Ikan Haruan Budu Dan Ulam Raja

Ikan Haruan Budu Dan Ulam Raja. Ya. Hari ini tiga benda ini menjadi menu tengah hari aku. Dan hari ini aku masuk dapur jadi tukang masak.

“Aik, Mr Tehr. Hari ni masak sendiri ke?”

Hari ni kan hari minggu. Tak kerja. Lagi pun Mrs Tehr tak makan ikan sawah. Terpaksalah aku sendiri sembelih ikan haruan tu dan masak sendiri.

Alah… bukan payah mana pun nak sembelih dan siang seekor ikan haruan.

Ikan haruan ni hasil pancing. Tak beli pun.

Ulam raja pula aku petik di belakang rumah. Juga tak beli. Dah lama rasanya aku tanam ulam raja ni. Hari ni baru dapat rasa makan hasil tanaman sendiri.

Mesti rasanya tak sama dengan ulam raja yang dibeli di pasar.

Ha ha ha…

Dah gaya orang Kelantan, cicah ulam raja dengan budu.

Alhamdulillah. Enak, jimat dan senang. :D

Goreng saja ikan haruan,
Ulam raja dicicah budu;
Jimat belanja bila makan,
Enak rasa terlepas rindu.

Ikan Haruan Budu Dan Ulam Raja

Ikan Haruan Budu Dan Ulam Raja

Ulam raja banyak khasiatnya. Antaranya ialah memperbaiki peredaran darah, mencuci bahan toksik dalam darah dan menguatkan tulang. Khasiat ikan haruan pula antaranya ialah untuk kecantikan kulit, menyembuhkan luka dalaman dan membantu menambah daya penglihatan.

Dulu, masa Mrs Tehr buat pembedahan untuk bersalin, doktor ada cadangkan makan anak ikan haruan. Ya, anak haruan yang masih merah tu. Telan macam tu je beberapa ekor.

Makan ulam banyak khasiat,
Murah harga senang didapat;
Nilai ringgit tak akan ditambat,
Biar turunnya tak boleh disekat.

Ikan Haruan Budu Dan Ulam Raja memang sedap. Lebih-lebih lagi bila dapat free. Tak perlu keluar duit. :D

TehrDemikian kisah 'Ikan Haruan Budu Dan Ulam Raja' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. Sedapnya makan ikan haruan dengan ulam raja, siap ada budu lagi tu
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Rambut Gugur Sampai Botak, Tak Risau Ke?My Profile

    1. Hero Borneo says:

      saya cuma risau ikan haruan makan anaknya..
      Hero Borneo baru je tulis kisah Tawaran Jawatan Penterjemah Kini DibukaMy Profile

  2. Labulabi says:

    Makan budu memang sedap.. Berselera..

  3. Memang sedap ulam raja tu buat ulam. Kat sini ulam raja yg dikenali sebagai daun bintang siang juga dijadikan ulaman dalam laksa utara
    Dja @ Sishaza baru je tulis kisah Soal Rezeki Adalah Hak AllahMy Profile

  4. Hero Borneo says:

    saya suka dengan budu..memang terbaik la
    Hero Borneo baru je tulis kisah Bagaimana Membentuk Emosi Yang StabilMy Profile

  5. hafiz says:

    Tambah pula makan dengan nasi lembik panas, memang membuka selera..
    hafiz baru je tulis kisah Rayuan UPU ke IPTA/Politeknik 2015/16My Profile

  6. Padin says:

    tiap orang pasti ada menu yang betul2 favourite….
    tak toleh orang da, kihkih

  7. azlan says:

    terus rasa lapar tgok gambar makanan…mhaha
    azlan baru je tulis kisah Bocor : Gambar LG Nexus 5 (2015) Tertiris di InternetMy Profile

  8. hafidz says:

    Salam Hormat.
    Peh, memang terbaik menu ni bang tehr.
    Layan~ :)
    hafidz baru je tulis kisah Entri PertamaMy Profile

  9. Bahrain says:

    ALHAMDULILLAH rezeki dapat makan tengahari. :D
    Bahrain baru je tulis kisah Takziah Buat Mangsa Letupan BangkokMy Profile

  10. Dr Fattah says:

    dah lama tak makan ikan haruan
    Dr Fattah baru je tulis kisah Tips Pilih Bidang Latihan Separa PerubatanMy Profile

  11. kak yatiadam says:

    sedapnya… terliur tengo… makanan kg… memang sodap.. lapar pula malam2 ni..
    kak yatiadam baru je tulis kisah KAITAN SENGUNGUT DENGAN KESUBURAN WANITA.My Profile

  12. Terliur saya sekarang ni, budu memang sedap bila dicampur dengan cili dan bawang.

    Isteri saya pun tak makan ikan air tawar, geli katanya. :)
    Helmi Aliarit baru je tulis kisah TIP MEMILIH KASUT BOLA YANG SESUAI DENGAN KAKI ANDA.My Profile

  13. Hafizul says:

    Memang sodap… tapi sekarang ni dah tak boleh makan budu dengan sewenang-wenangnya..seduan..memang marah dia kalau saya makan budu..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Kelopak Mata Bengkak Dan Hidung TersumbakMy Profile

  14. peh ni lg rase bersemangat nak pergi mancing kat lombong ptg ni haha
    Belang Tarung baru je tulis kisah Punca dan Anatomi Nahas Udara Indonesia Trigana Air IL267/TGN267My Profile

  15. radja says:

    look delicious, mesti sedap tu.
    radja baru je tulis kisah 10 Dampak positif dan negatif jejaring sosial facebookMy Profile

  16. ikan haruan masak gulai sedapnya.. huhuh makan panas2
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Set Kurus dan Sado TerbaikMy Profile

  17. Elly Khalid says:

    suami sy pun suka mancing….p laut laa..p sungai la..tasik laa..kolam laa..mcm2…hiihih.. mmg sedap makan ikan fresh ni…
    tp isterinya kena byk saba…heheheh…
    Elly Khalid baru je tulis kisah ANDA NGANTUK? PENAT? HILANGKAN IA DENGAN……My Profile

  18. titan says:

    dah lama juga tak makang ikan haruan nih..

    hoho..
    titan baru je tulis kisah Kekal Sihat dan Langsing dengan Set Bersalin NR (Nona Roguy)My Profile

  19. Afiffuddin says:

    Siap ada pantun ikan haruan lagi, menambah selera, menambat hati.
    Afiffuddin baru je tulis kisah Tempat Menarik di KrabiMy Profile

  20. aimannajmy says:

    wah blogwalking ke blog tehramuan ni sesungguhnya mengingatkan ketika zaman sekolah.. belajar berpantun dengan kosa kata dan tatabahasa yang betul hehe
    aimannajmy baru je tulis kisah Laman web ibarat hartanah online andaMy Profile

  21. zik says:

    lama tak makan budu nih… hehe
    zik baru je tulis kisah Buat duit dengan youtube, susah ke senang?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun