Imam al-Ghazali

telah berkata Imam al-Ghazali
yang paling dekat adalah mati
kerana Allah sudah pun berjanji
tiap yang datang pasti kembali

Imam al-Ghazali ada memberitahu
semuanya terserlah apabila berlaku
yang paling benar masa nan lalu
memberi pengajaran memberi ilmu

Imam al-Ghazali memberikan ingat
pegang amanah yang paling berat
hendaklah dipikul sepenuh kudrat
semoga Allah melimpahkan rahmat

perjalanan di dunia penuh berliku
yang paling besar adalah nafsu
sentiasa waspada jangan tertipu
usah terjerumus ke lembah palsu

terdapat juga yang paling ringan
apabila kehidupan terkurang iman
meninggalkan solat dalam seharian
sukarnya memahami masa berjalan

benarlah kata Imam al-Ghazali
yang paling tajam lidah sendiri
tutur dan kata mudah menyakiti
melukakan hati saudara sendiri

TehrDemikian kisah 'Imam al-Ghazali' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


49 Comments

  1. Melatiqistyna says:

    Lidah Lebih tajam dr mata pedang…

    Pg cekgu, kat sini ujan maha lebat, dr smlm, bersmbg ke pg ni, nyaris kete kena timpa dahan jatuh td, syukur….
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Rutin Biasa – Pediatrik KLMy Profile

    1. tehr says:

      kelantan dah nak mula musim panas ni
      memang dah terasa bahangnya

  2. dinar says:

    manusia ni memang mudah alpa
    walau dipesan berkali-kali,
    terkadang kita diuji agar tidak terus leka,
    di samping kita muhasabah diri..

    wallahuallam..
    dinar baru je tulis kisah Setelah lebih 40 tahun tanpa emas..My Profile

    1. tehr says:

      kita saling berpesan dan mengingati
      moga2 beroleh keberkatan

  3. yas says:

    Tertarik beno aku dengan pantun Imam al Ghazali nih…amanah…hmmm bab2 tu yang selalu terabai tanpa disedari
    yas baru je tulis kisah 7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum MatiMy Profile

    1. nurmisnan says:

      bila sedar dilupakan pula yer brother.. hik3
      nurmisnan baru je tulis kisah Mogadishu SomaliaMy Profile

      1. tehr says:

        aku juga kadang2 + selalunya terlupa
        hanya kerana kesibukan dunia

  4. Cikgu Hairul says:

    Banyak pesan alim ulamak, malahan pesan Rasul juga tidak sampai kepada umat akhir zaman. Sikap manusia yang sukakan hiburan dan tak sukakan nasihat jadi punca. Alhamdulillah cikgu tehr berjaya sampaikan nasihat tersebut dengan cara tersendiri.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Godaddy Coupon Code Terbaru Mac 2012My Profile

    1. tehr says:

      sekadar mengingati diri sendiri juga tu, cikgu

      1. rahman says:

        ingat mengingati.. ini yang penting
        rahman baru je tulis kisah Kesesakan jalan di Kuala Lumpur dan kesan banjir di Hulu LangatMy Profile

  5. Hadi Rofiee says:

    Alhamdulillah, suka dengan artikel yang memberi manfaat dan kebaikan ini.

    Antara kelebihan Imam al-Ghazali yang sampai pada kita kini adalah penulisan beliau. Alhamdulillah.

    1. tehr says:

      sama2 kita ambil panduan, hadi
      moga2 beroleh rahmat

  6. Norizwan says:

    steady bro…pantun yang sangat bermanfaat…
    Norizwan baru je tulis kisah [Video] Saintis cipta tali biola guna sutera labah-labahMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar mendidik hati sendiri, bro

  7. azura says:

    Imam Al-Ghazali pengumpul hadis sahih kan cikgu Teh…
    azura baru je tulis kisah Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehahMy Profile

    1. tehr says:

      ilmu hadis ni rasanya saya sangat ketinggalan
      memang banyak nak kena belajar

  8. iza says:

    Assalam..
    Memang sukar untuk kita kawal lidah jika tidak dididik dari awal untuk bercakap yang baik2 sahaja..
    iza baru je tulis kisah Top 23 Blog Malaysia Paling Popular.My Profile

    1. tehr says:

      memang sukar
      kadang2 orang dewasa mengajar anak2 kecil menipu atau bercakap bohong
      secara sedar atau tak sedar

  9. shraqs says:

    TQ cikgu sebab berkongsi dengan cara yang menarik.
    shraqs baru je tulis kisah iPad 3 aka New iPadMy Profile

    1. tehr says:

      sama2
      harapnya tak ada yang tersalah baris atau maksud

  10. kimmie says:

    satu perkongsian yang bermanfaat, pantun berilmu :)
    kimmie baru je tulis kisah Santai: The LoraxMy Profile

    1. tehr says:

      yang baik semuanya dari allah

  11. pesanan pesanan sebegini yang perlu jadi santapan iman dan akal

    terima kasih.

    1. tehr says:

      sama berpesan
      sama kecap kejayaan

  12. ah! dua tiga menjak ni asyik typo ja di sini
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kembali segar, kemas sawang :) My Profile

    1. tehr says:

      typo kat mana pulak tu, rain?
      nampak macam ok je

  13. Norgadis says:

    Best… Pantun ilmu..

    1. tehr says:

      tapi cara nor tulis puisi lebih tepat
      saya ni ikut suka hati je

  14. chii says:

    pesanan imam ghazali..semuanya yang paling..
    chii baru je tulis kisah Khalifah Ganti SupermanMy Profile

    1. nurmisnan says:

      palingg…..?? habiskan chii.
      nurmisnan baru je tulis kisah Mogadishu SomaliaMy Profile

      1. tehr says:

        … paling mustahak untuk diingat :D

      2. chii says:

        heheh..maksud chii..semua yg paling..
        paling ringan,paling berat..ehehe..
        chii baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru Iqwan & SyazzanaMy Profile

  15. nurmisnan says:

    manusia memang kalau tidak menjaga lidah
    boleh tergigit bila mengunyah.. berkata tanpa
    berlapik juga akan tergigit lidah sendiri dan
    amat menyakitkan…
    nurmisnan baru je tulis kisah Mogadishu SomaliaMy Profile

    1. tehr says:

      dan bila tergigit lidah sendiri baru nak sedar
      tapi sakitnya sudah terasa :D

  16. akubiomed says:

    Lidah ini berbisa kalau tidak jaga dan amanah adalah tanggunjawab besar.
    akubiomed baru je tulis kisah Dedikasi Hari Wanita Sedunia 2012My Profile

    1. tehr says:

      benar sekali
      setiap orang ada lidah dan setiap orang juga ada menanggung amanah

  17. LadyBird says:

    salam cikgu…

    betul.. berhati2 dengan lidah..

    kerana lidah diri sendiri sengsara..
    LadyBird baru je tulis kisah Mimpi LadyBird ♥My Profile

    1. tehr says:

      jauhi dari lidah bercabang, kan lady?

  18. ghost writer says:

    kata-kata Imam Ghazali dijadikan pedoman.
    ghost writer baru je tulis kisah "the right of challenge"My Profile

    1. tehr says:

      untuk kita dan siapa sahaja yang mahu berfikir

  19. suri says:

    kita sering lupa apa pesanan itu sb sering apal dg kata2

    1. tehr says:

      betul2
      perlu diamalkan agar sentiasa ingat

  20. titan says:

    like. like. like… :D
    titan baru je tulis kisah Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830My Profile

  21. zool says:

    memang betul apa yang ditulis.. Yang paling dekat adalah mati.. tapi kita selalu cuba menjauhkan diri kan>.
    zool baru je tulis kisah Ulasan tentang pembatalan SBPA dari seorang kakitangan awamMy Profile

  22. kulanz says:

    Mendidik dan memberi ilmu antara amanah penting yang perlu dilaksanakan oleh manusia.. amanah yang bukan sahaja perlu dipikul oleh cikgu dan ibu bapa.. juga semua umat
    kulanz baru je tulis kisah Kemelut SBPA Berakhir, SSM DikekalkanMy Profile

    1. rahman says:

      yang paling tajam lidah.. yang paling bisa juga lidah

  23. pesanan imam al-ghazali memang banyak yang menginsafkan diri.. mati tu pasti dan mungkin dia dah sangat dekat dengan diri
    sabree hussin baru je tulis kisah Bagaimana Menjadi Lebih Kaya Selepas Berhenti Kerja?My Profile

  24. Ladfe Amir says:

    lidah mmg boleh dijadikan senjata membunuh yg berkesan.

    tp pada zaman teknologi canggih serta sosial network.. ayat atau perkataan yg ditulis/ditaip juga mampu menjadi setajam lidah.

    bila baca..menusuk ke hati.

  25. Ad-Dien says:

    Assalamualaikum, lama akhi tehr tak singgah ke teratak saya..hehe..saya ingat dah tak aktif blog..maaf agak sibuk dengan mulazamah..

    baru sekarang jumpa link blog akhi..

    kita-kata dia atas mahsyur dari Imam al-Ghazali..mungkin dari Ihya’ Ulumuddin, wallahumusta’an :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun