Jambatan Tok Bali

tok bali

kalau datang ke negeri kami
dari terengganu hala ke mari
satu jambatan terjumpa pasti
diberi nama jambatan tok bali

jambatan ini sangat tinggi
kerana kapal akan melalui
dekat dengan sebuah jeti
buat nelayan rehatkan diri

jambatan tok bali

kecik dan besar bot berhenti
bawa tangkapan anak negeri
ikan yang segar banyak di sini
meriahnya rakyat berjual beli

kalau sesekali sempat bercuti
membawa anak dan juga isteri
singgahlah berehat di tok bali
alamnya cantik tenang sekali

sungai tok bali

TehrDemikian kisah 'Jambatan Tok Bali' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. adah says:

    dari jauh, jambatan tok bali tu macam tinggi je…tapi bile dah sampai atas, xde la tinggi mana…hehehe…

    p/s: ritu mse first time tgk jambatan tok bali tu, ayah excited tunjuk jambatan tue..kekeke
    adah baru je tulis kisah KerjaKerjaKerjaMy Profile

    1. tehr says:

      dari dekat pun tinggi juga, adah
      kalau bandingkan dengan jambatan rendah :D

  2. Ismail N says:

    Nampak tinggi benar jambatan tu.. tentu seram sejuk bila driving atasnya kan?
    Ismail N baru je tulis kisah PROMO- Kuwait Finance House Savings Account PromotionMy Profile

    1. suri says:

      skli pandang cam jambatan muar heeee

      1. tehr says:

        ya ke, suri?
        saya tak biasa dengan jambatan muar

      2. Ismail N says:

        Yup, ada iras-iras jambatan Muar.. cuma Jambatan Tok ni tinggi sikit.. mmm…memang nampak tinggi betul.
        Ismail N baru je tulis kisah PROMO- Kuwait Finance House Savings Account PromotionMy Profile

        1. tehr says:

          jambatan baru di sibu sarawak rasanya tinggi seperti jambatan tok bali ni
          jambatan muar saya tak biasa, bro

    2. tehr says:

      memang agak mendaki juga ni, bro

  3. padin says:

    ha’a nampak tinggi jambatan tu,
    memang tinggi ke bro?

    1. tehr says:

      katanya bot laut dalam perlu melauinya untuk ke jeti

  4. suri says:

    air yg tenang yg d sangkan ada buaya ngeee..

    1. tehr says:

      ada buaya darat berjemur kat pantai
      waspada selalu :D

  5. mie says:

    uihh!!!
    tetiba konfius plak..
    penah lalu ke x..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Holiday Giveaway 2011My Profile

    1. tehr says:

      kalau dari terengganu melalui pantai, memang akan melaluinya

      1. mie says:

        ooo..
        xperasan pula…
        hehehee
        mie baru je tulis kisah Holiday Giveaway 2011My Profile

        1. tehr says:

          ada masa terluang
          boleh berkunjung lagi nanti, mie

  6. Cik Siti says:

    rase-rase macam pernah lalu…. tapi tak pe… kalau pegi kelantan nanti boleh comfirmkan….
    Cik Siti baru je tulis kisah UNIFIMy Profile

    1. tehr says:

      silalah datang lagi, cik siti
      banyak chalet di sekitar tok bali ni

  7. benjy says:

    Yer betul tu, … saya dah pergi tok bali tahun 2003 jambatan tu dah siap … masa tu tidur kat ‘SEH-LEH’ tepi sungai tu … malam2 nengok nelayan bawa naik hasil ‘TUAIAN’ dari laut …. fooohhhh ‘press’ betu tangakapan mereka … lepas tu makan ikan bakar … balik ‘SHE-LEH’ terus pengsan sampai pagi baru terjaga … sweet memory betul … (harap2 orang2 yang memancing di kedua belah jambatan berhati2 dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ …)

    1. tehr says:

      silap2 dapat telinga penunggang motosikal
      hehe

  8. ghost writer says:

    aiseh..tak pernah terjumpa lagi dengan jambatan tok bali nih meskipun dah pegi ke 2-2 negeri…apakah ia penghubung antara 2 negeri tuh…

    janji kalau lepas nih berkesempatan,pasti akan diinjak kaki ke sana.
    ghost writer baru je tulis kisah sincere is the best poetryMy Profile

    1. tehr says:

      jambatan ni di kelantan dan sangat dekat dengan sempadan terengganu
      sebenarnya jalan pesisir ni, bro

  9. Mus says:

    cantik betul pemandangan dari atas jambatan tu
    Mus baru je tulis kisah Orang Kuat Sabah 2011My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, mus
      saya sendiri suka dengannya

  10. toyol says:

    tinggi la klau d bandingkn dngn jambatan sultan mahmud kt terengganu ni..
    lawa jg jmbtn tok bali ni ye..
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      kalau bandingkan dengan jambatan sultan mahmud
      memang jambatan tok bali ni perlu mendaki juga masa melaluinya

  11. Norgadis says:

    Nampak menarik pula gambar jambatan. Mesti seramkan kalau berada diatasnya…
    Norgadis baru je tulis kisah Perbincangan Pertama Setelah Bergelar SetiausahaMy Profile

    1. tehr says:

      memang menarik, nor
      memang agak tinggi

  12. kulanz says:

    tak pernah sampai Kelantan lagi ni..
    jambatan ni macam jambatan di Mengkabong, Tuaran.. memang tinggi juga
    kulanz baru je tulis kisah Buat Duit Online dengan Text Link AdsMy Profile

    1. tehr says:

      saya pula tak pernah sampai ke sabah :D

  13. akubiomed says:

    Bro ada orang memancing dari atas Jambatan? Ikan apa yang dipancing agaknya?

    1. tehr says:

      pasal memancing ni, aku memang tak tahu
      ikan siakap, mungkin :D
      agak je tu

  14. MuhdBurn says:

    baru balik dari pasar malam tok bali… hehe
    MuhdBurn baru je tulis kisah 10 Gambar Ilusi OptikMy Profile

Leave a Reply to tehr Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun