita contoh macam jepun tu kan tehr, mesti negara kita ni dah maju lama da…

    tapi kena la tengok jugak, dari segi apa kita nak contohi sesuatu tu kan.. :)
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Webcam With Google TalkMy Profile

  18. mie says:

    jepun mengamalkan pendirian tersendiri..
    memang kagum dengan cara diorang…
    mie baru je tulis kisah Paskal Selamatkan MT Bunga LaurelMy Profile

  19. suri says:

    org jepun mmg bijak dlm bab teknologi mahupun disiplin kerja..

    orang kita jer cam lemau huu.. kerja2 sllu memonteng hiii

  20. suri says:

    ingatkan kt atas pic pelakon korea tadi nghee…

    teus ingat keje kat kilang honda pagi2 kena bersenam

  21. Norgadis says:

    Apa yang baik tu kita ambil, tak kisahlah dia orang apa sekali pun, tapi yang sebaliknya tu kita tinggalkan saja….
    Norgadis baru je tulis kisah Love Award Untuk Blogger PilihankuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun