Iklan Raya

Setiap tahun ramai peminat iklan raya yang tertunggu-tunggu tayangannya di kaca tv, termasuk juga saya. Berbagai-bagai kisah dan teknik dikeluarkan oleh penerbit dan pengiklan bagi memeriahkan suasana hari raya. Ada yang lucu, gembira, sedih dan tak kurang juga yang menimbulkan kontroversi.

Tahun ini kecoh dengan cerita iklan raya penyanyi Nurul untuk promosi hari raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour. Tahun lepas iklan raya TV3 ala-ala krismas tu yang kecoh. Walau pun kedua-dua pihak telah menarik balik iklan mereka dan meminta maaf, saya percaya tahun depan pasti ada lagi isu iklan raya yang mengguris hati dan mencalar suasana gembira umat Islam menyambut raya. Mungkin akan berterusan sampai bila-bila.

Iklan juadah Ramadhan The Star pula menyiarkan hidangan daging babi yang diharamkan umat Islam memakannya. Jangan kata sebagai juadah berbuka, sebagai juadah harian untuk keluarga juga diharamkan. Memang sangat tak sesuai kan? The Star juga telah memohon maaf setelah Ketua Pengarangnya dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri [KDN].

Ada iklan raya yang korang tungu-tunggu ke? Sehingga malam ini saya belum lagi terjumpa iklan raya 2011 dari TV3. Apakah TV3 tidak mahu keluarkan iklan raya lagi atau mereka lebih berhati-hati kali ini untuk mengelakkan kontroversi, kita sama-sama tunggu dan lihat. Harap-harap tak ada yang kecewa kalau-kalau TV3 tak keluarkan iklan raya. Kehidupan dan sambutan raya perlu diteruskan.

Selamat Hari Raya untuk semua. Maaf Zahir Batin.

TehrDemikian kisah 'Iklan Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. nurmisnan says:

    tahun ini mcm2 kes ada.. tapi bagi aku
    tentang iklan di tv9 tuh sebenarnya kena faham
    msg tuh betul2.. jgn cepat berfikiran terlalu negatif..
    ambik yang baik saja…
    nurmisnan baru je tulis kisah Resipi Jeera rice dan medu vada atau nasi jintanMy Profile

    1. tehr says:

      itulah sebaiknya
      ambil yang jernih, buang yang keruh

  2. adele says:

    dah agak dah tgh mesin kelapa..kalau bwk motor lain gayanya..hmm..iklan Yasmin Ahmad jugak yg plg kreatif stkt ni..
    adele baru je tulis kisah Beli Baju Raya di Muslimah ShoppersMy Profile

    1. tehr says:

      iklan lama ni, adele
      harap2 mlam raya nanti tak blackout
      takkan nak pasang pelita je kan?

  3. LiFe KaMi says:

    tv3 merajuk kot bro..hehe
    tu la, iklan dulu2 best, dapat masuk kedalam hati,
    rasa keseronokan nak sambut raya tu,
    tapi itu dulu, adakah skang semakin pupus..huhu
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Berbuka Di Restoran Cina Muslim Al MunawarahMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      lagu raya pun sama
      lagu dulu2 juga yang best

  4. dnoBiz says:

    aku pun rasa macam TV 3 nak tunjuk perasaan tu…
    dnoBiz baru je tulis kisah Rock Raya – Lagu Raya Versi Rock (Video)My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      rasanya pasti ada tu nanti
      malu je kalau tak keluarkan iklan sebab kena komen tahun lepas

  5. padin says:

    hehee.. semestinya tiap tahun kalau raya dan merdeka
    tunggu iklan dari petronas :D
    padin baru je tulis kisah Apa Aktiviti Raya Anda?My Profile

    1. tehr says:

      selalunya ramai yang suka dengan iklan petronas

  6. yas says:

    Taun ni kompeni2 lain sumer tak de bajet kot…..tak nampak lagi iklan raya yg baru…ke aku yg tak tgk tb??
    yas baru je tulis kisah Kerana awek seksi…My Profile

    1. tehr says:

      ya la
      rasa macam lambat pula nampak iklan

      yang sebenarnya aku juga jarang nengok tv :D

  7. titan says:

    tv3 dah tak kacak dahh. astro masih kacak. haha..
    titan baru je tulis kisah Ramadan 2011 – Terawih RevolutionMy Profile

    1. tehr says:

      rumah aku tak ada astro
      ‘tapi aku masih kacak’
      huhu

  8. mijie says:

    tahun ni nampaknya ramai yg berhati2 bila menerbitkan iklan raya, takut jadi kontroversi mcm tahun sudah..

    apa2 pun iklan hanyalah sekadar menaikkan feeling utk hari raya

    1. tehr says:

      yups, setuju sangat, bro
      tak ada iklan kat tv tak semestinya kita tak boleh beraya
      hehe

  9. Cik siti says:

    iklan petronas ramai yang minat…. taun ni iklan TM 2 in 1 hari raya dan Hari kemerdekaan…
    Cik siti baru je tulis kisah Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      kira merdekaraya la kita tahun ni, ya?

  10. akubiomed says:

    Memang dinantikan iklan-iklan Raya. Selalunya iklan Raya ini mempunyai mesej pengajaran. Tentu ramai merindui sentuhan arwah Yasmin Ahmad

    1. tehr says:

      yups, mesej tu yang penting di samping untuk berhibur

  11. maza says:

    kreativiti itu perlu.. tapi perlu ada garis panduan dan reti budaya setempat.. jgn main ikut tembolok dan tafsiran sendiri jerk…

    kan kan kan..
    maza baru je tulis kisah Merdeka! Merdeka! Merdeka! …. MERDEKA RAYA!My Profile

  12. bEe says:

    Suka tgk iklan raya….
    Tp tak suka kontroverI
    bEe baru je tulis kisah Nota Seorang AKUMy Profile

  13. Khidhir says:

    da jarang tgk tv. byk iklan raya miss. tunggu tehr wat koleksi iklan raya tahun ni la..
    Khidhir baru je tulis kisah Matluthfi Video – Made by MalaysiansMy Profile

  14. Mek says:

    Suke tgk iklan raya Tv3 2011… Sweet doh. Syg jer xde sape nk rekod. SY nk jgk, tp kamera fon cap kelapa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun