Jalan Bengkang-Bengkok

melalui jalan bengkang bengkok
kamu mestilah pandai membelok
pandangan hati, mata yang elok
hari semalam, hari ini dan hari esok

wahai Pemerintah alam ini
tunjukkan kami jalan yang suci
jalan lurus dan Engkau diredai
bukannya jalan yang Engkau benci

hidup kamu penuh cabaran
nikmat dunia terleka jangan
beringat berdoa kepada Tuhan
dirimu hanyalah hamba suruhan

perjalanan kamu arah yang satu
hindarkan jalan penuh berliku
andai terlena dan kamu salah tuju
malang dan rugi siap menunggu

wahai Tuhan Yang Maha Besar
kejutkan kami agar tersedar
tunjukkan arah jangan tersasar
jadikan kami hamba yang sabar

pilih dan tentukan jalan lurus
perjalanan kamu pasti terurus
mohon tetapkan hati yang tulus
kamu kan jumpa destinasi kudus

jalan bengkang bengkok
memang sangat tak elok!

Perlukah ada AES di sepanjang jalan bengkang-bengkok ini? Lagi pun kita sentiasa sangat perlukan peringatan dan didikan di sepanjang perjalanan kita.

TehrDemikian kisah 'Jalan Bengkang-Bengkok' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. onlajer says:

    nampak gaya nya tehr lebih memerlukan jalan yang lurus dari aes hehe
    onlajer baru je tulis kisah Berhenti Merokok Azam 2013My Profile

  2. betul tu. hidup aku sentiasa lalu jalan bengkang bengkok. aku nak luruskan sampai ke destinasi :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah sabtu santai : kerja kuat-kuatMy Profile

  3. UmmiKami says:

    Cangkuk jerung lautan berarus..
    Jeti berlabuh tongkang di teluk..
    Untuk mengharung jalan yang lurus..
    Mesti menempuh bengkang dan bengkok..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Hakikat…My Profile

  4. Kalau jalan bengkang bengkok ni rasanya dah dekat dgn kampung bujang lapok :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Hobbit – An Unexpected Long And Tiring JourneyMy Profile

  5. Arrazi says:

    Sedap pantunnya. Terima kasih. Menggunakan kreativiti bahasa untuk melembutkan jiwa.
    Arrazi baru je tulis kisah Review Buku “Leaving Microsoft To Change The World”My Profile

  6. titan says:

    jalan macam ni la budak-budak suka..hehe..

  7. hafidz says:

    pandu cermat jiwa selamat.
    dan selamat menjadi pemandu yang berhemah ya!
    hafidz baru je tulis kisah Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 6My Profile

  8. BUATBEST ? says:

    kdg2 elok juga jalan yang bengkang-bengkok ..kurang speed,kurang la saman aes..hehe

    `
    BUATBEST ? baru je tulis kisah Kejam ! Beruang Di Bakar Hidup-hidup !My Profile

  9. Hafizul says:

    Pantun ni ada kaitan dengan AES ekk..hehe..pantun ni ada aura nsihat jugak ni..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Isteri Minta CeraiMy Profile

    1. padin says:

      dalam pantun ada gurau,
      dalam gurau ada nasihat.. :D

  10. donnyien says:

    Hai bto tehr,
    ada jalan yang disangka lurus tetapi hujungnya menuju maut…
    donnyien baru je tulis kisah Perjalanan yang tidak di sangka-sangkaMy Profile

  11. kakyon says:

    tak perlu risau samada jalan bengkang bengkok atau AES. sikap pemandu tu sendiri yang kena tukar.
    kakyon baru je tulis kisah woods’..berkesannya..My Profile

  12. akubiomed says:

    Kalau jalan bengkang bengkok seronok ‘corner baring’ dengan motosikal. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Membidik lagi di Bandar Hilir MelakaMy Profile

    1. padin says:

      kalau terlebih layan, takut terjelepok kat bahu jalan ekekee

  13. Norizwan says:

    jalan bengkang bengkok ler ramai mat keta, rempit suka racing…rasa nya memang patut letak AES huhu…
    Norizwan baru je tulis kisah Hari keluarga Mess PDRM Gresysand Port DikcsonMy Profile

  14. padin says:

    kalau highway 800km lurus sangat,
    confirm lebih banyak angka kemalangan…
    samada pandu laju gila atau pon pemandu bosan dan mengantuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun