Hujan Sampai Ke Pagi

malam tadi hujan sampai ke pagi
kerisauan pula hadir di penjuru hati
mana tahu sungai golok air melimpah lagi
penuh sawah bendang lalu mati segala padi

kelmarin juga hujan sampai ke malam
rumput kemuncup sudah hampir tenggelam
langit mendung berterusan membawa awan hitam
apakah datang bertimpa lagi nanti kehidupan nan suram

benteng pasir belum siap
janjinya dah lama nak buat
jangan-jangan ada yang tersilap
projek jauh dikatanya projek dekat

projek oh projek
bila nak timbus kalau asyik mengorek!

TehrDemikian kisah 'Hujan Sampai Ke Pagi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. semasa says:

    pantun musim hujan
    kat kelantan 3 hari berturut2 hujan
    semasa baru je tulis kisah Stadium Shah Alam Akan Di Naik TarafMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      jalan dah mula nak becak ni

      1. jgn jd cam di Bangkok udah ler kan? palis-palis…
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Harry Potter Theme On RecorderMy Profile

      2. dnoBiz says:

        Yang becak tu satu hal ter yang dah mula berlopak dan berlubang tu bahaya, sila silap keparit… terutama mereka yang bermotosikal
        dnoBiz baru je tulis kisah Mimpi Indah – Alangkah Indahnya jika Mimpi Ini jadi KenyataanMy Profile

  2. akakcomey says:

    Musim bah dah ni….akak baru jah dok main ujan kat Rantau Panjang marin dulu…

    1. tehr says:

      sama la dengan kat tumpat ni
      hujan tak berenti

  3. LadyBird says:

    kerana pembangunan tidak terancang.. kita menjadi mangsa..

    p/s : mr tehr.. lady baru belajar tuk berbisness.. mohon sokongan doa mr teh yer.. tengok2kanlah blog lady

    http://tekadmajusdnbhd.blogspot.com/
    LadyBird baru je tulis kisah Antikythera-Peralatan Astronomi KunoMy Profile

    1. tehr says:

      dah jenguk tadi
      comel2 sekali nampak

      selamat maju jaya untuk bisnes, lady

  4. zik says:

    sini pun hujan2 jugak.. tapi tak lama.. dalam 2,3 jam..risau jugak…. tapi hampir setiap hari…
    zik baru je tulis kisah Have a nice day!! (blues monday)My Profile

    1. tehr says:

      memang dah musin dia ni
      harap banjir tak la teruk nanti

  5. padin says:

    hehe perlawanan persahabatan dengan JAIJ pon asyik tangguh je
    hujan tiap2 hari, jadi bila habis kerja.. tempat paling best — katil la jawabnya
    padin baru je tulis kisah RinduMy Profile

    1. tehr says:

      pilihan aktiviti musim hujan yang terbaik tu, bro :D

  6. yelah kat jb pun asyik hujan je..
    biasanya lepas tengahari….
    bila hujan ni syok sikit tidur..
    Bunga tanjung baru je tulis kisah Petua menegangkan dan mencantikkan kulit wajah agar cantik berseriMy Profile

    1. padin says:

      hehe JB area mane tu? aku di Larkin,
      padin baru je tulis kisah 2 TahunMy Profile

    2. tehr says:

      asal saja jangan tidur lepas asar
      lemah je rasa badan nanti

  7. Pacifista says:

    ni pantun banjir ke bro?wakaka :)

    segamat jangan la banjir lagi tahun ni
    kalau tak terpaksa la aku mintak cuti lagi…
    Pacifista baru je tulis kisah Jadual Tangga Gaji Guru DG41 – SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan AwamMy Profile

    1. tehr says:

      pantun persediaan banjir
      haha

  8. asam ikan kelapa tua,
    ikan haruan dicuka lagi;
    musim hujan sudah tiba,
    hujan turun tanpa henti.

    dahan sukun patah sekerat,
    semilir bayu, redup selubungi;
    hujan turun sungguh lebat,
    banjir berlaku tutup bumi.

    kenyir bukan taman kota,
    bunga lebat tanda subur;
    banjir bukan mainan pesta,
    kena ingat kena istighfar.

    pohon sukun saja bajakan,
    baja biasa kerap ditabur;
    hujan turun kerja tuhan,
    kita hanya ucap syukur.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy polishing crome sportrim
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      ikan puyu ikan sepat
      ikan haruan ikan keli
      dulu dulu tahan pukat
      sekarang ikan tiada lagi

      banyak sangat penggunaan racun sekarang ni
      dah pupus dah ikan sawah

  9. zulkbo says:

    salam..
    kat KL nih..
    asal petang hujan
    sehingga ke malam..
    tido tak ingat dunia
    dah..
    zulkbo baru je tulis kisah Video Dan Gambar Letupan Perlanggaran Keretapi Dan Lori Tangki Di Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      hujan dan tidur memang gandingan biasa
      sangat serasi :D

  10. Norizwan says:

    kat sini pun hujan setiap hari….sehingga menjadi kabus…

  11. area sini pon hujan jer bro..
    ponat2 anak2 kawe asyik membasuh kasut sekolah jer :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Real “1Malaysia” Music VideoMy Profile

    1. dnoBiz says:

      jangan pulak nanti pegi sokal pakai selipar sebab alasan kasut dah dihanyutkan air…
      Ps : aku pernah guna alasan ni sebab malas nak cuci kasut musim hujan :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Mangsa – Adakah Syria Mangsa seterusnyaMy Profile

  12. chii says:

    memang skrg ni tgh musim hujan..mcm tempat chii semlm..hujan beserta kilat skali…sampaikan ada rumah terbakar di sambar petir
    chii baru je tulis kisah Jenis-jenis rambutMy Profile

  13. yas says:

    Aku hok paling lemah kalau musim ujan ni anak2 domam…kono obertime la plak….
    yas baru je tulis kisah DBKL Games 2011 ~ Carrom, Chess dan PC Games..My Profile

  14. dnoBiz says:

    hujan sampai kepagi
    jangan ada yang sampai tak mandi Pagi
    dnoBiz baru je tulis kisah Madu terlampau – Dimadu oleh madu maduMy Profile

  15. LiFe KaMi says:

    memang sekarang musim hujan je bro,
    kami pun naik chopper utk ke pelantar tgk dari atas kota bharu pun byk tempat penuh air,
    kena sedia kan payung sebelum hujan bro..

  16. akubiomed says:

    Bro sudah buat persediaan menghadapi banjir? Kerajaan menjangkakan banjir kali ini agak teruk.

    1. Persada says:

      kalau kat kelantan ni agak beruntung bro Biomed, sebab kerajaan pusat akan beri lebih tumpuan, sebab nak tambat hati :D
      Ps: apa pun jasa mereka tetap dihargai
      Persada baru je tulis kisah Keguguran – Kenali Tanda dan Punca masalah Keguguran KandunganMy Profile

  17. surihati_ku says:

    salam bro..
    sini hujan..sanan hujan gak jer hii..hati2 jgn kaki terpijak tanah liat yg basah habis baju slur nak pi keje nnti heee
    surihati_ku baru je tulis kisah Bahaya Bila Aku Termakan Budi vs Dia Jatuh HatiMy Profile

  18. surihati_ku says:

    suka main hujan masa study dulu2 mandi kt blkg umh sewa kami watu pakai baju lengkap semua ar hii..mujur umh blkg takd er sapa nkmp haaa
    surihati_ku baru je tulis kisah Apakah Perbezaan Laut Dengan Lautan?My Profile

  19. surihati_ku says:

    hujan yg turun bagaikan mutiara…
    surihati_ku baru je tulis kisah Manfaat Poncho Untuk Ibu Dan Si ManjaMy Profile

  20. glemer aih saya di musim hujan ni :)
    rainbowcloudy baru je tulis kisah aku jatuh lagi!My Profile

  21. Persada says:

    harini pun dari pagi sampai ke petang dat Tehr..
    Persada baru je tulis kisah Keputihan wanita – Masalah Keputihan Tanda tidak subur?My Profile

  22. titan says:

    banyak dah hujan lepas nih. bersiap sedialah ye..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 8 dari 701panduanMy Profile

  23. Juan says:

    hujan oh hujan,
    lebat nya ko hujan,
    walau lebat ko tetap hujan,
    meski lebat, aku suker,
    sebab bila nak tido rasa tenang sebab hari hujan,

    hehe
    Juan baru je tulis kisah From Langkawi With Love | Bercuti ke LangkawiMy Profile

  24. iwan delaroc says:

    musim hujan….
    iwan delaroc baru je tulis kisah the revivalMy Profile

  25. kakyong says:

    teringat masa dok Ganu, masa umur hingusan… hujan turun tak berhenti berhari2.. seminggu tak mandi.. bangun pagi basuh muka jer… nak mandi sejuk… hihiii..

    semoga kawasan yg terlibat bersiap sedialah..
    kakyong baru je tulis kisah WW (6) : Buku Gajah by FikriMy Profile

  26. ghost writer says:

    sediakan bot sebelum banjir,bro.
    ghost writer baru je tulis kisah tuhan benarkan kamu memakikuMy Profile

  27. fiezaradzi says:

    dgr kata ada tempat yg dah banjir.. mesti tertanya-tanya kan.. lau hujan ni mesti berdebar.. kat thailand pun dh berapa hari.. huhu.. insyaallah, harap2 hujan je, banjir tak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun