Jadual Peperiksaan UPSR 2011

jadual peperiksaan upsrSekarang ini calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah [UPSR] hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk menduduki ujian yang akan dilangsungkan pada 13.09.2011 hingga 14.09.2011 iaitu lepas raya nanti.

Peperiksaan Percubaan UPSR mereka telah pun tamat pada dua hari lepas dan sekarang guru-guru sedang sibuk memeriksa kertas dan mengisi Markah Percubaan UPSR mereka.

HARI
TARIKH
MASA MATA PELAJARAN
SELASA
13 Sept 2011
08:15 – 09:05 pagi Bahasa Melayu Pemahaman
09:45 – 11:00 pagi Bahasa Melayu Penulisan
11:45 – 12:25 tengah hari Mathematics Kertas 2
RABU
14 Sept 2011
08:15 – 09:15 pagi Mathematics Kertas 1
09:55 – 10:45 pagi Bahasa Cina Pemahaman
Bahasa Tamil Pemahaman
11:45 – 01:00 petang Bahasa Cina Penulisan
Bahasa Tamil Penulisan
KHAMIS
15 Sept 2011
08:15 – 09:30 pagi Science
10:15 – 11:05 pagi Bahasa Inggeris Kertas 1
11:45 – 01:00 petang Bahasa Inggeris Kertas 2
02:30- 04:00 petang Ujian Aptitud Tahun Enam

Masa yang ada memang sudah suntuk tetapi adik-adik yang akan menduduki ujian nanti tidak perlu panik. Teruskan mentelaah dan mengulangkaji pelajaran dan menumpukan sepenuh perhatian. Sebarang kelas tambahan dan perjumpaan yang diadakan perlu diikuti, jangan cuba-cuba nak ponteng. :D Ingat kepada keputusan 5A UPSR yang dicita-citakan selama ini.

anak muda pergi belayar
tinggal ibu tinggalkan bapa
belajar kita terus belajar
solat dan doa usah dilupa

TehrDemikian kisah 'Jadual Peperiksaan UPSR 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


49 Comments

  1. RedBoys says:

    wah.. tak lama lagilah ni.. nampaknya raya ni takleh raya sakan laa.. belajar dulu.. lepas tu baru boleh raya.. hehe
    RedBoys baru je tulis kisah 7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki MenjawabMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 begitu la, RB
      mereka memang tak boleh nak beraya sakan
      kelas tambahan pasti lebih kerap nanti

      1. CheekY_farrA says:

        betul la…pejam celik pejam celik….dah priksa…rsa tkut lar nk prksa…x bleh lar nk raya sakan…kna study hard… :p ..!! haha

  2. afendi says:

    alamak..macam mana nak raya ni..ada exam lak..keke
    lama dah tinggalkan zaman upsr..
    teringat zaman kekanak dulu..sekarang exam uni pulak..more tough huhu
    afendi baru je tulis kisah Spontaneous Thursday #1My Profile

    1. tehr says:

      tapi, memang ada yang beraya sampai tak ingat dunia
      keluar keputusan nanti mula la menangis

      1. CheekY_farrA says:

        btul 2..awk dh brpngalaman mcam 2 ker…hikhik…cian nyerr

  3. ghost writer says:

    para ibu bapa pun jangan lar terlalu meletak harapan tinggi pada anak-anak.benda macam tuh lar yang bagi tekanan kat budak2.bagi semangat dah lar.
    ghost writer baru je tulis kisah masih lagiMy Profile

    1. tehr says:

      yups, benar sangat tu
      upsr ni pun baru je langkah pertama
      bagi galakan dan semangat je

      1. Yup, time apply masuk U nanti, tak kena rujuk pon sijil ni. Asalkan anak2 boleh catch up dgn student lain bila masuk sekolah menengah tu, kira okeylah kan? Biarlah hidup budak2 happy sikit. Hidup hanya skali….. :D
        DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Di Mana Anda Di Pagi Raya?My Profile

  4. dyla says:

    wahhh..lps raya kene trus struggle tuk xm la pulak yer..gud luck adik2 semua
    dyla baru je tulis kisah BAWAK RICE COOKER MASUK HOTELMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 mereka beringat musim raya nanti :)

  5. adele says:

    mengimbau kenangan manis mendapat 5A suatu ketika dahulu..alhamdulillah..berkat usaha gigih siang malam :D

    ayah sy dah cek di PPD terlebih dahulu,balik rumah dia kejut sy drpd tidur..ya Allah..perasaan ini..perasaan yg dpt memberikan umi ayah dgn kejayaan aku di dunia ini sangat hebat sekali rasanya..wuwuwu
    adele baru je tulis kisah Lapan Punca Rumahtangga BergolakMy Profile

    1. zulkbo says:

      perghh..
      5 A tu..hebatnya
      :)
      zulkbo baru je tulis kisah Video Jose Maurinho Tarik Telinga Staf BarcelonaMy Profile

      1. bEe says:

        Wah terror si adele ni cikgu
        Kalau dulu cikgu teh yg jadi cikgu kat adele confirm bangga ;)

        1. tehr says:

          betul2
          cikgu2 tumpang bangga dan seronok

      2. adele says:

        haha..bila suci drpd dosa..mmg mudah nak menempa kejayaan.. :D
        adele baru je tulis kisah Apa yang Kamu Beri Itu Yang Kamu Dapat..My Profile

        1. maza says:

          ..opps.. maza tak dapat 5A pun.. UPSR pun maza tak ambil. .yg ada Peperiksaan Penilaian Darjah Enam.. uhuk!…
          maza baru je tulis kisah Pasar Malam, Bukit Ayam, KluangMy Profile

          1. tehr says:

            tak apa, maza
            sama je tu

    2. tehr says:

      saat paling manis di zaman kanak-kanak tu, adele
      tahniah

  6. zulkbo says:

    salam..
    selamat menjalani peperiksaan
    pada adik2 dan guru yang berkenaan
    masa untuk mentelaah
    zulkbo baru je tulis kisah Video Jose Maurinho Tarik Telinga Staf BarcelonaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      benar tu, zul
      masa untuk mentelaah
      tangguh kejap masa untuk bermain

  7. akubiomed says:

    Zaman saya tidak UPSR tetapi ada penlaian rendah. Saya adalah generasi terkhir ujian penilaian rendah sebelum di perkenalkan UPSR :-)

    1. tehr says:

      tujuannya saa je, bro
      nak uji pencapaian pelajar di sekolah rendah

  8. bEe says:

    Tak lama ni cikgu
    Mesti busy pasni ek :-)

    1. tehr says:

      memang dah beberapa minggu busy, bEe :)

  9. suri says:

    bahasa jiwa bagsa cikgu ngheeee
    suri baru je tulis kisah Luka Itu Sembuh Jua Part IIMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      bahasa kita menunjukkan peribadi kita

  10. maza says:

    mendapat 5A memang perlu..
    tapi bagi maza
    mendapat ilmu dan amalkan lagi maha penting!

    apa2 hal pun, DUIT lah mengkome semua ya…: Dua, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.. ihik..
    maza baru je tulis kisah Pasar Malam, Bukit Ayam, KluangMy Profile

    1. maza says:

      Opps.. tetiba maza mahu berpantun lah fulaks.. boleh kan cikgu?!

      Melintang bujur melangkah akar
      Akar liar tersimpul di Pangkal
      Menuntut Ilmu biar kepalang ajar
      Bila berguru biar terteguh akal!…..
      maza baru je tulis kisah Pasar Malam, Bukit Ayam, KluangMy Profile

      1. tehr says:

        akar liar tersimpul di pangkal
        tersandung kaki lalu tersungkur
        bila berguru berteguh akal
        bila berjaya sujud bersyukur

    2. tehr says:

      hehe
      bagus juga maksud duit tu

  11. Cik Siti says:

    lagi 5 tahun Cik Siti lak merasa anak UPSR… apa pun Good luck kepada yang menduduki peperiksaan tu nanti
    Cik Siti baru je tulis kisah Telatah….My Profile

    1. tehr says:

      anak sulung cik siti ke?
      moga2 sentiasa berjaya dan cemerlang

  12. eiela says:

    huhu adik saya salah sorang calon yang menduduki peperiksaan tuh. risau jugak nih.
    eiela baru je tulis kisah Jawapan Dari AllahMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 adik eiela berjaya dapat 5a nanti

  13. titan says:

    cikgu-cikgunya risau kan main..sampai post kat blog. tapi budak-budaknya, wat sardin aje. haha..
    titan baru je tulis kisah Ramadan 2011 – Pemain Mercun Mancis ProfessionalMy Profile

    1. tehr says:

      saban tahun memang macam ni la, bro
      cikgu2 dengan mak ayah je yang selalu risau :D

  14. padin says:

    takde soalan bocor ke bro hehee

    1. tehr says:

      hehe
      tak tau la, bro
      harap2 tak ada kebocoran

  15. Nik Thoha says:

    Eh tak lama dah tu tarikh peperiksaan upsr. Selamat berjaya diucapkan kepada adik2 yang akan menduduki peperiksaan upsr tidak lama lagi. Raya raya jugak tapi jangan sampai tinggal pelajaran. Banyakkan mengulangkaji pelajaran. jangan membazir masa yang tinggal tidak banyak hari je lagi.

    Saya pun akan kembali menyambung pengajian semester kat universiti lepas raya nanti. Semoga dapat terus bersemangat untuk menuntut ilmu.

    1. tehr says:

      harap2 budak2 ni sedar apa yang akan mereka hadapi
      jangan ingat nak main je

  16. lina says:

    untuk para pelajar yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan ini, jangan cepat berputus asa…cuba dapatkan soalan2 ramalan UPSR ini, mudah-mudahan ianya dapat membantu para pelajar semua membuat persiapan rapi disaat2 akhir sebelum menghadapi peperiksaan kerana ianya telah terbukti sebelum ini banyak membantu para pelajar untuk memepertingkatkan keputusan peperiksaan sebenar mereka.

    1. tehr says:

      guru2 di sekolah memang ada sediakan soalan ramalan ni, lina
      moga2 dipermudahkan semuanya

  17. Anak kawe pon UPSR tahun nie.. Bila free kawe bawa ke library dan ajar mereka di sana. Nak antar tution, kesian lak.. baru upsr dah berabis belajar. Set target yg rendah buat dia. Tapi still doakan dia dapat keputusan yang baik.
    DuluLainSekarangLain baru je tulis kisah Di Mana Anda Di Pagi Raya?My Profile

  18. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip tayar motorsikal pancit

    Lampu picit mentol putih,
    buat suluhan diwaktu gelap;
    belajar betul-betul biar sampai letih,
    barulah prestasi akan jadi mantap.

    Studi semalaman dengan Hasbullah,
    Nak cover semua topik rasa tak sempat;
    Kejayaan datang dengan izin Allah,
    Kalau tak doa memang tak dapat.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  19. Rubinee a/p chandrasekaran. says:

    jangan lupa nak baca buku.jangan ingat pasal raya.lagi 50 tahun pun ada raya.ok.sekian terima kasih.

  20. Saiful says:

    salam,

    nak taulah, agak2 nya bila result upsr 2011 ni akan keluar yer?

    1. tehr says:

      pengalam tahun2 yang lepas
      seminggu sebelum cuti sekolah akan keluar la result upsr ni

    2. Eddy says:

      Tak silap 10th november

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun