Besok dah mula hari persekolahan selepas cuti hari raya. Ada yang masih mahu sambung cuti? Raya sikit-sikit dah le dik! Ujian Pencapaian Sekolah Rendah [UPSR] dan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah [PMR] dah dekat sangat ni. UPSR akan bermula pada 13.09.2011 hingga 15.09.2011 manakala PMR pula akan bermula pada 04.10.2011 dan akan berakhir pada 11.10.2011 nanti.
pakai selipar di hari raya
kerana kasut tak muat kaki
ujian pmr nanti bermula
sudahkan adik siapkan diri
Jadual Peperiksaan PMR 2011 :
| TARIKH | MATAPELAJARAN | MASA |
| 04/10/2011 | Bahasa Melayu Kertas 1 | 08.10 – 09.10am |
| Bahasa Melayu Kertas 2 | 09.50 – 11.50am | |
| Pendidikan Islam Kertas 1 | 02.30 – 04.30pm | |
| 05/10/2011 | Bahasa Inggeris Kertas 1 | 08.10 – 09.10am |
| Bahasa Inggeris Kertas 2 | 09.50 – 11.20am | |
| Geografi Kertas 1 | 02.30 – 03.45pm | |
| 06/10/2011 | Science Kertas 1 | 08.10 – 09.10am |
| Science Kertas 2 | 10.30 – 12.00pm | |
| Sejarah Kertas 1 | 02.30 – 03.45pm | |
| 10/10/2011 | Mathematics Kertas 1 | 08.10 – 09.45am |
| Mathematics Kertas 2 | 10.40 – 12.25pm | |
| Kemahiran Hidup Bersepadu | 02.20 – 03.50pm | |
| 11/10/2011 | Bahasa Arab Kertas 1 | 08.10 – 10.40am |
| Bahasa Cina Kertas 2 Bahasa Tamil Kertas 2 Bahasa Punjabi |
08.10 – 10.10am | |
| Bahasa Iban Kertas 2 Bahasa Kadazandusun Kertas 2 |
08.10 – 09.25am | |
| Bahasa Cina Kertas 1 Bahasa Tamil Kertas 1 Bahasa Iban Kertas 1 Bahasa Kadazandusun Kertas 1 |
11.10 – 12.10pm |
kerana kasut tak muat kaki
tersilap beli di malam raya
adik sudah persiapkan diri
hanya kini menunggu masa
Nampaknya calon PMR tahun ini masih ada baki sebulan sahaja lagi untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan. Di samping mengulangkaji pelajaran, jangan lupa untuk mententeramkan diri serta membersihkan hati dengan beribadat kepada Allah. Solat hajat serta berdoa selalu. Ibu bapa juga boleh mengambil peranan dengan turut sama mengerjakan solat hajat.
Demikian kisah 'Jadual PMR 2011' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


salam..
selamat menduduki peperiksaan
yang besar ini buat yang berkenaan
anak dara saya tahun depan..
zulkbo recently posted..Jom Main Mercun
salam kembali
sama juga dengan anak dara saya, bro
tahun depan juga
selamat menduduki peperiksaan PMR kepada para pelajar terutama sepupu sepapat yang sedang berdebar dan tak sabar….
Teringat Cik Siti dulu…. waktu tu SRP. Tak ada PMR. dah lama betul!
Cik Siti recently posted..Hari Jumaat Yang Begitu Sibuk
adik kakak sepupu sepapat
saudara mara jauh dekat
selamat berjaya semua
Selamat berjaya utk adik2 yg bakal memduduki exam. Semoga berjaya memdapat result yg bagus. InsyaAllah
insya-allah
harp2 semua dah habis beraya
selamat kembali ke sekolah dan selamat berjuang..
Ps : aku masih dalam mood Raya heheheh
dnoBiz recently posted..Misi Kemanusiaan Somalia – Wartawan kita Mati Ditembak
biskut raya ada lagi ke, dno?
memang best kalau kerja sendiri
cuti raya boleh ambil banyak2
Hr sabtu Ptg marin gi kedai demo, masih ditutup cuti raya.. kuat deh rayo, heheheh
aktechpage.com recently posted..Senarai Pengkomen JAN – OGOS 2011
dno senang la, AP
dia tu sendiri jadi bos
ada tambahan tu Tehr..
bos dan juga kuli hehehe
dnoBiz recently posted..Mood Raya – Aku masih dalam Mood Raya
kawan sangkut dalam jem dekat satu jam.. tu yang patah balik sambung raya tu AP.. heheheh
dnoBiz recently posted..Ac Mizal Ke ? – Kejatuhan Artis Jutawan
best memang best tehr.., tapi yang tak best tu bila poket tinggal serdak kuih raya je hehehe
Ps : biskut ada lagi tehr… bila nak lepak mamak spaicy lagi pekena teh heheh
dnoBiz recently posted..Kematian Noramfaizul – Keluarga terima pampasan Rm 200 ribu dan Mati Syahid
semoa berjaya buat adik-adik yg bakal menduduki PMR..
teringat pula pada kenangan manis straight A’s dlm PMR suatu ketika dahulu..hihi..mmg terindah!
apalah cikgu Tehr ni selalu je menggamit memori sy!

adele recently posted..Budak-Budak Zaman Sekarang Mulut Memang Tak Terjaga
yups, harap adik2 semua tiru contoh kak adele
ciptakan kenangan terindah untuk diri sendiri
boleh tahan pmr…. walaupun takda A langsung… haish…
zik recently posted..Apa itu elektrolik dan kepentinganya
pmr antara halangan yang perlu ditempuhi
pengalaman dan usaha tu memang penting untuk terus berjaya
hehe dulu PMR takat 4A je. masuk UiTM kos salah pula. alahai. nasib dah tukar kolej. anyway, selamat menduduki perperiksaan yang akan mendatang, penting mendidik anak dari kecil lagi. nk betul2 berjaya kena mula dari awal.

EddyGeek recently posted..#Add-On Cocoon Mengurangkan Risiko Kecurian Login Data Dan Maklumat Peribadi [Firefox]
tu pun dah kira sangat bagus juga tu, bro
adik2 kita memang perlu contohi mereka yang dah berjaya
usah ingat nak main je
kan?
haa.. tu dia..upsr dah maii.. hehe..
ohcikgu recently posted..Noramfaizul Mohd Nor – Jurukamera Bernama TV mati ditembak di Somalia
memang dah dekat sangat ni, cikgu
Ketupat sudah lemangpun sudah
Hanya menunggu air dihidangkan
Belajar sudah ulangkajipun sudah
Hanya menunggu hari penentuan
Norasikin recently posted..Selamat Kembali Dari Berhari Raya
makan sudah minum pun juga
duit raya hanya dok ditunggu
rajin belajar gigih berusaha
pasti adik-adik akan berilmu
Adik kawe perikso SPM tahun ni, bilo ek tu???
aktechpage.com recently posted..Senarai Pengkomen JAN – OGOS 2011
spm bermula 14.11.11 nanti
ada masa lagi tu, AP
lepas beraya terus nak amik exam.. harap2 berjaya la adik2 semua.. jangan asik ingat ketupat rendang je..
Cha’on recently posted..Lirik Lagu Cinta Muka Buku Oleh Najwa Latif
aku takut kalau asyik dengan mercun je, bro
putus jari terus je tak leh nak pegang pensel
alahai dah dokat upsr ni… kena drill abis2 hero kawe minggu nie nampaknya!

Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..M.A.L.A.S G.I.L.E.R!
last2 macam ni, tak boleh paksa sangat, bro
bagi tenang sikit
tapi tak boleh juga terus tutup buku
Anak sedara ambik PMR tahun nih
Dia target kredit semua AAAAAAAAAAAAAA…. hik3
aku pun AMINkan…
Nota
pesan kat dia kalau dpt kredit A semua
ada pezen besaRRRRR punya.. hu3
nurmisnan recently posted..Susah hati, hidup kosong, ada problem? baca nih
wah, seronok la anak sedara tu
hadiah lappy ke, nur?
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
PMR menanti dibulan depan,
Jangan adik buat tak tahu.
Belum puas rasa dihati,
Adik masih hendak beraya,
PMR hanya sebulan lagi,
Doakan adik moga berjaya.
Adik sudah persiapkan diri,
Hanya kini menunggu masa,
Adik sudah penat mengaji,
Hanya berserah pada yg esa.
Nuar Haruha recently posted..Pantun Kasih – Tiada Lagi Tinta & Air Mata
sorong papan, papan patah
jatuh terkena haluan perahu
usahlah adik resah gelisah
rajin dan jaya pasti bertemu
Anak saya tahun depan baru PMR…
Norgadis recently posted..Meriahnya Raya…
eh, sama la, nor
anak gadis saya juga pmr tahun depan
hehe aku pun ingatkan student aku,
pas raya ada Ujian 1 keh3..
padin recently posted..Balik Kampung
memang dah musim ujian ni, bro
dah hujung tahun dah ni
susah ne pmr . .cam tkut plk . .huhu
Selamat maju jaya kepada teman lelaki saya . Walaupun tua dua tahun . Saya sentiasa mendoakan kejayaannya serta calon-2 PMR yang lain terutama sekali kepada adik-2 angkat saya di SMK Seafield di mana saya bersekolah dan SMK Bandar Baru Bangi di dia bersekolah. Teringat zaman saya tahun 09. Betol-2 panik dibuatnya. XP. Anyway gudluck PMR candidates ~!!!