Pagi tadi Mr Tehr dan keluarga selamat tiba di rumah setelah tiga hari jalan-jalan berziarah ke beberapa tempat di pinggir ibu kota. Kami tiba di rumah adik ipar Mr Tehr di Paya Jaras pada pagi Khamis, rehat sekejap dan petangnya ke Selayang, menziarahi kakak Mr Tehr yang kurang sihat. Terserempak pula dengan abang Mr Tehr yang tinggal tidak jauh dari rumah kakak.
pergi ke bengkel menukar tayar
servis kenderaan kenalah bayar
lama di kampung mahulah keluar
jalan berziarah dan bersiar-siar
Malamnya kami bergerak ke Keramat, ke rumah seorang lagi kakak Mr Teh dan kami makan malam di sana. Selepas makan, kami gerak lagi, kali ini hala ke Cheras. Mr Tehr ada 3 orang kakak di Cheras tapi kami sempat singgah berziarah seorang sahaja. Pulang dari Cheras kami pungut langsat [sesat] sekitar Universiti Malaya, Bangsar dan Petaling Jaya.
[Tak guna punya GPS]
cahayanya indah sang matahari
tujuannya rumah masih jauh lagi
di genting sempah sarapan pagi
makan nasi lemak minum air kopi
Malam itu kami bermalam di Paya Jaras. Selepas solat Jumaat dan makan tengahari, kami berziarah pula ke rumah abang Mr Tehr di Sungai Buaya. Lewat petang kami bergerak pulang melalui Serendah dan Batang Kali. Sempat la tengok kereta kabel naik Genting. Kali pertama Mr Tehr menggunakan laluan ini. Walau pun berliku tetapi jalan adalah baik.
darilah timur hendak ke selatan
satu keluarga sebuah kenderaan
tak cukup tidur terlebih makan
moga selamat dalam perjalanan
Tiba di Kuala Krai, mata dah mengantuk pula. Kerana tidak mahu memandu dalam keadaan mengantuk, Mr Tehr cari tempat sesuai, matikan kenderaan di tepi jalan dan layan mata. Anak-anak dan isteri memang dah lama layan mimpi. Hampir subuh Mr tehr terjaga.
Selepas solat Subuh, kami sambung perjalanan lagi. Tu pasal la sampai di rumah bila matahari dah keluar senyum. Alhamdulillah.
Demikian kisah 'Jalan-Jalan Berziarah' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


Lah Sungai Buaya sudah dekat dengan rumah saya. Kalau hendak ke Genting mesti lalu kawasan perumahan saya melalui Rasa.
akubiomed recently posted..Bermandi hujan di Zoo Melaka
ya ke, bro?
kami bukan plan nak jalan2 pun cuti ni
tujuan utama hanya menziarah kakak je
salam..
patut ghaib sekejap dari alam siber..
dah agak dah mesti berjalan sempena
cuti CNY..cutikan seminggu..kalau tak
kemana apa kata sedara kan..
ramainya adik beradik..?anak keberapa?

kakak-kakak yang duduk di Cheras entah
saya kenal kut..almaklum dekat sangat
dah dengan Ampang nih
zulkbo recently posted..Kena Denda Di Sekolah Menjadi Pengalaman
salam kembali
adik beradik saya memang ramai, bro
14 orang semuanya
hanya 2 orang je yg menetap di kelantan
Jauhnya perjalanan. Itu kalau di campur semua sekali tu dah sampai ke Thailand dah tu kan?

lunaticg recently posted..Top 5 counterfeits stories
haha
letih yang tak terhingga
Alhamdulillah semuanya selamat.

Tumpang seronok jalan2
Shasha Catering recently posted..Pelancongan Unik di Guangzhou, China
alhamdulillah
kami selamat sepanjang perjalanan
wah..sakan cikgu kita beraya..habis satu kotaraya dipusingnya

adele recently posted..Kalau ada Lee Byung Hun Baru Layan Korea
pusing kotaraya sambil melawat kebun ‘langsat’
tergelak2 sengsorang cam kurang waras baca kisah kutip langsat.
pernah jugak alami pengalaman yang sama ngan gps..hehhh
lagi sakit hati,bkn mnyenangkan hidup…
cik izars recently posted..BIG Dinner Treat
dah banyak kali saya ke KL
dan biasanya sesat je memanjang
gps ni kali kedua guna
masih juga sesat tapi kurang la sikit
mungkin saya masih belum biasa dengan peta dan arahan gps
aku je dok rumah. layan tidur. hehe
titan recently posted..Lelaki kacak patut minum jus Monavie.
malam tadi aku layan tidur tepi jalan je
masih juga best tak terkata
mmg bagus menggunakan masa terluang utk mengeratkan silaturahim dgn saudara mara kan bro..

Hairul recently posted..First time saya menang hadiah dari blogger
sesekali bergerak, memang tak sempat habis nak berziarah
singgah mana yang sempat je
lain kali kita ke rumah yang lain pula, kan?
INi memang pusing habis nih.
shraqs recently posted..Network Solutions – Domain Kupon Kod Januari $4.95
belum habis lagi tu, bro
hanya 25% je tu
wah.. jalan-jalan banyak tempat tu..
Aku pun pernah sesat tahun lepas gara2 GPS.. dari Genting nak balik Putrajaya.. tak pasal2 masuk Universiti Malaya, hahaha
Apapun, syukurlah dah selamat sampai rumah
kulanz recently posted..Bumi berhadapan dengan ancaman asteroid
kena juga ke, bro?
aku fikir, peta yang ada dalam gps tu mesti diupdate
tu pasal la aku sesat
aku sempat buat pusingan u depan pintu pagar UM
haha
tu lah.. aku fikirpun gps tak update lagi.. aku tak sempat buat pusingan u, terus masuk dalam, hahaha.. memang seksa rasanya gara2 sesat tu
kulanz recently posted..Projek Cantas Dahan Pokok Kayu Manis
berhenti layan mata jangan di tempat sunyi… bahaya.. banyak penyamun sekarang ni
rahman recently posted..vertigo perubatan dan rawatan
yups, memang kena beringat juga tu
malam tadi kami singgah tidur dekat perhentian bas
alhamdulillah selamat sampai..
alhamdulillah
Jauh perjalanan tu bro…alhamdulillah semuanya selamat
yas recently posted..Paintball Bukit Cherakah – 28-01-2012
ambo tak pernoh sampa kelate lagi..huhu..
Ad-Dien recently posted..Star David, Baphomet dan Black Metal
Kami duk rumah mengemas rumah…:-)tak kuar ke mana pun. Saya pnah guna GPS tak pnah sesat lg huhu…search google map dlu lag bgus kan…
orang sibuk bercuti ,,tapi aku melekat kat rumah…hanya berjalan 10km persegi jer,,,
hatiputera recently posted..Live streaming Anugerah juara lagu 26
saya perasan kalau saya baca entri tehr ni walaupun yg bukan pantun, tapi saya baca berpantun. Aduh dah “terkena pukau pantun” dengan tehr ni nampaknya
ciksembang recently posted..Aqil di Motivasi Alihan Pelajar Day 1
aku dok rumah aje. penat..
titan recently posted..Lelaki kacak bila senyum-senyum..
sambil-sambil berjalan kutip langsat tu perkara biasa, saya pun akan sesat kalau first time pergi tempat tu, walaupun sebelum perjalanan, dah tengok google map, dah set gps, tp bila dah bergerak, mesti ada sesat juga sikit.
kimmie recently posted..Santai: Jusco kini di buka di Rawang
Alhmadulillah. Bila matahari senyum, cikgu juga tersenyum sambil terus start enjin =)
p/s-bila ada byk tmpat nak kena singgah….buah langsat mmg kena makan juga sebiji dua…hehe
hafizmd recently posted..Pengalaman kena denda di sekolah
..aduh tetiba terkenangkan sudah lama tidak berkelana jauh dgn berkuda yg satu itu.. huhuhu
minggu depan ini bercadang mahu balik kampung dgn berkuda sendirian seperti biasalah… lalalaa
maza recently posted..Najwa Latif, Cinta Muka Buku, Tutti Frutti, AJL ke-26,
ramai juga eh adik beradik cikgu stay di kl…cikgu je yg jauh dari mereka..heheh..