Irama Tarian Hidup

Selamat tinggal tahun 2010. Perginya tak akan kembali lagi sampai bila-bila. Setiap yang berlaku pasti sama sekali tidak akan berulang lagi. Segalanya menjadi pengajaran dan panduan kepada manusia yang mahu berfikir.

setiap tahun selagi panjang umurTragedi 2010
berhujan basah, panas kita berjemur
siang kerja malam sepatutnya tidur
indahnya mimpi lena dalam berdengkur

senyum manis ramah mesra bicara jujur
murah rezeki sentiasa mahu bersyukur
susah orang, senang kita jangan takbur
setiap saat semakin pula hampiri kubur

semua kenangan segala kisah tahun lalu
biar sahaja hanyut semua dalam perahu
tiap kebaikan jadikan panduan arah tuju
tahun hadapan kita jumpa jalan nan satu

insya allah hidup tiada bernanah punah
insya allah hidup akan kembali cerah
insya allah hidup tiada gelisah resah
insya allah hidup akan bertambah indah

Selamat datang tahun 2011. Kedatangan yang dinanti dengan penuh harapan dan impian. Kejayaan yang mungkin akan ditempah oleh mereka yang sanggup berusaha berlandaskan iman dan taqwa kepada Allah Yang Esa.

TehrDemikian kisah 'Irama Tarian Hidup' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. padin says:

    hehee tahun 2010, aku kenal tehr dan blognya, tehramuan. ekekee

    mai teh secawan…. ke nak minum kopi jugak nih?
    padin baru je tulis kisah AkhirnyaMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya aku lebih banyak minum kopi berbanding teh
      hahaha

      1. padin says:

        hahaa aku lebih gemar minum milo sebenarnya,
        tapi kalau time ujan, pagi, minum malam.. kopi le jawabnye ekekee..
        padin baru je tulis kisah Berubah Untuk Kekal RelevanMy Profile

  2. dnoBiz says:

    Selamat tahun baru yang kedua untuk tahun ni :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Penjaga Gol kebangsaan – Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di duniaMy Profile

    1. tehr says:

      selamat tahun baru untuk dB juga

  3. belalang says:

    salam tahun baru utk tehr…
    belalang baru je tulis kisah Selamat Datang 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam tahun baru kembali

  4. zik says:

    selamat tahun baru buat bro tehr dan semua..
    zik baru je tulis kisah Kedamaian yang ku pintaMy Profile

    1. tehr says:

      untuk zik juga dan untuk semua

  5. werdah says:

    Salam tehr

    selamat melangkah ke tahun baru.. semoga bertambah baik dari tahun sebelumnya…
    werdah baru je tulis kisah DoakuMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      jom kita langkan sama2

  6. Zezebel says:

    Selamat tahun baru, semoga blog lebih maju, hehe
    Zezebel baru je tulis kisah I meet Lina Urutora No HiMy Profile

    1. tehr says:

      untuk belle juga
      moga2 tahun 2011 ni lebih berjaya

  7. Cik Siti says:

    selamat tahun baru… semoga kita dilimahi rahmat….
    Cik Siti baru je tulis kisah Hati penuh dengan rasa debaranMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah kita sama2 dilimpahi rahmat

  8. MDHAFiZ.NET says:

    selamat tahun baru Mr teh….
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Goodbye 2010Hello 2011 !!My Profile

    1. tehr says:

      untuk hafiz juga

  9. bisk says:

    selamat menempuh tahun baru tehr….semoga lebih sukses.
    bisk baru je tulis kisah tiada salahnyaMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 bisk
      semoga tahun ni lebih berjaya lagi

  10. Norgadis says:

    Tahun baru sudah pun tiba
    Kami sambut dirumah saja
    Lebih selamat dari segala
    Moga mendapat berkat dari-Nya

    @–** Selamat Tahun Baru 2011 **–@
    Norgadis baru je tulis kisah Kontest Ucapan Tahun Baru 2011 yang sempoi tapi best!!My Profile

    1. tehr says:

      tahun lepas sudah pergi
      hadir pula tahun baharu
      azam lepas gagal dapati
      azam baharu pula diburu

  11. akubiomed says:

    Selamat tahun baru Tehr tentu sibuk selepas ini selepas sekolah bakal bermula semester baru tahun 2011.
    akubiomed baru je tulis kisah 2010 melabuhkan tirainya 2011 membuka lambaran baruMy Profile

    1. tehr says:

      sama2
      kesibukan akan kembali lagi :D

  12. gayahspears says:

    2010 tutup tirai sudah ya,
    menantik detik 2011 bermula…
    dunia blog dunia maya,
    harap persahabatan kita cam dulu semula~
    hihi.. tak pandai la pantun..keh3.. hentam jelah ye bro..huhu

    1. tehr says:

      aktiviti hentam cara menghentam
      janganlah sampai idea terpadam
      hidupmu indah bukannya kelam
      senyum selalu siang dan malam

  13. kakyong says:

    tehr,
    selamat tahun baru 2011.. semoga tahun ni membawa 1001 keberkatan buat kita semua
    kakyong baru je tulis kisah GA Teka &amp Menang Ibu3AMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 kakyong
      moga2 keluarga kakyong sentiasa diberkati

  14. sangilapi says:

    dulu masa aku kecik-kecik,tahun 2000 selalu dijadikan bahan sindiran maupun gurauan [seolah-olah terlalu jauh untuk tiba]

    pejam celik,pejam celik kini sudah 2011 ! :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

  15. mie says:

    buka lembaran baru dengan hati yang terbuka..
    selamat tahun baru..
    mie baru je tulis kisah Bonus RM25 Dari Celcom Dan RoadblockMy Profile

  16. zulkbo says:

    salam..
    insyaallah..
    saudara tehr…
    doa dari saya agar
    tahun 2011 ni menjanjikan
    lebih baik dari tahun sudah..
    zulkbo baru je tulis kisah No Archive Perlukah Tip BloggingMy Profile

    1. tehr says:

      salam, amin

  17. suri says:

    selamat tahun baru sahabat..

    maaf sebab lama tak jeguk ni.. ni dok claim entri yg lepas huuu..

    hitam putih itulah kehidupan.. yang pergi takan kembali..yang berllu jadikan pgajaran..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun