Hujan Turun

Ajaibnya air hujan yang turun ke bumi. Masing-masing turun menitik dan mencurah membasahi apa sahaja yang ditimpanya. Bercantum sesama sendiri. Bersatu dan mengalir… mengalir terus ke laut yang maha luas. Kemudian menjadi wap air dan berebut-rebut naik ke atas. Berkumpul lagi dan kembali menjadi hujan.

hujan turun waktu pagi
ku termenung sorang diri
terkenangkan kisah ngeri
hutang penuh kanan kiri

hujan turun waktu petang
ku termenung sorang-sorang
terkenangkan nasib malang
dengan ceti pun berhutang

hujan turun waktu senja
ku termenung di jendela
terkenangkan langkah alpa
hidup jadi tak bahagia

hujan turun waktu malam
ku termenung diam-diam
terkenangkan kisah silam
masa depan mungkin kelam

hujan

hujan turun sangat lebat
burung-burung pun berpakat
cari duit biar berkat
berbelanja dengan cermat

hujan turun rintik-rintik
burung-burung pun berbisik
bayar hutang sikit-sikit
jangan dibiar jadi bukit

hujan turun dah berhenti
burung-burung pun bernyanyi
hutang lama tiada lagi
kini aku senang hati

“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.” [Surah An-Nahl:11]

TehrDemikian kisah 'Hujan Turun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. Anuar says:

    Seronok betul kalau Hujan turun… Terutamanya pada waktu malam… Boleh tidur lena… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Abang Ensem di Mata AkuMy Profile

  2. Nutri Bullet says:

    cantik gambar hujan di atas, rasa nak mandi hujan je.. lama dah tak mandi hujan
    Nutri Bullet baru je tulis kisah 5 Benefits of a NutribulletMy Profile

  3. AUC says:

    apa beza dgn turun hujan :)
    AUC baru je tulis kisah Kopi Baik Untuk Kesihatan MataMy Profile

  4. Manan Qayyim says:

    indah kata2 dalam puisi ini…

    sekadar bertanye… ape jenis puisi ini, sajak atau pantun… ?
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Pameran Kerjaya dan Postgraduate, Graduan Aspire 2014My Profile

  5. hafizmd says:

    lebat tu hujannya cikgu…mau banjir blog ni nanti..hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming Terengganu vs Lions XIIMy Profile

    1. Cik Siti says:

      banjir dengan blogger-blogger lain yang bertandang nanti… :)
      Cik Siti baru je tulis kisah Selamat Hari Guru….My Profile

  6. Dja@SisHaza says:

    hujan juga sebahagian daripada rezeki, membawa rahmat yang tersendiri ..
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah MASAK LEMAK BUAH SETUL DAN UDANGMy Profile

  7. puterijamu says:

    Banyak sangat nikmat yg kita kecapi… pantuk yg cool :)
    “Dan Kami turunkan dari awan air yang mencurah-curah.” (QS. An-Naba ‘[78]:
    puterijamu baru je tulis kisah Kenapa Badan Mudah Letih Yer…My Profile

  8. zik says:

    hujan turun waktu pagi
    demi mencari sesuap nasi ku kuatkan hati
    menempuh hujan di waktu pagi
    agar perjuangan terus bersemadi di hati
    zik baru je tulis kisah Keputusan dan kedudukan carta terkini liga super 17 mei 2014My Profile

  9. Cik Siti says:

    Hujan lebat membasahi bumi,
    Petanda subur tanah nan indah,
    Jika lebat untung dan rezeki,
    Bukan petanda untuk bermegah.
    Cik Siti baru je tulis kisah Selamat Hari Guru….My Profile

  10. akubiomed says:

    Saya ke Melaka pada hujung minggu baru ini. Tidak ada hujan melainkan panas terik sentiasa.
    akubiomed baru je tulis kisah Mengampai senja di pantai PuteriMy Profile

  11. kakyon says:

    kat sini pun hujan..tak perlu siram pokok bunga..dapat jimatkan air..
    kakyon baru je tulis kisah Cara Baharu BersedekahMy Profile

  12. Hero Borneo says:

    kalau hujan turun di jemuran,
    angkat kain bersama-sama;
    kalau badan sudah kebasahan,
    mandi segera takut selsema.
    Hero Borneo baru je tulis kisah Fahami konsep fitrah pasti berjaya(3)My Profile

  13. sud@is says:

    pokok tanaman berbunga-bunga bila menerima titisan hujan

  14. titan says:

    fuhh..mana payung cik F nih. Lebat dahh nih..
    titan baru je tulis kisah 7 Powerbank Murah dan berkualiti di Lazada Malaysia.My Profile

  15. amirulfaiz says:

    Di sini hujan setiap petang, sejak 2 3 hari yang lepas. Alhamdulillah.
    amirulfaiz baru je tulis kisah 40 tahun Rubik’s CubeMy Profile

    1. suri says:

      ujan dan tak hujan sekejap hujan pastu hujan balik heee
      suri baru je tulis kisah DiY Reben Hiasan Tudung, Blouse, Skirt Muslimah Atau BegMy Profile

  16. suri says:

    hujan tak pernah mungkar. ia akan tetap bertali dan berarus ikut arahannya. di mana ia mengalir dan di atasnya kembali juga..

    hujan tak pernah curang..
    suri baru je tulis kisah Cara Dan Persediaan Ibu Bapa Sebelum Anak Menghadapi Peperiksaan Bagi Usia Lima TahunMy Profile

  17. suri says:

    hujan tak pernah mungkar. ia akan tetap bertali dan berarus ikut arahannya. di mana ia mengalir dan di atasnya kembali juga..

    hujan tak pernah curang..

    tapi manusia sering sahaja curang dan ingkar padaNYA
    suri baru je tulis kisah Lubuk Emas Tiada, Tapi Rasa Terharu Sangat Bila Awak Tegur..My Profile

  18. Logeswary says:

    Nice poem. Saya suka menikmati hujan turun dengan secawan kopi panas. hmmm sedapnya.
    Logeswary baru je tulis kisah DiarrheaMy Profile

    1. suri says:

      main kapal kertas pun syok juga tau pastu pi mandi air hujan haaa
      suri baru je tulis kisah Lambaian KerinduanMy Profile

  19. Lyn™ says:

    Hujan, sentiasa ada nostalgia yang mengiringinya.
    Lyn™ baru je tulis kisah Duduk diam-diam dapat duit ( Triple D-D )My Profile

  20. Ismail N says:

    hujan turun dah berhenti
    burung-burung pun bernyanyi
    hutang lama tiada lagi
    jangan buat yg baru lagi
    :D :D :D
    Ismail N baru je tulis kisah Piala Thomas 2014 Final: Malaysia vs JapanMy Profile

  21. Amru says:

    sekarang ni cuaca memang tak menentu,2-3 hari lepas hujan memang lebat
    Amru baru je tulis kisah Persediaan Fizikal Menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir DiplomatikMy Profile

  22. Ketenangan yang indah bila hidup tiada hutang
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Aku Nak Menang RM100k dari YeosMy Profile

  23. Hafizul says:

    Hujan turun…saya dengan senang hatinya tak payah nak siram bunga dah..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah I Love Pondok Kecil Ketat-KetatMy Profile

  24. brohantu says:

    Dah banjir tu, hujan tak henti-henti dari hari tu lagi
    brohantu baru je tulis kisah Siakap Terbesar Di Dunia di PancingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun