Jauh Perjalanan

jauh perjalananLeganya bila dapat kembali semula ke rumah selepas seminggu membuat perjalanan jauh. Dalam seminggu, Mr tehr bermalam di empat buah negeri [Kuching, Dengkil, Mantin dan Kuantan]. Memang meletihkan apabila hanya Mr Tehr seorang sahaja yang memandu.

beberapa hari dalam berpergian
blogku sunyi tiadanya catatan
sahabat ke sini dalam kehampaan
tertahan hati dicengkam kerinduan

Pertama kali Mr Tehr menggunakan khidmat Firefly dari KLIA – Kuching pergi dan balik. Selesa tanpa sebarang masalah. Itu sahaja yang boleh Mr Tehr dikatakan. Ketika di Kuching, Mr Tehr tidak ke mana-mana, bermalam di Batu Kawa dan hanya selesaikan apa yang patut sahaja.

sibuk sendiri berbagai tujuan
ke sana ke sini arah perjalanan
berjalan berhenti selesai urusan
kutulis entri pengubat kesunyian

Pulang dari Kuching, Mr Tehr dan keluarga bermalam di rumah anak sepupu di Dengkil. Besoknya, bertolak ke Melaka untuk menyelesaikan sedikit urusan Mrs Tehr. Sempat juga jalan-jalan di Bandar Hilir dan membawa anak-anak melawat Muzium Samudera. Susahnya nak dapatkan tempat letak kereta di sini, tidak seperti beberapa tahun dahulu.

banyaknya kereta di bandar hilir
ramainya orang mundar mandir
tetamu nan jauh berkunjung hadir
pengayuh beca senyuman terukir

Selepas tengah hari kami meneruskan perjalanan menuju Mantin untuk menziarahi sahabat yang sama-sama bertugas di Sarawak dahulu. Malam itu kami bermalam di  Mantin. Besok pagi, bergerak lagi menuju Kuantan melalui Muadzam Shah. Kami singgah bermalam di Kuantan untuk menziarahi adik ipar dan anak saudara pula. :D

jauh perjalanan luas pandangan
banyak bergerak badan keletihan
saling berkunjung penuh kemesraan
bertambah erat tali persaudaraan

Alhamdulillah, Mr Tehr dan keluarga selamat tiba di kampung petang semalam. Walau pun membawa notebook dan broadband sepanjang perjalanan, tetapi keletihan menghalang Mr Tehr untuk menjenguk sahabat semua. Hanya hari ini sempat menjenguk blog dan menulis entri ini. Tak sangka pula Nuffnang beri BE [Milo Redemption LR] kepada blog ini.

TehrDemikian kisah 'Jauh Perjalanan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. Cik Siti says:

    wah… seronoknya dengar jalan-jalan cuti sekolah. banyak le beli ole-ole, kan?

    1. tehr says:

      tak sempat nak beli apa pun, cik siti
      sekadar lepas duit tambang je
      haha

      1. Mus says:

        insyaallah.. lain kali pergi bercuti lagi… boleh beli ole-ole
        Mus baru je tulis kisah Cerita Kanak-Kanak Dulu-Dulu Yang Makin DilupakanMy Profile

  2. Cik Siti says:

    Cik Siti kalau balik Melaka memang tak pernah jejak kaki kat bandar hilir. dengan jammednya, dengan parkingnye…. kalau berjalan pun banyak ke air keroh… kena lak sekarang ni musim pesta air di Melaka. lagi le…

    1. tehr says:

      memang pun sangat sesak
      tapi nak buat lagu mana lagi
      dah anak2 nak naik kapal :D

      1. Mus says:

        tak pernah lagi sampai ke Melaka..
        Mus baru je tulis kisah Pantai Rang Bulan ‘Permata’ Kota BeludMy Profile

        1. Cik Siti says:

          jom le pegi… macam-macam ada…
          Cik Siti baru je tulis kisah Kehidupan di EstateMy Profile

    2. akubiomed says:

      Lah Cik Siti orang Melakau ker? Belah mana? :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Petang tunang dan malam pun tunangMy Profile

      1. Cik Siti says:

        melimau…. akubiomed org sane jugek ke?
        Cik Siti baru je tulis kisah Kehidupan di EstateMy Profile

  3. Mus says:

    bestnya dapat ke Kuching..
    raya ni akan balik ke sana juga..
    Mus baru je tulis kisah Gelagat Anak-Anak Shopping BukuMy Profile

    1. tehr says:

      kami belum tahu lagi, mus
      nak raya kat kuching atau kat kelantan je

      1. Cik Siti says:

        main ooooo som je En Tehr … :) :)
        Cik Siti baru je tulis kisah Kehidupan di EstateMy Profile

  4. zulkbo says:

    salam..
    wahhh..jauh berjalan tu
    musim cuti sekolah ni lah nak
    berukhwah sesama saudara mara kan?
    nuffnang tu..tahniah..tak ramai blog dapat
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Petai Gergasi Di Temui Di Hutan Grik PerakMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sebenarnya dah lama saya tak memandu begitu jauh
      sakit segala urat sendi :D

      pasal nuffnang tu, hadiah musim cuti agaknya

  5. Ladfe Amir says:

    jauh perjalanan luas pandangan,
    luas pandangan berpengalaman
    bertambah pengalaman akan penuh ilmu di dada
    dengan adanya ilmu, pengalaman dan pandangan yg luas… segala usaha pasti akan dipermudahkan
    Ladfe Amir baru je tulis kisah BerjauhanMy Profile

    1. tehr says:

      ada orang kata;
      jauh perjalanan lenguh segala sendi badan
      hehe

  6. akubiomed says:

    Bro Tehr apa kata kita berehat duhulu. Kita minum dahulu Milo :-)

    1. tehr says:

      yups
      kita minum milo dulu
      dan terima kasih kepada nuffnang :D

  7. Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman.
    Selamat kembali Tehr. Semoga terus kembali berblog.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Celcom prepaid credit missingMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      perjalanan kami selamat
      walau pun beberapa kali tersalah arah :D

  8. Esempoi says:

    sampai ke sarawak tu
    memang sempoi
    Esempoi baru je tulis kisah Farmville NenekMy Profile

    1. tehr says:

      isteri saya orang sarawak :D

      1. suri says:

        sorang sarawak sorang kelantan mmg jauh heee..dh jodoh tu

  9. dnoBiz says:

    wah cuti cuti Malaysia nampaknya Tehr….
    Lepas ni akan kembali ceria nampaknya :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Ayat Power – Ayat cinta paling Power VideoMy Profile

    1. tehr says:

      minggu depan sekolah buka, dno
      20 jun ada ujian pertengahan tahun
      banyak kerja dok tunggu tu

      entri blog pun dah makin slow ni
      huhu

  10. kaizen says:

    baik punya berjalan~ hoho

    1. tehr says:

      sekali2 jalan2 memang meletihkan, bro

      1. suri says:

        sesekli melihat negeri org best gak heee…. dok mata jemu

  11. ghost writer says:

    memang dah agak bila mana tehr dah lama tak up entry..walaupun adakala lewat namun setiap hari masih boleh lihat entry tehr..semoga keluarga di sana beroleh kerahmatan.
    ghost writer baru je tulis kisah karakter murahanMy Profile

    1. tehr says:

      memang macam tu la, ghost
      banyak yang perlu dibuat dalam sehari
      kadang2 keliru juga, yang mana perlu diselesaikan dulu

  12. Affan says:

    wah jalan2 ye bro.
    Alhamdulillah semuanya selamat.
    Pasni blh lah aktif blk ye menulis hehe
    Affan baru je tulis kisah Evolusi dan Perkembangan Blog di MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah, semuanya selamat
      lepas ni tak tahu apa pula yang akan dihadapi
      terima je dan cuba selesaikan satu persatu
      mudah2an dipermudahkan segala urusan

  13. padin says:

    wah, memang patut pun time cuti2 ni pergi jalan2
    sambil2 menziarah keluarga lain hee :D

    1. tehr says:

      selagi masih ada kesempatan, bro
      letih dan seronok bercampur baur :D

  14. Gayahspears says:

    Memang betoi2 travel nih >_<
    Jgn lupa beli ole2 utk Gayah..hahaha
    Semoga bahagia di samping family tercinta…

    1. tehr says:

      nak beli ole2 apanya, gayah
      dah sampai ke rumah pun :D

  15. suri says:

    tu bro dtg melaka tak kasi tahu sama saya sini btk chalet murah2 huhu..

    1. tehr says:

      pergi sekejap je, suri
      kami tak sempat bermalam di melaka

      mungkin lain kali :D

  16. titan says:

    tahniah, akhirnya dapat juga BE. hehe..

    1. tehr says:

      akhirnya…
      ada ilham yang aku cedok dari blog bro tu
      hehe

  17. Ismail N says:

    kawe belum try lagi Firefly.. amacam servisnya bro? ok ker?
    Ismail N baru je tulis kisah Saman Dari BankMy Profile

    1. tehr says:

      servisnya memang ok
      paling penting tak perlu jalan jauh pikul beg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun