Hari ini sempat ke Pasar Satok, Kuching untuk membeli sedikit barang keperluan. Jarak dari Batu Kawa, tempat kami tinggal tak lah jauh sangat, hanya 4km je. Dengan bantuan Global Positioning System [GPS] kami dapat ke sana dengan mudah sekali kerana aku bukannya mahir dengan arah jalan di Bandaraya Kuching.
Banyak deretan gerai menjual ikan terubok masin di sini. Penjualnya pula hampir keseluruhannya lelaki, berlainan sekali dengan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu di mana gerai jualan lebih dikuasai oleh golongan wanita. Melihat cara bungkusan ikan terubok dibuat, pasti sekali pembelinya datang dari jauh.
pasar satok sungguh meriah
ada berbagai bahan rempah
cabai hijau atau cabai merah
daging ayam dan ikan basah
terubok masin paling digemari
dekat dan jauh orang membeli
dibungkus dengan bagus sekali
buat hadiah atau makan sendiri
tapi terubok banyak tulangnya
antara kita ada yang tak suka
biar pun sedap membuka selera
hendak makan punyalah seksa
Lucu sekali aku sewaktu hendak meletakkan kereta, tak ternampak pulak tiang meter parking seperti kebiasaan. Hahaha. Tapi tak kisah, hero tak pernah putus asa, kan? Setelah bertanya kepada salah seorang penjual prepaid, aku akhirnya dapat membeli kupon letak kereta yang dijual tak jauh dari Pasar Satok. Hanya terletak di hujung bangunan pasar je.
Selepas membeli 4 helai kupon dengan harga RM 1.00, aku menuju ke kereta semula. Ambil masa jugak aku nak tebuk kupon tu. Rasanya lebih senang guna duit syiling dari kupon ni untuk bayaran letak kereta. Lagi pun dalam poket seluar aku biasanya sentiasa ada duit syiling.
Kami tak beli pun ikan terubok masin kerana beberapa hari lepas kakak ipar aku telah membelinya. Tidak juga terlalu lama aku dan isteri jalan-jalan di Pasar Satok. Kami pulang melalui jalan yang sama dengan bantuan Global Positioning System [GPS] sekali lagi.
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah 'Jalan-Jalan Di Pasar Satok' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
salam..
member cina saya
kata pasar satok ni
kelawar,ular ,katak
pun ada jual buat
makanan..erppppp!!
zulkbo baru je tulis kisah Zul Yang Aku Kenali Abadi Romeo
salam kembali
memang ada dijual semua tu, zul
saya pernah jumpa
kawan2 siam saya di kelantan juga ada yang makan benda2 ni
heheh betul tu,
Kawan siam aku yang makan biawak pun ada…
Ps : yang paling ramai makan kawan
dnoBiz baru je tulis kisah Budak Sekolah – Video Budak Sekolah digilis kereta
orang melayu pun ramai yang makan kawan, dB
terubuk masin tu memang
popular di sana..tak tahu juga
mana stock banyak diaorang
ambik kan?
zulkbo baru je tulis kisah Zul Yang Aku Kenali Abadi Romeo
saya pun tak tahu dari mana datang stok mereka
memang tak pernah kehabisan
Yup, ikan terubuk mmg popular sgt. walaupun aku tak le minat sgt
Tapi ramai yang suka. Jiran aku org sarawak selalu bagi tiap kali dia pulang dari kampung.
terubok ni antara buah tangan popular selepas kuih lapis
lagi satu katanya..
buaya makan orang
orang makan buaya..
buat SATE..alahai..
ganas..
zulkbo baru je tulis kisah Zul Yang Aku Kenali Abadi Romeo
hahaha
lawak je tu
tak pernah dengar orang makan buaya
wah, makan sate buaya? seekor tu boleh buat stok 2 – 3 minggu sate tu ekekee
padin baru je tulis kisah padinno @ 2010
kah kah kah
mau patah gigi kunyak sate tu
uwek ..geli anak tekak saya..
satay buaya.jgn sate biawak dah lah. lg haru
dengar kata sarawak terkenal dengan kek lapis dan terubuknya…. teringin juga nak ke sana
Cik Siti baru je tulis kisah Malu Bertanya Sesat Jalan
memang macam tu la dengarnya, cik siti
saya pun suka kek lapis sarawak ni
adoyaii…sampai kena guna GPS lagi tuh…takkan owang umah tak tau jalan tehr..hihi.
ikan terubuk masin tuh memang membuka selera tapi tuh lar masalahnya kat tulang tuh.kena goreng garing sikit baru best.kek lapis sarawak tak bawa balik ker…?
bisk baru je tulis kisah lidah pencinta
masalahnya, bisk
isteri saya ni dilahirkan di kapit, dibesarkan di sibu, sambung belajar kat semenanjung
lepas tu kawin, pindah ke kelantan
terubok ni meman jenis banyak tulang ! leceh sikit nak makan
tapi kalau terubok mentah memang ada caranya sebelum nak siang agar tulangnya mudah dibuang ketika makan[kalau tak silap aku,disentap ekornya !]……penjual ikan biasanya tahu macam nak buat.
sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberry
memang macam tu lah cara kalau terubok mentah, bro
aku pun pernah dengar tips ni
Dengar ikan terubok yang nak buat ikan masih diimport kerana kekurangan ikan terubuk tempatan. Memang sedap walaupun banyak tulang apa digoreng memang ranggup.
Dulu saya terkena kerana difahamkan belacan sana antara gred yang terbaik saya apa lagi borong. Balik-balik mak marah, ‘Nko beli belacan apa ni buatan Melaka’. La tersalah beli. Sesat jalan tidak mahu bertanya ini akibatnya datang dari jauh beli belacan buatan Melaka. Pasan muka

akubiomed baru je tulis kisah Percubaan live blog melalui iPhone 3g
saya pun tak arif pasal belacan ni
tapi bungkusannya tak sama, kan?
kalau pasal budu, saya tau la
tak suka makan budu…cencalok pernah lah…
terubuk masin sedap…buat dengan gulai nenas pun sedap…
cikmin baru je tulis kisah Kari Daging Kerisik
kalau tak ada nenas, buah betik pun adi, cikmin
ingat lagi ikan terubuh masin hadiah dari kawan…
bila buka saja.,,,aku ingat ikan tu dah rosak sbb baunya…
sibaik x buang….tanya kwn2 memang camtu rupanya..
sud@is baru je tulis kisah Tanda-tanda Terkena Santau
hehehe
tak kenal maka tak cinta
Kalau kat kelantan memang Pasar basah di kuasai oleh kaum wanita…,
dnoBiz baru je tulis kisah Budak Sekolah – Video Budak Sekolah digilis kereta
come2 belako
yer..comel-comel belaka. rambang mata aku melihatnya.
jalan2 sambil mmbawa anak dan isteri terasa bahagia sugguh saat itu
lagi best kalau dapat bawa duit banyak2
mesra je para penjual
dah pindah ke Kuching ke…
ke bercuti ke sana,,?
kakyong baru je tulis kisah Prestasi kakyongdotcom @ 7 bulan
bercuti sambil berziarah saudara mara ni, kakyong
beli ole2 untuk saya ya!


puteri baru je tulis kisah sistem tender terbuka – Lim Guan Eng
mee kolok ke, puteri?
terubuk masin terbaik diantara semua ikan masin. lama dah tak makan. takde stock..hehe
kakyon baru je tulis kisah hilangkan panas badan bayi
fuh!!
macam2 ada tu…
semua dibedal ke..
heheee
mie baru je tulis kisah Bilakah Umur Ideal Untuk Berkahwin
nasibbaik ada gps kan. kalu tak..mengagaulah cari jalan
sedapnyer ikan terubuk masin…bro pos ikan tu utk Gayah boleh tak??? nak
golongan wanita lawan lelaki
buat bungkusan ikan terubok.
tempat letak kereta
kena bayar.
tempat kita kalau
tiang.bukan semua berfungsi.
Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premium
pernah sekali nak kena saman.
tiang yang rosak.bengang betul!!!!
Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premium
lain kali aku nak
bubuh kertas.
meter ni yang rosak la.
Ali ridha baru je tulis kisah Tukar tema wordpress ke premium
murahnya kupon RM1 sahaja.
Dah lama tak makan ikan terubok masin, teringin pula rasanya nak makan…
Norgadis baru je tulis kisah Hari Pertama Bercuti Di Kota Kinabalu
kat sabah tak ada kah, nor?