Jaki

Jaki adalah sebuah kampung di daerah pentadbiran Gmina Wasosz, di timur laut Poland. Kedudukannya kira-kira 28.6 km dari Grajewo, 42.2 km kilometer dari Lomza dan 91.5 km dari Bialystok. Korang pernah pergi ke Jaki?

Apa maksud perkataan jaki dalam Bahasa Melayu.

jaki berasa marah, meradang. Kamus Dewan Edisi Keempat

Keledek merah pucuk meranti,
Dimasak ketika tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
Biarlah hamba membawa diri.

Perasaan jaki, panas hati atau tidak senang hati boleh timbul kerana dihina, dikeji, diperlakukan kurang baik dan sebagainya. Perasaan yang boleh menyebabkan seseorang mahu berkelahi, bertumbuk atau mengamuk. Mungkin juga akan membawa kepada satu pembunuhan.

“Ayahanda, mengapa bersila di atas lantai? Nak baca doa selamat?”

“Tidak… Dok pikir apa nak jadi pulak…”

“Ayahanda marah?”

“Tidak.. seronok!”

Melihat budak-budak remaja bersikap kurang ajar kita jaki. Bila dipermain-mainkan kita berasa jaki. Melarang atau menegur dengan menuturkan kata-kata yg kasar juga kita jaki. Isteri masak sayur asam tak bubuh belacan pun kita jaki.

“Sampai hati kanda nak memancung dinda. Sampai hati kanda.”

“Sampai hati? Kau juga sampai hati membuat aku begitu. Bukankah kau tahu kesukaan aku ialah belacan. Kenapa kau masak sayur asam tak mahu campur belacan! Sekarang aku akan pancung leher kau.”

“Eh apa punya laki. Pasal belacan pun kau nak pancung dia ke?

“Syyyyyy. Syyyyyy.”

“Eh apa syyyyy? Engkau memang manusia durjana. Sanggup kau menggunakan kekerasan terhadap wanita.”

Kita sentiasa dianjurkan untuk menguruskan kemarahan sebaik mungkin. Jangan pula kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Marah ketika berdiri, kita duduk. Marah lagi, kita baring. Masih marah juga kita disuruh ambik wuduk dan kerjakan solat. Minta pertolongan daripada Pencipta kita.

Marah yang keterlaluan dan marah yang tak dapat dikawal memang bahaya. Kesudahannya tentu sekali tidak menggembirakan banyak pihak.

Anak Semabuk pergi Kelang,
Pokok belimbing tepi telaga;
Makin mabuk makin meradang,
Tersalah runding rosak binasa.

TehrDemikian kisah 'Jaki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. jaki…

    lama dah tak guna perkataan ni…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah selamat tinggal dunia bermain-mainMy Profile

    1. suri says:

      mesti dalam dunia ni ada org nama dia jaki kan

  2. azura says:

    nama orang ke tu
    azura baru je tulis kisah Tudung Syria VS Tudung PelangiMy Profile

  3. Mohd Shubhi says:

    Terima kasih. Saya sangkakan selama ini Jaki tu bermakna dengki…biasa kata, “Hang dok jaki kat aku apasal?”, maknannya dok dengki…salah rupanya.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Haq dalam kehidupanMy Profile

    1. zool says:

      sama kat tempat saya.. jaki tu cam dengki kat sini
      zool baru je tulis kisah Keputusan Piala Malaysia 18 September 2013 – Lions XII vs SarawakMy Profile

  4. Ingatkan apa la jaki ni. Hehe. Macam nama orang pun ada jugak.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Bersama PondanMy Profile

  5. Dja@SisHaza says:

    Boleh juga diertikan sebagai meluat atau menyampah
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TIPS KESELAMATAN PERJALANAN JAUH BAGI WANITA HAMILMy Profile

    1. suri says:

      banyak erti boleh di fahami
      suri baru je tulis kisah Mabuk ApaMy Profile

  6. Dja@SisHaza says:

    Bila dah menyampah, kita pun mula menyumpah-nyumpah. Ramai orang kita buat macam tu dalam laman sosial…jaki sikit menyumpah seranah. Akhirnya sumpah seranah makan diri huhu
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TIPS KESELAMATAN PERJALANAN JAUH BAGI WANITA HAMILMy Profile

  7. titan says:

    haha..selalu gak guna perkataan nih..

    1. suri says:

      ye ker kenapa saya tak perasa sedikit pun keeeee

  8. akubiomed says:

    Pertama kali dengan perkataan ‘Jaki’ ini. Nama tempat di Poland dan maksud meradang di bahasa Melayu.
    akubiomed baru je tulis kisah AkuBiomed akan lepak bersama Nuffies di MeeplesMy Profile

    1. suri says:

      dua perkataan yang baru di peljari hari ini, benar-benar manfaat
      suri baru je tulis kisah Pengalaman Mengisi Borang PenamaanMy Profile

  9. suri says:

    sekali bukan nama oranglah
    suri baru je tulis kisah Pengalaman Mengisi Borang PenamaanMy Profile

  10. papa mifz says:

    1st den dengar perkataan Jaki nih , daki biasalah dengar…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Sudah Tidak Sabar Hendak Bercuti Ke Johor BahruMy Profile

  11. hafiz says:

    Jaki kalau belah johor ni maksud dengki…
    hafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday 29 : Perencah mee bandungMy Profile

  12. Joe says:

    Tak pernah dengar lagi perkataan JAKI nie seumur hidup aku.
    Joe baru je tulis kisah Komisyen Ke-34 Dari JobdirumahMy Profile

  13. nazray says:

    dah lama tak singgah sini, maaf. Jaki tu nama orang kampung sy! hehe
    nazray baru je tulis kisah HIV boleh percaya ke?My Profile

    1. suri says:

      ha..baru komen kat atas sah ada orang nama di beri jaki. adakah itu nama samaran :)

  14. Hafizul says:

    Emm pertama kali dgr perkataan jaki ni..hahaha..lepas ni boleh la guna..haha..terima kasih bro..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #68 – Ayah Kena BuliMy Profile

  15. daddydee says:

    Selama ini saya ingatkan jaki tu jakun…terima kasih atas perkongsian ini…
    daddydee baru je tulis kisah Menulis Untuk Menjemput RezekiMy Profile

  16. Mak Lagenda says:

    Selama ni, pemahaman mak, jaki is dengki or iri hati. Err..x sama makna ke tehr??
    Mak Lagenda baru je tulis kisah ADIK TAK PUAS ATI!!My Profile

  17. ak ade kwan nama jaki huhu tak tau maksud die marah
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Hari Ini Kita Tolong OrangMy Profile

  18. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum cikgu… :)

    Selalunya belah-belah utara gunakan perkataan jaki ni, bermaksud dengki…. ^^,
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Oh….Oh…Malaysia..My Profile

  19. kakyon says:

    sebelah johor jaki ni ..maksudnya dengki/nyampah..
    kakyon baru je tulis kisah kenalan mayaMy Profile

  20. Lyn&Trade; says:

    Teringat satu watak dalam majalah Gila-Gila – Jaki Jipang.
    Kelakar dengan motor dia yang memang buat orang jaki dan rasa nak cabut handlenya yang tinggi.

  21. Ismail N says:

    Tambah satu lagi wehhh..
    Orang Bajau kat Sabah, (maaf ye org Bajau he he) susah nak sebut huruf ‘Z”. Oleh itu, kalau nama korang Zaki, dia orang akan panggil ‘Jaki’.. he he..
    Ismail N baru je tulis kisah Review of Vikingdom – The Blood EclipseMy Profile

  22. Rina says:

    Kalau dalam bahasa Indonesia tidak ada kata jaki, saya dapat ilmu dari anda nie
    Terima kasih
    Rina baru je tulis kisah How To Create And Build XML Sitemap / RSS Feed Files For WebsiteMy Profile

  23. Kecoh.Org says:

    Wahh! info yang amat bermanaafaat. baru saya tahu apa itu jaki. haha..
    Kecoh.Org baru je tulis kisah Kecoh Fakta Mengenai Pasir HisapMy Profile

  24. Macam nama kampung kat Malaysia pun ada. Kg Jaki.
    de engineur™ baru je tulis kisah How many people can use a café’s Wi-Fi at once?My Profile

  25. ohcikgu says:

    budak-budak sekolah selalu gak cakap benda nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Isu masalah penempatan Graduan DPLI GSTT 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun