Ibuku Hanya Satu

ibu jari
walau tiada, masih boleh kita menari

ibu roti
walau tiada, masih boleh makan nasi

ibu kunyit
walau tiada, masih boleh masak kari

tapi ibuku
kalau tiada di mana akan kucari ganti?

“SELAMAT HARI IBU”
………………………………………………..

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Artist: P. Ramlee

TehrDemikian kisah 'Ibuku Hanya Satu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


5 Comments

  1. Malwana says:

    Bila dah duk jauh2 nih, lebih terasa akan kerinduan, tetapi bila berdekatan, malu untuk menunjukkan kemanjaan..

    dah besar, tapi malwana tetap manja ngan mak, anak mak sampai mati..

  2. ASN SURVIVOR says:

    ibu hanya 1, kalau ganti tiada serupa
    ibu hanya 1, kalau hilang membawa duka
    ibu hanya 1, kasih sayang tiada bandingnya
    ibu hanya 1, boleh jaga anak seribu
    anak seribu, kanapa tak boleh jaga ibu yang satu?!

    mari kita hayati jasa & kasih ibu yang tiada hujungnya ;-)

  3. Norgadis Labuan says:

    Ibu kita tak akan dapat ditukar ganti kerana ibu yang lain tak ada syurga untuk kita dibawah telapak kakinya…

  4. windi says:

    IBU..IBU..ENGKAULAH RATU HATIKU..

  5. akuinsanlemah says:

    knock knock..
    knock..knock…

    srettt..bunyi pintu dibuka..

    ternampak wajah ibu yg baru bangun dari tidurnya..

    aku memandangnya sambil tersenyum..

    dia kehairanan sambil menggosok matanya..

    "awalnya bangun!~" katanya..

    huh..aku cuma tersenyum lagi..

    aku memegang tangannya erat sambil berkata..

    "selamat hari jadi ibu. terima kasih kerana menjadi ibu terbaik buat along. along sayang ibu"

    lantas ibu dan aku berpelukan sambil menitiskan air mata.
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    sayangnya..ini hanya anganku semata..

    ibu, maaf kerna aku tak dapat pulang dan mengucapkan selamat padamu seperti selalu..

    maaf dari anakmu yang jauh dimata.

    saja nak bagi entr nih di sini…~~
    buat org yg jauh dr ibu ibu mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun