Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara

Hujan yang turun bagaikan mutiara. Berkilau bersinar berkerdipan. Subur menghijau bumi terbentang. Dan bayu berpuput lembut. Cinta yang bersemi sewaktu hujan turun…

Lirik lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman.

Sesekali layan lagu ni, boleh membawa kenangan pada si dia yang telah pergi. Boleh membuatkan kita senyum sendirian. Sudah semestinya juga boleh mendatangkan hujan di birai mata. Membuat kita menangis keseorangan…

Mat Jiwang juga aku ni. :D

titisan

Hujan turun dari langit, dari tempat yang tinggi. Dan kebiasaan bagi kita, apa yang datang dari tempat tinggi itu lebih berharga berbanding dengan apa yang datang dari bawah. Cakap orang berpendidikan tinggi, yang belajar di menara gading juga lebih diterima berbanding cakap-cakap kedai kopi orang kampung.

Buai tinggi-tinggi,
Hujan atas bumbung;
Belajar ilmu tinggi,
Kenapa bodoh sombong.

Cuma sedikit dukacita bila ada sebahagian daripada kita, di keliling kita yang berpendidikan tinggi, yang ada ilmu, yang punya kemahiran dan kepandaian, tidak lagi seperti hujan. Tidak lagi mahu menjadi hujan yang turun bagaikan mutiara. Mereka lebih gemar menjadi lahar gunung berapi yang mencurah turun sambil menghancurkan apa sahaja di laluan.

Tikar bukan sebarang tikar,
Tikar sekayu kelopak pahit;
Pintar bukan sebarang pintar,
Pintar menipu otak pembelit.

Anak kancil memakai kasut,
Pergi pasar membeli tudung;
Orang kecil mencuri busut,
Orang besar mencuri gunung.

Angin menderu awan berarak,
Langit mendung hujan tak jadi;
Otak penipu pintar terlajak,
Tidak terkandung iman di hati.

Seronoknya kalau dapat buat projek dalam hujan lagi dengan buah hati tersayang. Main hujan dan kejar-kejar atas batas sawah… :D

“Hoi, buang tebiat ke?”

TehrDemikian kisah 'Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. akubiomed says:

    Mengambil gambar selepas hujan akan memberikan kesan yang menarik.

    1. TehR says:

      memang seronok
      tapi entah bila la dapat kamera yang lebih sesuai

  2. tang ayat last tu mmg xbleh blah..hhaha
    blogger lelaki baru je tulis kisah Kisah Lelaki BersayapMy Profile

    1. TehR says:

      ayat mengada tu :D

      1. dgn bunyinya pun dah tau..hahaha..dah masuk musim la katakan..
        blogger lelaki baru je tulis kisah Ketagihan Teknologi TerkiniMy Profile

  3. hafiz says:

    Skrg dah masuk musim tengkujuh ni, kena berhati2
    hafiz baru je tulis kisah Banyak nyawa terkorbanMy Profile

    1. TehR says:

      betul tu
      mereka yang tinggal di kawasan rendah memang perlu beringat

  4. hafizmd says:

    Main hujan, teringat masa kecik2…pantang hujan. hilang terus terjun padang..main bola dalam air sedalam paras lutut…hehe

    jiwang ok jugak cikgu…tak salahkan? heheeh
    hafizmd baru je tulis kisah Oh! Bila Hantar Anak ke Nurseri/Pengasuh…My Profile

    1. TehR says:

      sesekali jiwang
      bagus untuk kesihatan jiwa raga :D

      1. UmmiKami says:

        Jiwang itu terapi cikgu… :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Hancur Badan DiKandung Tanah….My Profile

  5. azura says:

    hujan itu rahmat membawa bau tanah yang mendamaikan

  6. Lyn™ says:

    Buai tinggi-tinggi
    Hujan atas bumbung
    Kerana merasa ilmunya dah tinggi
    Itu sebab hidup menyombong

    Lagu asli Si Jalak Lenteng
    Indah seni bahasa melayu
    Bila ditegur dia melenteng
    Katanya, heh..kau apa tau ?

    Bila burung terbang berkawan
    Puyuh juga berlari-lari
    Angan biar setinggi awan
    Rendahkan badan menyentuh bumi

    Sekarang dah musim hujan cikgu. SPM belum habis lagi.
    Lyn™ baru je tulis kisah Petua hilangkan bau badanMy Profile

  7. romantik sangat tuh!!

    kejar-kejar kat sawah….
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah berus bedak asas; ia juga baru dibeliMy Profile

  8. Mohd Shubhi says:

    ramai yang belajari tinggi sekarang ni tapi tak ada moral dan ketahan menahan godaan kemewahan mudah

  9. Ismail N says:

    Hujung tahun weh.. musim hujan pun datang lagi…
    Ismail N baru je tulis kisah Rafael Nadal Is Numero UnoMy Profile

  10. papa mifz says:

    buat projek dalam hujan , itu sangat melampau…haha
    papa mifz baru je tulis kisah Suami Jarang Beri Pandangan Ketika MembeliMy Profile

  11. Yeee hujan yang turun bagaikan mutiara, tapi jangan mandi hujan ok?

  12. Hahaha. Ayat yang last tu tak leh blah. Time-time musim hujan ni, tanam apa-apa pun, semuanya menjadi. Hahaha.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Mengapa Wanita Lebih Gemar Lelaki Arrogant?My Profile

  13. Hujan tanpa guruh dan kilat, suasananya terasa begitu damai…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Drama Menarik Setiap Minggu…My Profile

  14. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum…

    Hujan merintik umpama mutiara,
    Gugur kering di bahang suria;
    Badan cantik cuma sementara,
    Tersungkur baring di ruang usia.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Hancur Badan DiKandung Tanah….My Profile

  15. Hafizul says:

    Musim hujan macam ni rasa lagi lah malas nak bekerja..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Gambar Payudara Di HisapMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Sejuk-sejuk tarik selimut…. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bergambar Diam Kasih Kehidupan….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun