Jenama Barang Nama Allah

Rosak. Bagi Mr Tehr langkah ini adalah satu langkah yang sangat silap dan sangat rosak. Dapat diperhatikan semakin bertambah pula minat untuk menjenamakan barangan dengan menggunakan nama-nama Allah. Semua tahu 99 nama Allah, kan?

Mr Tehr bukan mahu membincangkan mengenai hukum menggunakan nama-nama Allah ini pada barangan kerana Mr Tehr bukanlah orang yang layak memberi hukum. Cuma Mr Tehr fikir dan nampak ianya adalah sangat tidak sesuai. Nampak juga sebagai tidak sopan.

Ambil satu contoh barang yang dihasilkan, dijual dan digunakan oleh pengguna berjenama AL-QUDDUS. Cuba bayangkan kalau barang yang digunakan itu adalah sabun mandi. Elokkah sabun mandi yang ada ditulis perkataan AL-QUDDUS digunakan untuk menggosok dan membasuh punggung? Bagaimana pula kalau barang itu sepasang kasut? Bukankah rosak bila satu nama yang suci dan agung berada pada tapak kasut yang dipijak sehari-hari?

Mr Tehr berharap sangat agar kerajaan tolong tengok-tengokkan perkara ini. Buatlah apa yang patut dan sesuai sebelum terlambat. Tak molek ni.

TehrDemikian kisah 'Jenama Barang Nama Allah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. mie says:

    betul tu!!
    penamaan juga penting…
    yang penting berfikir sebelum bertindak..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #11 Star CruiseMy Profile

    1. Mus says:

      nama juga melambangkan peribadi
      Mus baru je tulis kisah Gambar Kerapu Bara SempornaMy Profile

  2. Kebanyakan yang buat produk yang guna nama macam ni adalah yang bukan Islam, hanya bertopengkan orang melayu sebagai tuanpunya. Kedai makan “melayu” pun dah banyak yang tuanpunya sebenarnya bukan Islam. Malaysia mengejar “Halal” produk sehingga lupa bahayanya sesuatu perkara kecil yang terlepas pandang.
    Malaysia Coin baru je tulis kisah 1 sen siri keduaMy Profile

    1. Mus says:

      mengambil kesempatan di atas kelemahan penguatkuasaan undang-undang.. halal haram jadi taruhan
      Mus baru je tulis kisah Jom Meriahkan Ekspo Pertanian Putatan 2012My Profile

    2. hafizmd says:

      tp yg ada sekarang di pasaran al-J*****, pengasasnya Islam. Sudah ada yg timbulkan isu sebegini, tp dipandang sepi.
      hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #15 Sama Tak SerupaMy Profile

      1. yas says:

        rasanya kena war2kan baru derang faham kot…
        yas baru je tulis kisah KERETA POLIS PERSONA DILUAR NEGARAMy Profile

        1. lunaticg says:

          rasanya kat newspaper ada cerita gak pasal perkara ni dulu. Setahu saya ini masalah “tiada kuasa” di antara jabatan kerajaan. Cuma penjual perlulah bertindak atas moral yang baik dalam isu ini.
          lunaticg baru je tulis kisah Blogtalk challenge: Malaysia coin cardMy Profile

  3. shraqs says:

    Elok sangat Mr Tehr ketengahkan isu macam ni. At least pihak bertangjwb tu ambil inisiatif untuk bertindak. Jangan sampai makin menjadi2.
    shraqs baru je tulis kisah Google Drive Diumumkan Secara RasmiMy Profile

    1. Mus says:

      kita kena sebarkan info ini..
      biar semua orang sedar agama kita dipermainkan melalui jenama-jenama begini
      Mus baru je tulis kisah McDonalds Tawau Kini DibukaMy Profile

  4. azura says:

    saya ni cikgu kurang faham jika tak jelas lagikan perlu visual kadangkala…kalau ada contoh faham sikit…kira produk barangan guna perkataan nama-nama Allah swt sebagai setrategi marketingla ni…
    azura baru je tulis kisah Aku tak percaya cinta bersatuMy Profile

    1. Mus says:

      banyak 99 nama Allah yang kita kena pertahankan daripada digunakan sewenang-wenangnya begini.
      Mus baru je tulis kisah Penari Cilik Di Atas LepaMy Profile

  5. hafidz says:

    Hal2 begini semakin meluas la. memang nak lebih berhati-hati la sekarang. fuh~

  6. Juan says:

    betul juga kata kamu mr tehr, saya setuju
    Juan baru je tulis kisah Download John Carter Movie 3D MediafireMy Profile

  7. Norizwan says:

    kadang kad kahwen pun ada camtu….buiang camtu jer….
    Norizwan baru je tulis kisah [Video] Letupan Meteor di Nevada CaliforniaMy Profile

  8. suri says:

    berdosa bt main2 nama yng semulia itu

    1. Mus says:

      memang betul tu suri
      Mus baru je tulis kisah Hati-Hati Melalui Jalan Telupid – BeluranMy Profile

  9. suri says:

    bila ada yng tk ambil pusing jadilah begini…sebaliknya ada pula tahu cuba buat tak nampak

  10. kulanz says:

    ada yang sengaja guna jenama macam tu.. sama ada sengaja atau memang tak tahu kita tak pasti..
    tapi bagi orang yang tahu kenalah hati-hati dalam memilih jenama keluaran atau barang yang hendak dibeli..
    kulanz baru je tulis kisah #Wordless Wednesday: DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

  11. segalabenda says:

    ha’ah betul la kata bro tu…tak terpikir pulak aku sebelum ni, biasanya isu-isu besar seperti penggunaan nama Allah tu kita jelas..tapi benda-benda macam ni yang terlepas pandang
    segalabenda baru je tulis kisah Apabila isteri hamilMy Profile

  12. rahman says:

    perlu tindakan segera.. benda begini tak boleh di buat main..

  13. dinar says:

    Salam. Mr Tehr…perbuatan ini memeng tersangat-sangat tidak patut. Orang kita ini tunjuk sikap islamik tak kena gaya..
    dinar baru je tulis kisah Mungkinkah emas akan mencecah USD$2000/oz pada 2012??My Profile

  14. yas says:

    Kalau terlalu ambil mudah sangat ttg bende2 begini…. ni la akibatnya…setuju juga dgn bro tehr tu…sau lg pihak pendaftar syarikat kena ada undang2 la ttg mende nih
    yas baru je tulis kisah Kerajaan Ayah Pin Di Warta SesatMy Profile

  15. sud@is says:

    betul tu tehr, skrg nama Allah tak lama lagi mungkin nama rasul plak…
    sungguh tak patut…..
    sud@is baru je tulis kisah Musibah sebagai ujian kesabaranMy Profile

  16. adamfaiz says:

    Kalau tahu tapi memandang remeh memang tak patut… kalau tak tahu..kena pihak pantau dan bagi tahu
    adamfaiz baru je tulis kisah WW 32 – What The Shit?My Profile

  17. mak lagenda says:

    Setuju Tehr…pihak berkuasa kena buat sesuatu. Halang benda ni dr jd penghinaan kpd kita umat islam.
    mak lagenda baru je tulis kisah WORDLESS WEDNESDAY : KOLEKSI TERBARUKUMy Profile

  18. bru juga terbaca artikel beri nama anak cth seperti al-rahman adalah tidak boleh..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday : IlusiMy Profile

  19. Mus says:

    mungkin pemberi nama tu buta ilmu..
    Mus baru je tulis kisah Pisang Goreng Cheese, Wajib Cuba Di SempornaMy Profile

  20. Betul tu.
    Tak sesuai sangat…………
    Cubalah cari nama yang lebih sesuai. Kan banyak lagi nama lain.
    Betul ke?
    Shasha Catering baru je tulis kisah Kenapa Perlu Belajar Memasak?My Profile

  21. ProfHariz says:

    Saya pun mula perasan dengan jenama-jenama yang dinyatakan oleh bro sejak kebelakangan ini. Nak berniaga pun perlulah kaji betul-betul. Tambahan pula dengan nama allah untuk barangan yang tidak sepatutnya. Kadang-kadang rasa sedih pun ada dengan sikap manusia zaman skrg ni
    ProfHariz baru je tulis kisah Permohonan Praktikal Dan Latihan Industri Di Pulau PinangMy Profile

  22. iza says:

    Assalam..
    Betul tu. Setuju sangat2.
    Nama orang pun tak boleh ambil semata-mata nama Allah, kena tambah Abdul/hamba di depan.
    iza baru je tulis kisah Teruja Main Kaki Sendiri: Wordless WednesdayMy Profile

  23. Norgadis says:

    Kita sepatutnya menjaga kesucian nama2 Allah swt…

  24. Sebut Nama2 Allah swt pun dapat pahala.. Harap kerajaan sensetif dengan penjenamaan barang yang mungkin ada udang di sebalik batu.. motifnya nak mencemarkan nama baik Islam

    sesat arah haluan jalan
    penunjuk arah semua sama
    harus pantau barangan jualan
    Motif jahat sebalik jenama

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    sport rim rs watanabe

  25. akubiomed says:

    Pengguna perlu jadi mata dan telinga untuk menyalurkan informasi jika berlaku perkara-perkara sebegini supaya tindakan dapat diambil.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012My Profile

  26. kena pilih baik2 produk zaman ni. pengilang pon majoritinya bukan islam, so faham2 lah..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Program Pengurus Kediaman – Siapa Mahu Jadi Pembantu Rumah?My Profile

  27. Cikgu Hairul says:

    Ini dah jadi macam satu trend. Samada pihak berkuasa belum maklum atau dah maklum tapi buat-buat tak maklaum kurang pasti. Ditakuti nanti dah melarat baru nak ambik tindakan. Masa tu, politikus rakus la akan dapat manafaat.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Duit Gaji Bukan Kita PunyaMy Profile

  28. zool says:

    Tak sepatut jadi camtu..
    Bro kalau boleh letak gambar sekali..
    baru ada bukti untuk diketengahkan isu ni
    zool baru je tulis kisah Keputusan perlawanan AFC Cup 25 April 2012 – Terengganu vs Song Lam Nghe AnMy Profile

  29. b3njy says:

    Persatuan pengguna melayu muslim perlulah memaklumkan kerajaan jika mengesan perkara seumpama ini, kalau setakat induvudu yang bersuara memanglah susah.
    b3njy baru je tulis kisah BENJY CUTI PANJANG SEBELUM CUTI SEKOLAHMy Profile

  30. titan says:

    hoho..banyak dah aku jumpa. ada gak tegur orang kedai..tak tahulah..ni semua marketing diorang ni..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 4 dari TipsPTD.comMy Profile

  31. Ad-Dien says:

    penghinaan kepada asma’ Allah azzawajalla.
    Ad-Dien baru je tulis kisah Sumpah Dalam Islam, Hukum Dan AdabnyaMy Profile

  32. donnyien says:

    taktik sesetengah peniaga untuk melariskan barang.. huu

  33. chii says:

    kadang2 nama yg diguna pakai sekadar tangkap muat je..tanpa memikirkan maksud nya
    chii baru je tulis kisah Penyakit Baby KuningMy Profile

  34. cik tom says:

    nak amik untung je..dah tak fikir dah nama jenama tue bersesuaian ke tak..
    cik tom baru je tulis kisah Panduan Bisnes Cupcake dari Rumah Cara MudahMy Profile

  35. Ladfe Amir says:

    hanya Allah sahaja yang sempurna dan layak dipuji. menggunakan nama Allah utk tujuan jualan mcmni sepatutnya dielakkan.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Gembira Tidak TerkataMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun