Jalan Pulang

Benarkah tiada jalan pulang?

Entri ini aku tulis selepas membaca beberapa blog dan akhbar online mengenai pemuda Melayu kahwin sejenis di Dublin, Ireland. Kalau benar berita yang dipaparkan, aku secara peribadi berharap agar beliau kembali dan bertaubat. Kalau salah, aku juga amat berharap beliau dapat memberi kenyataan untuk menjernihkan keadaan. Hidup dalam dunia ni memang banyak kekeruhannya.

berjalan-jalan di kandang hatijalan pulang
terpandang wajah bapa sendiri
di sudut ruang duduk menyepi
membilang nasib menyesal diri

berjalan-jalan di halaman hati
ada bisikan menyapa sanubari
sayang si ibu bersyarah berdiri
hidangan di kanan rotan di kiri

berjalan-jalan di pelusuk hati
mencari laluan pulang kembali
jalan nan lurus pedoman hakiki
mahukah diterima jasad begini

Aku sangat yakin, jalan pulang masih ada untuk kita dan sesiapa sahaja. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Betul tak? Tapi aku juga percaya memang sukar mencari jalan pulang, bukan sesuatu yang seronok dan mudah. Kalau kita sesat jalan, mungkin perlu meminta bantuan orang luar untuk menunjukkan arah, bukan orang dalam kelompok kita yang sama-sama terjerat dengan kita.

TehrDemikian kisah 'Jalan Pulang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. yas says:

    Dia ni tersilap masuk simpang kot…ye la dah banyak simpang yg dijumpai…tu yg tersilap tu…
    yas baru je tulis kisah Pesawat MIG29N Akan Dinaik Taraf?My Profile

    1. surihati_ku says:

      klu nak balik umh tak tahu jln payah gak hee jwbnya smpi bila tak akan smi umh heee
      surihati_ku baru je tulis kisah Biru Selang KelabuMy Profile

      1. tehr says:

        tu la sekarang ni ramai yang pakai gps
        senang nak cari jalan

  2. titan says:

    dia masih ada peluang bertaubat. Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat.
    titan baru je tulis kisah Evolusi Sinar Niaga 2011My Profile

    1. tehr says:

      pintunya sentiasa terbuka

  3. dinar says:

    perjalanan ini jauh sekali
    bersimpang-siur kanan dan kiri
    membuat insan terlupa destinasi
    lebih malang jika kita terlupa diri…

    nauzubillah..
    moga kita semua diampuni daripada semua kekhilafan sebelum dipanggil pulang.
    dinar baru je tulis kisah Apa istimewa-nya simpan/labur emas?My Profile

    1. tehr says:

      amin
      manusia memang tak dapat lari dari kesilapan
      manusia juga sentiasa diberi peluang membetulkan kesilapan

  4. Bawa kereta sangat perlahan
    pergi kerja naik besama
    Kawin Gay bukan pilihan
    Perkara dilarang dalam agama

    kapal masuk dalam limbungan
    membawa muatan barang jualan
    kerana nafsu hilang pertimbangan
    Harap kembali ke pangkal jalan

    Maaf lama tak singgah sini sebab saya cuti panjang
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip pilih sport rim

    1. tehr says:

      harap kembali kepankal jalan
      manusia sentiasa ada peluang
      kembali mencari di mana tuhan
      sebelum kita dijemput pulang

  5. Norizwan says:

    kesian…kalau benar berita itu…cepat2 la bertaubat…tapi dia dah biasa ngan hidup dia camtu….bahagia lak tu, bukan senang nak kembali ke pangkal jalan yang benar….
    Norizwan baru je tulis kisah Penduduk Hawaii pertama dapat kereta elektrikMy Profile

    1. tehr says:

      aku masih nak dengar apa kata kerajaan nanti secara sah

  6. chii says:

    selagi mana maut belum datang menjemput..insya Allah..dia masih sempat untuk pulang ke pangkal dan bertaubat..sama2 la doakan

    1. tehr says:

      moga2 begitu la hendaknya

  7. zulkbo says:

    salam..
    terlajak perahu boleh di undur..
    terlajak perbuatan…?itu bidalan
    lama..yang nyata..Allah Maha Pengampun
    moga beliau sempat bertaubat..
    zulkbo baru je tulis kisah Etiber Elchyev : Sudu Paling Banyak Di Badan ManusiaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      moga kita semua mendapat keampunannya

  8. surihati_ku says:

    ada satu lagu suri lupa..lagu jernih tu kumpulan amok ke sapa nnyi best gak..cam surh org pulang ke pangkal jln ker heee
    surihati_ku baru je tulis kisah Biru Selang KelabuMy Profile

    1. tehr says:

      lagu wali band tu pun bayak yang bagus juga

  9. surihati_ku says:

    5.30ptg sy nak pulang heee..cikgu cuti blh ar puilang umh lewat skit …hee bwk kluga jln2 mkn angin heeee
    surihati_ku baru je tulis kisah Biru Selang KelabuMy Profile

    1. tehr says:

      cuti ni tak ke mana2
      hanya gi sekolah dengan gi pekan je

  10. fiezaradzi says:

    de gak tgk tv pasal ni.. mungkin die lupa hakikat sebenar kot.. lau betul, sama2lah kita doakan die kembali ke jalan sebenar..

    harap2 kita pulak tak salah pilih jalan..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Imunisasi BayiMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 kita sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus

  11. sud@is says:

    jalan pulang luas terbentang
    asal diri mengaku kesilapan
    semoga diberi hidayah kembali kepangkal jalan
    sud@is baru je tulis kisah Aku Memang Pencinta WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      kembali ke pangkal jalan
      sebelum kembali menemui tuhan

  12. akubiomed says:

    Saya rasa ramai diluar sana sumpah serana beliau. Ada lebih elok memimpin beliau ke pangkal jalan. Kalau setakat “baling batu sorok tangan” tidak ada gunanya.
    akubiomed baru je tulis kisah Snek Pringles dan PopCorn untuk abang sayangMy Profile

    1. nurmisnan says:

      kita berharap masih ada lagi kawan2 beliau
      tarik beliau kembali bertaubat,… mudah2an..
      nurmisnan baru je tulis kisah Bismillah 6 dan 7 penawar ilmu sihir atau buatan orangMy Profile

      1. tehr says:

        yups
        harapan dan doa kita
        dan keluarga mereka

  13. yg sakit hatinya siap pakai baju melayu tu….
    benar2 menghina darah kepahlawanan melayu melaka…
    semoga dia bertaubat lah..
    Petua Emak Hot baru je tulis kisah Bayi kembung perut dan petua terbaik mengatasinyaMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      orang melayu tak cium lelaki dewasa kat mulut
      pelik je nengok

  14. nurmisnan says:

    Harapnya masih ada lagi esok untuk dia kembali ke pangkal jln.

    Hari ni keluar lagi kes beliau. Yang sedihnya kita dapat rasakan
    hibanya mak bapak beliau bila menonton berita tersebut..
    nurmisnan baru je tulis kisah Bismillah 6 dan 7 penawar ilmu sihir atau buatan orangMy Profile

    1. tehr says:

      harap mak ayah beliau serta keluarga banyak bersabar

  15. Juan says:

    aku yg sentiasa berusaha mencari jalan pulang, tp nk wat camner, xder cuti, bos x bagi, jgn marah yer tehr, hehhe
    Juan baru je tulis kisah Puncak Mutiara Cafe Kampung Pelet | Pulau PinangMy Profile

    1. tehr says:

      dah hujung tahun ni, bro
      dah elok sangat dapat cuti

  16. Bukan mudah mencari jalan pulang. Tapi sekiranya ada keinginan dan kekuatan diri di samping dorongan dan panduan daripada yang hampir dengannya, masih ada ruang dan peluang untuk kembali. Semoga diberikan petunjuk dan hidayah buat dia dan kita semua.

    1. tehr says:

      mudah2an kita juga sentiasa ditunjukkan jalan pulang

  17. kakyon says:

    kita sama berdoa..semuga terbuka hatinya untuk pulang kepangkal jalan..
    kakyon baru je tulis kisah sembang dengan cucu..My Profile

  18. selagi nyawa masih lagi dikandung badan, jalan pulang itu tetap masih ada
    sabree hussin baru je tulis kisah 5 Cara Mudah Menjana Pendapatan PasifMy Profile

  19. dnoBiz says:

    one wrong turn need another..
    tapi kalau dah terlampau banyak salah koner… tambahan pula koner baring… payah nak cakap
    dnoBiz baru je tulis kisah Pelajar Biadap – UPSI siasat pelajar ‘biadab’My Profile

  20. eiela says:

    tak tau nak kata, siap pakai songkok plak tuh. hope dia cepat-cepat bertaubat.
    eiela baru je tulis kisah Orientasi Pelajar – Best Ke Tak Best?My Profile

  21. Mus says:

    saya lebih tertarik pada gambar tu…
    baru sahaja melintasi papan tanda jalan tu semalam..
    Mus baru je tulis kisah Saya Suka Sayur-Sayuran KampungMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun