Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012

psasKejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak telah melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan New Zealand sebagai juara baru bagi edisi ke 21 tahun 2012 ini.

Pasukan negara kita, Malaysia pula gagal untuk mencapai sasaran berada dalam kelompok empat pasukan terbaik. Keputusan dan kedudukan keseluruhan adalah seperti berikut di bawah.

  1. New Zealand
  2. Argentina
  3. India
  4. Britain
  5. Korea Selatan
  6. Malaysia
  7. Pakistan

Ada ura-ura dan cadangan agar Malaysia mendapatkan jurulatih import untuk melonjakkan kembali skuad hoki negara. Tambahan pula bila mengimbas kembali detik kelayakan Malaysia layak ke Sukan Olimpik pada masa lepas [1992, 1996 dan 2000] adalah di bawah kendalian jurulatih luar.

Secara peribadi aku lebih suka jurulatih tempatan untuk mengendalikan skuad negara, tetapi andai kata tiada yang sesuai untuk bawa kita ke olimpik terpaksalah juga terima jurulatih import. Korang fikir bagaimana?

TehrDemikian kisah 'Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. pengalaman setiap jurulatih berbeza2. kita leh cuba jurulatih luar..mana tahu ade rezeki leh menang ker.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Pertanian BandarMy Profile

    1. betul tu… Cuba jl baru… :)
      Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Bila TerhalangMy Profile

  2. titan says:

    em..defense lemah. tu yang aku nampak sekarang..
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 5My Profile

  3. nurmisnan says:

    Oh no… Mesia no 6.. Oklah dari tiadakan..
    Do d best..
    nurmisnan baru je tulis kisah FalafelMy Profile

  4. mie says:

    harap terus maju ke hadapan..
    jarang tengok perlawanan hoki ni..
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Cara-Cara Memakai SerbanMy Profile

  5. kulanz says:

    aku tak kisah sangat jurulatih tempatan atau import.. janji serasi dengan pemain dan boleh buat perubahan pada pencapaian pasukan
    kulanz baru je tulis kisah Semakan Tawaran Kemasukan KPLSPM Jun 2012My Profile

  6. zulkbo says:

    Salam..
    ermm…no-6 ?
    kira dah lama tak nampak
    kita bergelar Juara kan..?
    zulkbo baru je tulis kisah Di Saat Gerhana Bulan Gempa Bumi Melanda 4 Jun 2012My Profile

  7. hatiputera says:

    aku tak minat hockey,,,tapi bagi aku tak kira la jurulatih mana pun,,asal boleh membangunkan mutu sukan hoki negara aku sokong.
    hatiputera baru je tulis kisah LELAKI KACAK DALAM KENANGAN-WWMy Profile

  8. chii says:

    yg penting..jurulatih tu boleh beri kebaikan..x kira la sama ada org luar atau dalam
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #23 – Gaya Kuak PenyuMy Profile

  9. MDHAFiZ.NET says:

    apa kata kita buat naturalisasi mcm bolasepak filipina.. . kejayaan yang instant boleh berlaku.. . jika sekadar ingin dptkan piala untuk jangka masa pendek, itu baru langkah pertama, langkah kedua nanti fikir lain kali.. . berjaya atau tidak itu belakang punya cerita yg penting kita usaha. ..
    sekadar memberi cadangan yang tak seberapa. .. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Kepentingan Ilmu Pengetahuan Dalam IslamMy Profile

  10. Hafizul says:

    Hoki suka juga main..tapi perasaan takut tu sentiasa ada.haha..tahniah dapat hadiah dari contest papan kekunci..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6 – Waktu SantaiMy Profile

  11. zool says:

    Sah.. jurulatih tempatan, tai beng hai akan digantikan dengan jurulatih import . tak pasti sapa lagi..
    tapi bagus juga jurulatih import..
    zool baru je tulis kisah Wordless Wednesday #BercakappositifMy Profile

  12. adamfaiz says:

    Napelah kita tak pernah jadi juara.. ?
    adamfaiz baru je tulis kisah WW 37 – Selipar Cantik vs MurahMy Profile

  13. ghost writer says:

    hoki pun dah jadi macam team bola suatu masa dulu(selepas era mokhtar dahari) bagilah sapa pun, tetap macam tuh jer pencapaian. pasukan negara lain yang baru mula bertatih pun dah mula mendahului negara kita dengan pencapaian yang bagus. patut diperbanyakan lagi dedahan dan mengikuti kejohanan-kejohanan.

    jurulatih tempatan bukan tak bagus, masalahnya pemain sendiri.
    ghost writer baru je tulis kisah matahari akan terbit dari selatanMy Profile

  14. Sebenarnya jurulatih tempatan taklah teruk mana… Cuma perlu lebihkan usaha je :)
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Bila TerhalangMy Profile

  15. Yas says:

    Sesekali guna awang import tuk latih org mesia tak salah rasanya….mana tau mencanak2 je perfomance derang nti…
    Yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Coca Cola?My Profile

  16. cik tom says:

    sygnya malaysia no 6…
    cik tom baru je tulis kisah Komisyen pertama dari jobdirumahMy Profile

  17. hafizmd says:

    Sempat jugak layan beberapa perlwanan yg team kita main hari tu.

    Rasanya kita semakin baik dari tahun ke tahun sejak Tengku Abdullah ambil alih teraju hoki. Masa diperlukan utk pulihkan kembali era gemilang hoki Malaysia.

    Pe2pun, coach Beng hai dah quit, kan?
    hafizmd baru je tulis kisah Soalan-Soalan Terakhir Utusan Maharaja RomMy Profile

  18. Rasanya kita tak perlukan jurulatih luar. We did well kat banyak tournament antarbangsa. Mungkin, players kita perlu lebih banyak exposure main dengan European team sbb kita perform better dgn team Asia seperti Pakistan dan India. Kalau dapat masukkan 6 – 7 org player dalam Liga hoki Eropah will be great untuk hoki negara.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Desa Dairy Farm Mesilau Highland KundasangMy Profile

  19. ukur baju sepadan dengannya
    jangan sampai kurang kain
    jurulatih tempatan apa kurangnya
    keserasian latihan dengan pemain

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy spray paint caliper brake disk kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Spray Paint Caliper Brake Disk keretaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun