Israk Mikraj Dan Peluang Manusia Mengadu

Tulisan sebelum ini aku ada meminta pertolongan dan panduan cara tradisonal bagaimana merawat selesema yang aku hidapi. Bukan niat aku mahu mengadu kerana dapat selesema tapi aku hanya sekadar mahu tahu caranya sahaja. Banyak juga cara dan tips merawat selesema yang diberikan di ruangan komen dan aku akan cuba nanti mana yang sesuai. Terima kasih semua, moga-moga aku lekas sembuh.

sewaktu kita masih kecil dahulu
kepada ibu sering kita mengaduisrak mikraj dan peluang manusia mengadu
walau kita memang degil terlalu
memeluk ibu tidak pula kita malu

masa remaja kita ada rakan sebaya
dunia ini kita selongkar selagi daya
kalau sulit kita adu kepada mereka
ada cerita kita sorok dari keluarga

menjadi isteri atau juga menjadi suami
molek benar kita mengadu sama sendiri
rahsia bersama kita bincang hati ke hati
kusut berderai kita mengadap tuan kadi

tiap hari kita mengadu kepada allah
dalam solat kita membaca al-fatihah
kita munajat kita pohon jalan mudah
kita minta moga dijauhi jalan payah

Paling kurang dalam sehari semalam ada 17 kali kita mengadu kepada Allah di dalam solat yang difardukan kepada kita pada malam Israk Mikraj. Dengan tubuh badan bersih berserta jiwa dan hati bersih, kita menyatakan munajat untuk memohon jalan yang lurus. Kita meminta petunjuk bagaimana cara yang mudah bagi kita mengharungi hidup di dunia ini.

Bagi sesiapa yang rajin pula [sudah pasti mereka tak malu], akan lebih banyak kali lagi mereka mengadu, mereka minta tolong kepada Allah. Sudah semestinya mereka memang tahu, Allah sangat suka kepada orang yang meminta pertolongan daripadaNYA.

TehrDemikian kisah 'Israk Mikraj Dan Peluang Manusia Mengadu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. zulkbo says:

    salam saudara..
    menginsafkan…
    ermmm..betapa kasihnya
    Rasulullah pada umatnya
    cuma kita tak tahu atau
    buat tak tahu…wallahulam
    zulkbo baru je tulis kisah Memanah Sukan Sunnah Nabi : Hari Karnival SekolahMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      itu la masalahnya
      tak tahu, tak mahu ambil tahu
      lebih parah lagi buat2 tak tahu

      dari arah mana pun kita takkan terlepas
      mesti tahu dan buat apa yang kita tahu

  2. akubiomed says:

    Rawatan Selsema ada yang mengatakan dengan tidur dapat melegakan selsema
    akubiomed baru je tulis kisah Larian 1Murid 1Sukan 1MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      ada benarnya tu
      tidur memang oleh melegakan selesema
      tapi takkan nak tidur je sepanjang hari, kan? :D

  3. ghost writer says:

    mereka yang tidak berdoa kepada-NYA adalah orang-orang yang kedekut.
    ghost writer baru je tulis kisah sedang ikan terbang di udaraMy Profile

    1. tehr says:

      aku tambah sikit…
      kedekut dan bodoh sombong

  4. padin says:

    sememangnya kepada Dia kita memohon apa saja..
    moga terhindar dari ujian yang berat2..

    1. tehr says:

      amin
      harap2 dapat menerima segala ujianNya dengan sabar

  5. afzal laidin says:

    Bagus sekali posting ni tehr. Jangan putus asa memohon.
    afzal laidin baru je tulis kisah Jika Tidak Dipecahkan RuyungMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      sentiasa memohon bila2 masa saja

  6. shameel says:

    Allah tidak pernahemu dan Allah juga tidak pernah penat utk mendengar pengaduan hambanya.
    shameel baru je tulis kisah KEISTIMEWAAN BULAN REJABMy Profile

    1. tehr says:

      dia maha berkuasa
      maha pemurah dan maha pengampun

  7. Sir Marcello says:

    selepas solat…langsung lari membawa diri tanpa berdoa…itu orang yang kedekut..

    setiap kali kita berdoa DIA pasti mendengarnya~
    Sir Marcello baru je tulis kisah Aku Bukan Orang Itali Tapi Aku Tahu Masak SpaghettiMy Profile

    1. tehr says:

      Dia maha mendengar
      minta je dalam kuat atau perlahan
      suara dalam hati pun Dia dengar

  8. kadang-kadang kita terlupa sesuatu peristiwa tu…
    elok jua dia adakan secara begini untuk ingatkan pada rakan-rakan yang lain..
    terima kasih bro

    1. tehr says:

      kita memang lemah
      memang perlu saling mengingati

  9. puteri says:

    kita mengadu padaa mnusia
    kadang2 dia ada masa utk kita
    kdg2 dia sbuk
    kdg2 kita pula xdpt nk mgadu pdnya

    tapi bila kita mgadu pd Tuhan
    Dia sentiasa ada utk kita
    di mana2.. bila2..
    malah mnunggu kita
    mngadu pdNya
    puteri baru je tulis kisah setelah temberang dipecahkanMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      manusia selalu sibuk dengan kesibukan sendiri

  10. Ummi Hanie says:

    mengadulah kpdNYA yg sentiasa Maha Mendengar … :)
    Ummi Hanie baru je tulis kisah 40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETAMy Profile

    1. tehr says:

      mengadu sambil menangis pun tak apa kan, ummi?
      lagi pun DIA bukan nak ejek kita
      Dia juga takkan cerita hal kita kepada orang lain :D

  11. kalu kawe pon kena selsema.. sure blog tak bergerak ehh.. Mmg tak selesa penyakit ni.. Kena lak googe plus sama demam dan batuk.. lagi la tak larat. Harap bersabar bro dan rajin makan ubat serta berdoa pada yg maha esa.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Volvo For Life?My Profile

    1. tehr says:

      google+ batuk+ demam
      haha

      taklah teruk sangat, bro

  12. Allah sangat menyukai hamba-Nya yang selalu mengadap dan mengadu serta meminta pertolongan kepada-Nya.Berbeza dengan manusia.Manusia kalau selalu diminta dia akan tarik muka.

    Jadi marilah kita mengadu segala masalah kita kepada Allah.Mudah-mudahan diberikan jalan keluar kepada segala masalah kita.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Kegagalan Buah Pinggang Bagi Kanak-KanakMy Profile

    1. tehr says:

      mengadu pada allah, rahsia kita tak pecah
      manusia ni payah nak simpan rahsia

  13. Cik Siti says:

    sesungguhnya… Allah adalah tempat terbaik untuk kita mengadu… dan iaNYa maha mendengar
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Mengusik Jiwa…My Profile

  14. doa banyak2 memang disukai Allah, itu tandanya kita mengingati-Nya, lagipun kita sudah berjanji hidup dan mati kita hanya untuk-Nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun