
sumber gambar dari harian metro online
Berita paling menarik perhatian aku malam tadi ialah mengenai pasukan Indonesia yang masih sukar untuk menerima kekalahan mereka kepada Malaysia dalam perebutan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2011. Perlawanan di Gelora Bung Karno, Jakarta itu akhirnya ditamatkan oleh tendangan penalti Baddrol Bakhtiar.
kalau nak ikut tak puas hati
sampai bila-bila akan terjadi
elok di kanan tak elok di kiri
atas bawah tak tengok lagi
Mereka nampaknya menyalahkan pengadil Tojo Minoru dari Jepun yang membatalkan gol jaringan Titus Bonai kerana offside. Mereka sebenarnya perlu sedar, keputusan pengadil adalah muktamad. Masih ingat dengan kontroversi Prancis vs Republik Irland di Kelayakan Piala Dunia 2010? Thierry Henry sendiri mengakui bola terkena tangan beliau tetapi Perancis masih juga ke Piala Dunia. Begitulah bola sepak, menang atau kalah ditentukan oleh pengadil perlawanan.
adat berlawan memang biasa
satu menang yang kalah juga
terima keputusan sejujur rasa
bertanding lagi di lain ketika
Aku secara peribadi berharap pemain, peminat dan seluruh rakyat Indonesia agar menerima sahaja apa yang telah diputuskan. Kami di Malaysia juga tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil bukan sahaja dalam acara bola sepak tetapi juga acara lain terutama dalam acara tinju. Tetapi kita terima sahaja…
Tahniah dari aku kepada seluruh warga Indonesia kerana muncul sebagai Juara Sukan SEA ke-26 dengan jumlah pungutan pingat sebanyak 476 [182 emas, 151 perak dan 143 gangsa.] Tahniah!
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah 'Indonesia Pertikai Emas Bola Sepak Sukan SEA 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
Duduk Malaysia Jadi PATI
Jumpa peguatkuasa cabut lari
Jangan Ikut perasaan hati
Tak guna pertikaikan lagi
Pergi kedai bersama Padil
Lompat pagar masuk kolah
Keputusan muktamat dari pengadil
Kalah buatlah cara kalah
۞۞۞۞ Salam Awal Muharram ۞۞۞۞
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
doa akhir tahun dan awal tahun
azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
lompat pagar masuk kolah
pakaian basah kaki terluka
dah kalah buat cara calah
aman damai satu dunia
tak habis lagi rupanya isu nih.. kenapa ya ramai benar warga Indon yg tak puas hati dgn Malaysia nih..
apa2 pun kagum dgn semangat kesukanan titus bonai yg bersalam dgn semua pemain Malaysia, walaupun hanya seorang.. mcm ni lah bagus..
kakyong baru je tulis kisah Segmen rerama berterbangan – Dec 2011
payah nak habis ni kalau semua mahu buat keputusan sendiri je
dah kalah..wat cara kalah la..haha..
titan baru je tulis kisah Terung Titiwangsa memang kacak
hehe
diorang nih selalu macam tuh, ada je yang tak puas hati especially penduduk yang tinggal kat sana. rakyat diorang yang duduk sini, ok je. agaknya takut kena hantar balik kot..
eiela baru je tulis kisah Coklat Buatan Tangan Yang Pertama
sebenarnya tak la ramai sangat yang tak puas hati, eiela
segelintir je tu
kalau ikutkan tak puas hati banyak lagi maza tak puas hati dgn mereka.. tapi satu perkara harus diingat, salah satu objektif sukan SEA diwujudkan ialah kemaufakatan antara nusabangsa… bukan untuk dijadikan sebagai medan utk bercakaran.. ahaks.
psst: maza melantun-lantun dan merapu.. uhuk!
setuju, maza
sampai bila pun tak kesudahan ikut tak puas hati ni
sejak zaman kerajaan melayu melaka hinggalah sekarang ni
entahlah..biarlah mereka dgn repekan tu…
paling penting, kita dah menang..hehe
p/s-payah kalau diri jenis payah nak terima kekalahan
mereka terpaksa terima juga sudahnya
Pingat emas bola sepak adalah ibu segala pingat. Mungkin sebab itu pihak Indonesia mahukan emas kembali ke tangan mereka tapi pada sama mereka melupakan yang mereka tidak berlaku adil kepada acara-acara lain yang di pertandingkan.

akubiomed baru je tulis kisah Skodeng kapal selam di Pantai Klebang
mereka juga lupa keputusan pengadil dalam bola sepak memang payah nak berubah
hampir mustahil
Saya masih sakit hati dengan orang Indo yang kebas buat rambutan kebun orang tua saya tanpa kebenaran. Itu namanya maling. Saya tidak tuduh semua orang Indon itu berperangai buruk segelintir sahaja yang begitu.
wah, memang tak baik tu, bro
memang maling
salam..
biasa dah tu..mana-mana
game pun orang kalah tak akan
berpuas hati kan..?
zulkbo baru je tulis kisah Kata Laluan ( Password) Paling Popular 2011
salam kembali
paling best kalau dapat salahkan orang lain
kan?
susah kalau tak boleh terima kekalahan…maknanya dlm kepala tu dh dipahat menang..menang..menang…tup2 bila kalah tak boleh nk terima…degil pun ye kalau jenis camnih….
yas baru je tulis kisah Aku Kepenatan…