Jangan Bawa Masuk Barang Yang Dilarang

Besok 13.09.2011 [Selasa] akan bermula Peperiksaan UPSR 2011 bagi pelajar-pelajar Tahun Enam di seluruh negara. Peperiksaan yang memakan masa tiga hari ini akan berakhir pada 15.09.2011 [Khamis] nanti. Nampaknya semua sudah sedia bilamana pengawas peperiksaan juga telah pun melawat dewan dan kelas-kelas yang akan digunakan.

AMARAN

JANGAN BAWA MASUK BARANG YANG

DILARANG.

JANGAN MENIRU DAN

JANGAN BERI PELUANG MENIRU.

AKIBATNYA

KEPUTUSAN DIGANTUNG

DAN

DITAHAN DARI MENGAMBIL PEPERIKSAAN

PADA TAHUN-TAHUN HADAPAN

INGAT

INI MASA DEPAN ANDA

Diharap ibu bapa penjaga juga telah bersiap sedia untuk membantu anak-anak masing-masing menghadapi Peperiksaan UPSR ini. Awasi anak-anak dari perkara-perkara merbahaya, sediakan sarapan, seragam sekolah dan kelengkapan mereka yang sepatutnya. Dan jangan lupa duit belanja sekolah mereka!.

TehrDemikian kisah 'Jangan Bawa Masuk Barang Yang Dilarang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. adele says:

    semoga berjaya buat semua. kecut perut baca amaran

    1. tehr says:

      amaran biasa yang selalu ada di sekitar dewan, adele
      moga2 budak2 tu tak buat hal tak elok nanti
      malu nanti cikgu cikgi kat sekolah

      1. surihatiku says:

        jgan bawa hp cikgu…
        tpi bwk kp ker? slip angka giliran..
        saya pun dah lupa heeee
        surihatiku baru je tulis kisah Pengganti Serbuk PencuciMy Profile

        1. bEe says:

          Masa sekolah dulu bila cikgu bagi amaran perut dah start bergelora

          Tp skang ckp kat adik bukan ada apa2 pun :-P

  2. Cik Siti says:

    semoga berjaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan… Cik Siti pulak yang berdebar rasanya…. pencil box, buku, kalkulator memang dah menjadi antara barangan haram dalam dewan peperiksaan…
    Cik Siti baru je tulis kisah Jom Balas PantunMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 sekarang pun bukan boleh ada peluang
      memang mahu meniru gak tu

  3. padin says:

    hahah aku masih ingat UPSR aku 1-3 Sept 1998..
    masa tu je bapak aku anta gi sekolah..
    kalau tak, naik bas 7.40 baru sampai,
    padin baru je tulis kisah Teknologi Mengubah ManusiaMy Profile

    1. tehr says:

      aku masa sekolah tak pernah mak ayah hantar
      masuk darjah satu tumpang mak sedara
      huhu

  4. puteri says:

    teringat soalan BOCOR SPM yang hangat di laman facebook sekarang.. hehehe.. walaupun soalan tu SAH tidak sahih, namun keTEPATannya ada

    selamat menjawab buat semua murid2 di Malaysia
    puteri baru je tulis kisah cukai 6% prepaid diTANGGUHkanMy Profile

    1. tehr says:

      tiap tahun ada khabar angin soalan bocor
      upsr pun ada gak terdengar, puteri
      ntah la…

  5. iwan delaroc says:

    rilekss… upsr je baru
    iwan delaroc baru je tulis kisah memecah kerutinanMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      rilek2, baru langkah pertama je ni :D

  6. Cha'on says:

    takpe adik2.. upsr je kot.. hahha.. yang bakal amik upsr tue semoga berjaya.. bahaya jugak kalo kena tangkap meniru rupanya.. dulu kecik2 tak perasan pun..

    1. tehr says:

      meniru ni jangan nak belajar dan jangan diajar
      pengaruhnya memang tak baik
      memang kes rosak!

  7. Juan says:

    karap harap pelajar upsr buat yg terbaik esok

    1. tehr says:

      harap2nya macam tu la, juan

  8. Ummi Hanie says:

    haih…tetibe terindu pula zaman sekolah2 exam2 nih … ;)

    gudluck semua calon UPSR
    Ummi Hanie baru je tulis kisah Persiapan menyambut orang baru – Bgn. 1My Profile

  9. zulkbo says:

    salam..
    amaran nih..jangan buat main
    kena gantung..gelap masa depan
    adik2 oiii…
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah SIAPA PEDULI : Dana Buat Kanak-Kanak PalestinMy Profile

  10. zik says:

    semoga berjaya… upsr kacang jer tuh..hehe.. (tak dapat 5a pun)… pensel, pemadam, pembaris jangan lupa bawak!!!
    zik baru je tulis kisah Several Tricks To Help Select A Cordless Surround Sound SetMy Profile

  11. Baru gak kawe antar anak pagi tadi utk UPSR. Alahai tak baca lak bab amaran2 nie. Patut check blog cikgu malam tadi :D

    1. bEe says:

      Alamak bro… anak dah exam upsr…
      Alahai….
      Ni musti kalau dpt 5A buat jenduri doa selamat ;)

  12. Amirez says:

    semalam ramai betul student darjah 6 kat kedai buku. pakat beli pensel semua sampai beratur panjang kat kaunter yg cuma ada 1 je
    Amirez baru je tulis kisah Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 2My Profile

    1. surihatiku says:

      malangnya kat sek tak ada koperasi ke?
      surihatiku baru je tulis kisah Bumi Taif Mencermin PengajaranMy Profile

  13. ohcikgu says:

    hari ini mula upsr..hoho..soalan bm kefahaman memang mencabar budak-budak darjah 6 ni..
    ohcikgu baru je tulis kisah Selangor Menang dan Keputusan Rasmi Piala Malaysia 2011My Profile

  14. sud@is says:

    wauu amaran keras!!!!
    hati adik2 anak2
    jawab dengan tenang
    sud@is baru je tulis kisah Kesempatan Yang AdaMy Profile

  15. ohcikgu says:

    hehe..ada yang cuba meniru kerrr??? hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pelita Jaya beri lampu hijau kepada Safee SaliMy Profile

    1. surihatiku says:

      ada tang isyarat tangan heeee
      surihatiku baru je tulis kisah Doodle Summer Solstice Part IMy Profile

      1. bEe says:

        Main dadu pun ada
        Tp guna getah pemadam….

        hahahaha~~~ :-P

  16. bEe says:

    Ingat sebelum kena
    hikhikhikhik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun