Ibu + Bapa = Anak

buang anak dalam semak
ibu dan bapanya benak

buang anak dalam sungai
ibu dan bapanya mamai

buang anak dalam tong
ibu dan bapanya kepala kosong

buang anak dalam longkang
ibu dan bapanya jembalang

buang anak dalam parit
ibu dan bapanya pelesit

buang anak dalam jamban
ibu dan bapanya syaitan

buang anak dalam apa jua pun
ibu dan bapanya tak diampun

Tuhan
Ampunkan dosa ibuku
Maafkan kesalahan bapaku
Setelah mengikut nafsu
Mereka membuang diriku

… kerana aku sayang kedua ibu bapaku!

Tuhan
Berikan pedoman untuk ibuku
Tunjukkan jalan pada ayahku
Untuk mereka sampai kepadaMU
Agar mereka terima rahmatMu

… kerana aku sayang kedua ibu bapaku!

TehrDemikian kisah 'Ibu + Bapa = Anak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun