Hujan

Sejak malam tadi hingga ke petang ini hujan pula tidak berhenti-henti. Sudah lama juga sekitar Tumpat ini tidak hujan. Memang hujan rahmat ni, menghilangkan dan membersihkah debu-debu jalan serta membasahi kebun-kebun petani. Kuranglah beban mereka untuk menyiram tanaman barang sehari dua.

hujanlangit mendung sepanjang hari
sahabat petani riang gembira
hujan turun membasahi bumi
mencurah rezeki kepada kita

tunggang motor pakai topi
ditimpa hujan basah semua
di mana sahaja ada rezeki
asal kita sanggup berusaha

sepanjang jalan penuh sesak
hari hujan banyaknya kereta
ada yang dapat rezeki terpijak
ada bersedih direndam kecewa

lantai basah atapnya bocor
terkena air padamlah pelita
lumpur becak tambah kotor
unggas pula riang gembira

Walau pun hujan membawa rezeki, ia juga datang memberi peringatan kepada kita agar sentiasa berwaspada dan beringat. Air hujan boleh sahaja bertakung di mana-mana seperti di dalam tempurung kelapa, tin kosong, tayar buruk, longkang atau apa sahaja bekas yang tidak bertutup. Ini pastinya akan menjadi tempat yang sangat sesuai untuk nyamuk bertelur dan membiak. Sama-samalah kita menjaga kebersihan alam sekitar kita.

TehrDemikian kisah 'Hujan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. tehr says:

    aku juga kecewa dengan kesilapan yang tak disengajakan
    tak tau macam mana pula aku boleh tutup komen
    hahaha

    mungkinkah otak sejuk sebab kena hujan? :D

  2. padin says:

    hahhaa hujan2 ni, tak mau di ganggu agaknya tehr?
    emm best gak hujan, kalau main bola time gerimis
    lambat sikit rasa letih..

    1. tehr says:

      main bola dalam hujan memang best, bro
      selagi tak dengar guruh/petir, tak mau nyer berenti
      hahaha

      1. padin says:

        kat sini kalau sebelum main dah ujan memang tak main,
        tapi kalau ujan tengah main, sambung terus je
        kilat depan mata ~ risau tapi ref tak tiup wisel ekekee

        1. tehr says:

          sama la, bro
          kalau dah main, selagi ref tak tiup wisel memang takkan berenti
          hehe

  3. suri says:

    ipoh mali pun hujan huu..balik pula naik bersilih ganti bas..

    rasa nk tdo bla air hujan mula mmbsi cermin tingkap bas heeee

    ps:try ke sini sehri suntuk wktu pjbt nper tah huuu..try kt umh bru blh bukak blog shbt tehr :)

  4. Zik says:

    hujan…juga boleh membawa bencana…
    Zik baru je tulis kisah Perlawanan malaysia vs pakistan 2nd leg 2011 – ramalan andaMy Profile

    1. tehr says:

      hujan… juga boleh meragut nyawa

  5. Norgadis says:

    Aku bersedih direndam kecewa
    bukan kerana bajuku basah
    tapi ku takut banjir melanda
    tentu ramai menjadi susah.

    1. tehr says:

      hati sedih berendam duka
      air jernih di penjuru mata
      tiada kasih tiada saudara
      tiada boleh memujuk rasa

  6. wadud says:

    hehe lama tak lepak sini..
    kat aceh panas je la bro.. adoi..
    kat mesia rasa sama gak.. xtau lak skang ni musim ujan lak..:D

    1. tehr says:

      eh bro wadud apa khabar, sihat?
      orang dulu2 kata hujan tenggara je ni
      bukan musim tengkujuh

  7. kulanz says:

    tempat kami 2-3 hari lepas hujan juga.. tapi tak lebat sangat, setakat renyai-renyai..
    tu pun beri kesan pada anak2 juga.. terkena tempias hujan sekarang dah selsema
    kulanz baru je tulis kisah Keguguran dan Pengguguran KandunganMy Profile

    1. tehr says:

      bukan anak2 je
      aku sendiri memang tak tahan kena hujan
      selalunya akan dapat selesema

  8. ghost writer says:

    di sini pun seawal pagi masih gelap sudah hujan…

    semakin nikmat dalam bungkusan gebar tebal

    1. tehr says:

      haha
      memang syok layan tido kalau hujan

  9. akubiomed says:

    Dekat KL petang, yang terbaru banjir kilat

    1. tehr says:

      banjir kilat memang sinonim dengan KL tu
      hehe

  10. Cik Siti says:

    Hujan yang turun bagaikan mutiara
    Berkilau bersinar berkerdipan
    Subur menghijau bumi terbentang
    Dan bayu berpuput lembut

    Cinta yang bersemi
    Diwaktu hujan turun
    Menyirami ketandusan hati
    Dan hujan turut mengiringi
    Engkau pergi…

    Selembut hujan bercurahan
    Begitulah cinta ini
    Semesra bumi yang disirami
    Begitulah hati ini

    Hujan yang turun bersama air mata
    Bersama pedih, bersama rindu
    Kau datang dan kau pergi jua
    Rindu lagi…

    erm….. layan lagu sudirman HUJAN…. betapa besar rahmatNYA…
    Tapi kalau lama sangat hujan banjir le pulak
    Cik Siti baru je tulis kisah BagindaMy Profile

    1. tehr says:

      … dan bayu berpuput lembut
      hehe

  11. toyol says:

    dah dua hari Tganu pun ujan ni..
    seronok jg, sejuk sikit, dah lama panas terik je..
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 2My Profile

    1. tehr says:

      ya, dapat juga kurangkan debu2 di jalan

  12. Ismail N says:

    dah beberapa hari tak hujan tiba-tiba hujan lak tempat kawe ari ni. Errr ada kena mengena dgn entri ni ke? :D

    1. tehr says:

      tak pasti pulak, bro
      suratan atau kebetulan :)

  13. mie says:

    hujan itu nikmat sebenarnya..
    eehehee
    mie baru je tulis kisah Door Gift Bukan Untuk DijualMy Profile

  14. Mus says:

    berdoa ketika hari hujan ni bagus…
    Mus baru je tulis kisah Mari Mencegah Wabak Kolera – TaunMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun